Dalam hidup ni Allah kasi macam macam jenis nikmat. Antara yang maha tertinggi nikmatnya adalah keluarga, kesihatan, dan harta. Hairannya, manusia masih memilih harta untuk diletakkan di pusat yang tertinggi. Entah, mungkin aku masih belum dipertemukan dengan apa itu pentingnya harta yang maha melebihi keluarga. Walaupun sekarang ni aku adalah di antara manusia yang sengkek uang nya sebab duit gaji aku dah habis guna. Bila nak tunggu dapat balik uang yang aku dah laburkan tu, bukan main lama pegi dia padahal berapa hari je. Sudahlah.
Ada orang kaya harta, kaya kasih keluarga, tapi tidak kaya kesihatan. Tapi tak apalah, harta ada. Jadi bolehlah beli segala penawar dunia yang ada waima racun sekali kalaupun dapat di jadikan penawar. Kaya kasih keluarga, tidak sihat pun tidak mengapa kerana masih ada kasih yang Tuhan titipkan untuk datang menjaga. Maka bersyukurlah anak Adam yang satu itu kerana dalam kurangnya nikmat, masih ada kaya-Nya.
-----
Kita hidup menumpang. Aku hidup menumpang. Sungguh rasanya tidak sama seperti milik yang ada, tapi letakkan syukur di mukanya redha. Walaupun aku rasa tidak perlu, tapi kalian perlu. Anak-anak Umi yang sentiasa Umi limpahkan kasih dan cinta.
Pinjamkan aku sebentar rasa cinta ini, meski tidak mencukupi tapi sangat memadai.
Hidup ni,
banyak banyak lah letakkan diri di tempatnya si dia. Mahupun dia. Atau dia.
rasakan yang dugaan kita tak sama?
Kau sempat rasa susah, itu tanda Dia kasih.
Kau sempat rasa tabah, itu tanda kau orang terpilih.