Thursday 4 June 2015

Sawadikhaaaaa

Dikala engko tengah baca entri ni, ketahuilah aku sedang menaip entri ni kat enpon di dalam train yang sedang bergerak selepas pitstop di ktm Butterworth (jam 2356 waktu Malaysia). Ececey jetjet ada je orang baca kan.

Okay sebenarnya aku dalam perjalanan balik daripada holidaysangat di Krabi yahuuu. Sebab apa holidaysangat dan bukan 'holiday-holiday'? Sebab aku holidaysangat ni sambil bawak sebemban beban assignment dan pikulan final exam final sem. Boleh lagi engko berholiday eh Shoporo?! Susah-sudahlah maki diri sendiri, takde hasil pun T_T. Supposedly this trip should be our class trip as to cherish the moment of our final semester together (nangis) sebab dah kumpul duit sesama dari kecik kot, susah payah meniaga dari kolej ke Aym, dari kelas ke kelas, dari level 9 ke level 13, dari bilik ke bilik dan dari hati ke hati hm. Tapi tulah kita ni merancang je kan, so last yang tinggal 14 orang je. Pun jaaaadilah. 

Betapa gigihnya menaip sekarang ni sebab aku ni kalau lama-lama memang takdan lah nak update, entri bpVietnam pun tak buat lagi!! Hareyjeyyyyy. Baiklah, setelah mukoddimah panjang lebar begini jetjet ada orang baca, aku start dengan itinerary dulu nanti baru breakdown semua costs. 






So we started our journey from KL Sentral yakni semorang kena berkumpul kat sini sebab kitorang beli tiket KL-Hatyai yang memang ada pukul 10 malam sahaja. Basically di Thailand 3 malam je tapi perjalanan tu yang buat lama dan makan masa. KL-Hatyai gerak pukul 10 malam, sampai Hatyai dalam pukul 12.30 tengahari waktu tempatan. Korasse? Sebelum tu ada berhenti kat imegresen Padang Besar. Ha tepulah dikau dalam train. Time matriks dulu selalu Jb-Perak naik train tapi kalini memang meroyan gak lah, nak elok kau bawak buku motivasi sikit, bawak-bawaklah membaca dalam train. 



Ok dah sampai Hatyai, satu hal lagi nak ke Aonang, makan 4/5jam perjalanan. Masa kat Hatyai tu, kau elok-elok sikit pilih transportation. Keje orang siam ni nak tekan harga je reti. Time ni kitorang bargain harga dapatlah 4100baht. Supposedly harga kalau convert dalam rm30-rm35 gitu. Kalau agak-agak mark up sangat kau bawak-bawaklah carik van lain. Dalam van apa lagi? Tidoooo lah.




Kenapa stay Aonang? Kenapa tak stay Krabi je? Ok sebab Krabi ni takde mende pun. Pekan dia pekan mati. Yang ada night market itupun weekend sahaja. So kitorang memang kejarkan night market tu lah sebab nak carik ulat goreng, belalang goreng dan lipas masak rendang. Malangnya TAK ADAAAA. Urgh high expectation betul aku ni. Kat Aonang seronok sikit. Seronok banyak hahahahaha jap pening kepala jap taip sambil goyang-goyang dalam train. Ok Aonang ni environment dia sama cam pantai Chenang. Memang hidup. Banyak hotel, banyak kedai makan, souvenir, tempat massage dan yang paling penting banyak pubs and bar. Ceh jetjet masuk je kan kakakaka -,- 





Sambung balik. Sebelum sampai Aonang tu van kitorang berhenti kat satu travel agent ni. Disebabkan dah terlambat untuk survey harga island hoping untuk next aktiviti, kitorang decide untuk amik je pakej kat agent tu tapi lepas bargain harga kaw-kaw lah. Pakej-pakej ni bersepah je kat Aonang plus lagi murah. So better kau carik kat sana jelah. Ni belum masuk part carik hotel lagi. Setakat ni aku backpacking belum buat lagilah perangai tak booking hotel dulu. Perangai ni perangai Abah je -- main redah. Aku prefer booking dulu just in case habis tak ke tido bawah jambatan jadinya. Tapi kat Aonang ni kau toksah risau. Bersepah hotel, hostel, rumah tumpangan dan rumah urut (eh?). Sebab tu kitorang pakat main redah je. So sampai-sampai je Aonang dengan melekit 2 hari tak mandi, terus berpecah survey hotel mana yang okay dan murah. So kitorang pilih Yellow Sun Hostel. Dia ada bilik dan dorm so yang pempuan amik bilik, yang jejantan amik dorm. Satu malam rm20+/- gitu ah per person. Jimat beb.







Dah setel mandi-mandi apa semua kitorang pegilah ke night market. Nak ke night market ni sebenarnya takdelah jauh pun. Tapi sebab baru sampai and tak tahu jalan, so kitorang amiklah tuk-tuk untuk ke sana. Harga aku tak ingat tapi ada kat cost breakdown yang aku buat. Nanti kau tengoklah. untuk hari pertama sampai Thailand, aku memang dah aim nak cari tomyam. gila kau aku tomyam hunter kot! kalini memang betul-betul merasa tomyam yang sebenar, takde rasa pes instant ke apa memang perh gua cakap lu (telan air liur). tapi dah lupa dah kedai yang mana hiuhiu tapi yang paling penting kepada para tomyam hunter, bawak-bawaklah merasa tomyam Thai tengok terangkat ke idok.





Aktiviti hari kedua -- island hoping. Sejujurnya, aku tak ingat pun nama-nama pulau yang aku singgah. Yang aku ingat Phi Phi Island je sebab itu je yang macam famous sangat kan hahaha. dan sejujurnya, memang cantik gilos. tak berhenti mengucap sebab amazed gila (and sebab banyak bikini melintas lalu depan mata, astaghfirullah -,-) Aku pun tak ingat pakej apa yang aku amik tapi yang ini memang basic punya pakej lah. siap lunch sekali semua, singgah 5 pulau, and kat Phi Phi Island tu barulah snorkeling. tapi kalau kau tanya aku part snorkeling tu, aku prefer Pulau Perhentian sebab kat Phi Phi ni setakat ikan kedek-kedek je ada. kat Perhentian ada shark kot, ada penyu, kira cam lagi puas hati lah even aku tak sempat jumpa shark (memang aku taknak jumpa pon tssk). kalau kau kaya sikit and rasa nak habiskan duit kat Krabi compared kau ke Maldives je terus, kau amiklah pakej James Bond canoeing kalau tak silap. ini memang masuk private island dengan hanya ber-kanu (iyeke). aku tengok pun memang syiok ah, tapi tak puas lah sebab tak dapat masuk.





 Bamboo Island


Maya Beach


Sampai Phi Phi Island terus takde gambar sebab malas hahahaha



malamtu memang kitorang sengaja carik makan kat gerai-gerai tepi jalan. kedai makan halal biasa ada je tapi aku prefer gerai sebab murah and banyak makanan dapat explore. beli makanan banyak-banyak lepastu acah-acah Barden Bella lepak makan tepi pantai. Nikmat beb. Oh sebelum terlupa, sebelum pergi makan tu kitorang jalan-jalan area Aonang cari pakej untuk next aktiviti pulak. Kitorang pilih untuk pakej ke Hot Stream, Emerald Pool, and Elephant Trekking. Kau cari sampai jumpa the best price, bargain selagi boleh. Jangan lupa kalau nak ada pakej sekali makan, tanya dulu makanan halal ke tak. Tauuuu. 





Aktiviti hari ketiga -- dah pilih pakej dengan best price, first sekali tour guide bawak kitorang ke Hot Stream. Ni kira macam kolam air panas Gadek lah kalau kat Melaka kan cuma nya yang ini bersih banyak (sebab Gadek kotor gila bapak) and dia panas semulajadi. So pada aku itu je specialty dia, sebab dia natural. 





Next point kitorang ke Emerald Pool yang aku selalu tengok orang post tu. Lawa memang lawa. Ini siriyes gua cakap memang lawa sebab biru dia sampai engkau pun konfius ini biru-kebiru biruan ke biru-kehijauan. Tak tahu apa yang biru, air kah, pasir kah, batu kah. Last-last nama dia Emerald Pool gak. 




Emerald Pool ni tak boleh mandi sebab pasir dia pasir jerlus. So kau penat-penat menapak tu untuk ambik gambar sahaja.

Tapi perjalanan nak ke Emerald Pool ni tuhan jelah yang tahu penat dia cemana. Memang jauh sebab dia pool paling atas, sebelum sampai tu kiranya kau dah melintas bermacam-macam pool lah. Pool yang pertama ni boleh mandi, ini pun dikategorikan hijau gak lah memang cantik.






Okay now we move to the next point (ceyceyy ayat presentation), kita ke Elephant Trekking. Aku ni memang dah niat nak naik gajah tapi aku dengar-dengar orang kata mahal lah, apelah, so aku tak berharap sangat pun. Last-last bila cari pakej ni sebenarnya memang dapat je apa yang kau nak, tinggal kau nak kena pandai bargain harga. So tercapailah hajat iolls nak naik gajah yahuuu. Apebenda tah yang suka sangat naik gajah. Nak extreme naik zirafah lah tengok cemana pergi diaaaaa hek eleeeh.




Balik tu masing-masing dah tepu tak boleh nak bergerak sebab penat sangat. Tapi nasib baik dapat geng yang memang kejenye nak cherish every moment kat Krabi. Yelah bak kata Abah, kalau travel jauh-jauh setakat jalan sikit lepastu melepek kat hotel baik duduk rumah je. Gitu. So petang tu kitorang decide untuk sewa motor sebab nak jalan-jalan cari makan jauh sikit. Sambil-sambil amik feel tourist lah bawak motor kat tepi pantai hehe. Motor dia comel-comel kot. 





            Tu dia jendul rempit -,-



My second tomyam thai. PERH

Ini cerita personal lah eh. Malamtu aku kena kejar dengan pondan lawa hahahaha cibs. Sebabnya aku amik gambar diorang, lepastu dipaksa pulak bergambar bersama. Aku jenis tak tolak rezeki beb, sambar je. Sekali dia mintak tips ha kau menggelibas nak bayar ke taknak. Nasib baik Pipa tarik aku sebab aku tengok classmate jejantan semua dah takde. Tak guna betul -,- Sekali dia kejar kot suruh delete gambar. So aku pun delete lah depan dia lepastu cabutlah. Dia terlupa iPhone ada recycle bin so aku restore balik gambar tu kahkahkah. Tapi takleh publish lah, aku sendiri tengok pun malu. Cerita aku ni ada moral, bukan aku sesaja nak meng-aibkan diri sendiri (wah kau) ha engkorang kalau dah kat Krabi tu jangan gegatal nak bergambar kalau terjumpa ladyboys gini. Tu cara diorang carik duit, tiada yang percuma.



 
Sebabkan tu malam last kat Krabi, nak jugak merasa thai massage. Orang kata padu. Tapi kau kena survey leklok sebab kebanyakan tukang urut jenis 'spicy'. Alah spicy tu mak nyah lah. Kau jangan tak tahu kat Thailand ada 3 jantina. 200baht kalau thai massage tapi aku pilih oil massage 250baht, alah beza rm5 je. 




Aku ingatkan senang cari sangkaya ni, rupanya susah gak. Jumpa ni pun kat pitstop kat mana tah. Tapi siriyes memang sedap gilos fuuuhhhh. 35baht.


So tang perjalanan balik tu kau repeat jelah, sama je dengan perjalanan pergi. Tiket train ada pukul 4 petang sahaja, satu jam lepastu sampai di imegresen Padang Besar, beberapa tahun lepastu sampai KL Sentral dalam pukul 6 pagi. Lepastu masing-masing bawaklah haluan masing-masing... The end.




Kitorang kumpul duit start sem 4 so sorang dapat dalam rm520. Aku extra kan rm100 sebab aku memang allocate untuk makan banyak-banyak, less shopping. So total bajet aku rm620 tapi ramai je yang tak letak extra, kira solely guna rm520 all-in memang survive beb 3 malam kat sana. So ni aku dah breakdown kan aku punya costs, 




Ada terlebih bajet sikit sampai jadi negatif hahaha itupun sebab beli souvenir. Tak kaya lah awak saya ni nak beli souvenir untuk semua orang. Hm kadang-kadang aku ni terasa hati gak, ni nak luahkan perasaan sikit. Orang ingat kita selalu travel ni kita ni banyak sangat duit gamaknya. Padahal aku kumpul duit memang cukup-cukup untuk accommodation, transportation, makan pun breakfast+lunch megi cup, kalau ada duit lebih-lebih beli souvenir tu maknanya aku catu makanlah tu. Aku travel untuk makan, tengok culture, kira shopping tu benda last lah yang aku buat. Basically aku akan beli sehelai t-shirt Hard Rock each tempat yang aku travel, aku kumpul ni je untuk diri sendiri. So, doa-doakan lah aku cepat kaya semoga dapat ber-travel bersama suami dan mampu beli souvenir untuk semua orang. Best sebenarnya bila kita bagi hadiah ni, even benda tu setakat fridge magnet ataupun key-chain. Tapi kalau dah level aku touchdown je update sikit kat instagram, "jangan lupa ole-ole" ni nak je aku reply "jangan lupa bank in duit" ha sedih beta sedih. Doa-doakan murah rezeki ya cuz i won't stop travelling even after i get married, inshaAllah. :)





Apa-apa pun, congratulations backpackers!