Saturday 30 April 2011

TRANSFORMASI mengubah PERSEPSI

GUYS! hehee


Kadang-kadang jadi manusia ni pendirian memang tak tetap. Orang tetap sama tapi berbeza? Macam dulu kau tengok dia lain sekarang dah lain,haa lebih kurang gitu la meaning dia. Definisi kepada TRANSFORMASI. Hal-hal macamni la kalau ade orang yang jenis tak boleh terima perubahan orang lain tak kisah lah perubahan POSITIVE----->NEGATIVE atau NEGATIVE----->POSITIVE, macam-macam kata-kata dusta nista nestle pujian cacian cairan mahupun maki hamunan yang akan dilemparkan. Okayy,bab caci maki tu over sangat kot. 


Contoh yang paling obvious dalam hidup aku setakat ini, perubahan daripada bertudung kepada free-hair (percuma rambut). Okayy sebagai muslim la kan, kite pun tahulah menutup aurat tu WAJIB bagi umat Islam. Jadi persepsi orang terhadap situasi ni, kalau ade yang bagus tu Alhamdulillah ar cakap begini.. "mudah-mudahan hati budak ni terbuka untuk pakai tudung balik.. Aminnn.." atau begini "mungkin budakni ade sebab musabab yang munasabah kot kenapa dia bukak tudung dia tuu." Itu kalau yang berfikiran positif. Yang sebaliknya pulak lebih kurang gini laa ayatnye "ehh tengok tu budak tu culture shock la tuh.." atau "kecik-kecik makbapak jage bolehlah,dah besar macam hareeem." atau "teruknya budak ni,tudung on-off-on-off." 
Sekalian,mungkin situasi ini nampak negatif tapi apalah salahnya jika kita cuba untuk berfikiran positif sejenak. (wahh3 ayat kauu). Sebagai muslim, berkata buruk terhadap seseorang itu juga berdosa kan?


Okay kali ni terbalikkan pulak situasi tersebut. Perubahan daripada free-hair(percuma rambut) kepada bertudung.
Mostly, yang ni selalu sangat aku dengar kalau ade yang membuat perubahan drastik begitu.. "Eeeeyy,nak tunjuk alim lah tuu," atau "entah-entah ada buat dose besar kot, tu nak tutuplah tuu pakai tudung labuh-labuh tuu.." atau "kejap pakai,kejap lagi bukak baliklah tuu.."
Mengapa begitu? Faham,persepsi setiap manusia lain-lain, ada yang fikir positif, ada yang fikir sebaliknya. Tapi kalau orang memang betul-betul nak berubah,dosa mengata tu kat kite tau.


Kemon laa ppl, jangan kongkong pemikiran anda. Tanpa anda sedari anda juga mungkin akan mengalami transformasi-transformasi ini. Terdetik aku untuk buat entri ni sebab yelaa dalam ramai-ramai member tu,adela yang jadi itu jadi ini,aku pun tak terkecuali ye,tapi ade jugak yang segelintir tu cakap itu cakap ini, untuk apa kannn. Bukannya kita tahu cerita sebenar pun. So kita amek jalan paling selamat ; UBAH PERSEPSI NEGATIF KEPADA POSITIF. Takpun doakanlah yang terbaik untuk mereka, sekurang-kurangnya dapat gak menutup pemikiran kite yang melencong tuu. Aku pun tak terkecuali ye.


Ya, aku mengaku kadang-kadang ade jugak perasaan macamtu, membuat persepsi yang bukan-bukan dalam hati. Tapi alhamdulillah, Insya Allah kita dapat atasi dengan mendoakan yang terbaik kepada orang tersebut. Yawww, sesungguhnye aku ni pun takdela baik mane, juga tidaklah berhijab sepenuhnya. Cuma ingin mengingatkan. Kalau sound direct kang kate kite ni macam bagus pulak. Hehee. Takde manenye hal-hal macamni den nak sound-sound hah. Sekali lagi,aku pun bukannya baik sangat. Sekadar mengingatkan (lagi) kepada orang lain dan jugak diri sendiri. 


So, TRANSFORM lah PERSEPSI anda kepada yang lebih berkesan untuk hati dan jiwa! (apa aku cakap ni. bantailah).











*errr, iklan? =D

hahaa,
Semoga mimpi ngeri malam ni!
thanks. :)

p/s; entri tidak ada kene mengene dengan yang masih hidup ataupun kiok. Maaf saya hanya manusia biasa tidak sempurna tanpa kesilapan =)








Friday 29 April 2011

Lebih bermakna kalau DIY :)

Memang bermakna kalau...
kau bagi hadiah ke ape ke time birthday atau apa-apa sajelah yang kau nak raikan bersama member-member or boyapren kau ke or girlipren kau ke kann.


Lagi bermakna kalau...
hadiah yang kau bagi tu memang ikhlas dan tak mintak apa-apa pampasan atau gantirugi terhadap fulus kau yang melayang semata-mata nak tengok orang yang disayang bahagia menerima hadiah tersebut. Ehh, serta merta kau dapat pujian "youu soooo sweeeet.." tau. Tak rugi kannnn?


Lebih bermakna kalau...
Do-It-Yourself! Haaa barulah sampai kepada tajuk entri ni tadi. Mak haiii panjang beno nye kau punye muqaddimah. Definisi DIY ini adalah Buat-Dengan-Sendiri, haa lebih kurang macam tu lah (tu kau translate jela dogol. haihh)
Tapi memang betul pun kalau bercerita pasal hadiah-hadiah ni memang akan lebih bermakna kalau hadiah tu kau sendiri yang buat. Better la daripada kau beli Rolex ke Converse ke TL keeee, ceyyceyy nak jugak TL kan :p Kan ke kalau buat belanjawan tunai tu duit kau banyak keluar untuk beli benda-benda mahal tu. Baiklah kau simpan bagi makbapak kau buat pegi umrah. kannnnnnn... Maka lagi satu kelebihan barangan DIY ni kita boleh jimat kos. Yaaa, itu yang paling penting. JIMAT KOS & BERMAKNA.




Memang dah jadi minat aku la (itu pun tunggu mood rajin datang) untuk create something yang datangnye dari diri sendiri. Tak kisah la kau nak bagi hadiah untuk orang ke, untuk diri sendiri ke, bila kau buat and then hasilnye depan mata, secara tak langsung kau jadi eh kreatifnye aku ni. Banyak bende actually boleh create kalau kecik-kecik dulu kau layan ART ATTACK yang kat Astro tuh, dah besar nanti boleh bukak kedai wa cakap luuu. Banyak bende boleh belajar kat situ. Cecontohnye barangan yang aku dah buat...



# satu set frame gambar sekali dengan wording yang berwarna-warni kononnya adalah comel bagi aku dulu. DULU laa derr. 


# sebuah kotak yang konon-konon comel jugak, dalam tu isi bintang-bintang and burung ke angse ke aku pun tak pasti,then ditambah dengan nama sidia :) Pastu clash kau pulangkan balik aku amek ajela. hahaa


#Sweet kan? thanks. Yup, frame tu aku yang buat sendiri, lukisan tu upah orang laa. Heyy DIY whattttt :D


# satu set album gambar penuh muke kau dan muke aku serta sedikit coretan jiwe kacau jiwang. Dari cover depan sampai penutup bahagian belakang eden yg buek. Sebab yang ni spesial sikit ;)





Kali ni aku merancang untuk menjadi lebih sweeeet lagi. Ceyyyceyyy. Sementara tunggu kau balik, aku dapat idea untuk membuat yang lebih spesial. Act idea ni datang daripada Mimi yang membawa trend pakai pencil-case-ade-nama-kau time kat kolej dulu.Maka bahan-bahannya adalah :


#Sejenis kain yang....er eden pon tak tau aih ape kename nye. Tapi dia macam berbulu-bulu sikit then cam cotton pun ade jugak. Jenuh weh mencari kejadah ni, 10 kedai kain kat Pontian aku redah semata-mata carik kain ni tapi haprak, tarak. At the end aku jumpe kat Angsana kat kedai barangan pengantin. Memang wow la kan.


#Bahan-bahan seterusnye ye tuan-tuan dan puan-puan, 
1. Benang 
2. Buttons
3. Jarum. Tanpa jarum siapalah benang.
Bahan-bahan ni haruslah disesuaikan dengan kain yang kau beli tadi, biarlah nampak matching takdelah cam parya sangat kann.




Okayy sekarang kau dah dapat agak kan ape yang aku nak buat. Ouhh, lupe lupe! bahan yang paling PENTING. T-shirt plain atau ape-ape jelah yang korang suke yang penting shirt tu tak terlalu crowded dengan design asal dia sebab shirt tu lah yang akan jadi canvas untuk kerja seni kau yang ni nanti. Hasilnya seperti...


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.














TADAAAAAAAAAAAAAA! 

Yaa ini dia hasilnya. Tak semegah kau punye jahitan mungkin, ni laa first time aku buat benda pelik jahit-menjahit ni. Tapi bak kata Spongebob, kalau kerja tu buat dengan sepenuh hati, feel tu akan sampai kat orang yang kita nak bagi, ye dakk? 


Hasil-hasil yang dibuat sendiri ni mungkin tak sehebat macam yang kat kedai-kedai cenderamatahati,sebab yelaa kite bukan ada banyak bahan sangat kan just amek je ape yang ada then gunapakai. 
But at least orang akan lebih menghargai kalau hadiah tu kita yang buat sendiri (DIY) dan secara tak langsung barang-barang yang kau buat sendiri tu akan jadi paling mahal dimata penerima =')



SELAMAT MENCUBA! 







Thursday 28 April 2011

Just The Way You Are

Takdelah pangkat pro sangat bagai kau pegang gitar terus berbunyi merdu. Tidak begitu. 
Aku masih lagi manual menggunakan guitar chord, training, dan hafal kod kot? hahaaa. 
I looooooveeee this song soooo mucho! Hehee just want to show how impressed i was 
when i found this song. This is it!





F
Oh her eyes, her eyes
F
Make the stars look like they're not shining
D
Her hair, her hair

Falls perfectly without her trying
B
She's so beautiful
B                     F
And I tell her every day
F
Yeah I know, I know
F
When I compliment her
F
She wont believe me
D
And its so, its so
D
Sad to think she don't see what I see
B
But every time she asks me do I look okay
     F
I say

F
When I see your face
                      D
There's not a thing that I would change
                  B
Cause you're amazing
                  F
Just the way you are
                F
And when you smile,
                           D
The whole world stops and stares for awhile
                     B
Cause girl you're amazing
                 F
Just the way you are

F
Her nails, her nails
F
I could kiss them all day if she'd let me
D
Her laugh, her laugh
D
She hates but I think its so sexy
B
She's so beautiful
                      F
And I tell her every day
F
Oh you know, you know, you know
F
Id never ask you to change
   D
If perfect is what you're searching for
D
Then just stay the same
     B
So don't even bother asking

If you look okay
            F
You know I say
                 F
When I see your face
                      D
There's not a thing that I would change
                B
Cause you're amazing
                  F
Just the way you are
               F
And when you smile,
                           D
The whole world stops and stares for awhile
                     B
Cause girl you're amazing
                  F
Just the way you are
             F
The way you are
             D
The way you are
               B
Girl you're amazing
                  F
Just the way you are

Last Chorus Actually Silent do whatever you want here, impress your lady by singing well (:

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are

Wednesday 27 April 2011

satu hari banyak kisah


Cerita yang sangat lapuk dan capuk sebab cerita ni pun dah lame tapi heii, perasaan merdeka tu masih hangat membara lagi tau so eden nak cerite jugak. ngeh3.

Apabila kau dah habis belajar dan rasa seperti diri tu dah graduate, memang rasa macam dah merdeka. TEPAT 20 APRIL 2011 jam 12.15 tengah hari, (ye arr sebenarnya pukul 12 tepat paper bussiness habis tapi nak tunggu pengawas punye taklimat tu yang jadi sampai 12.15 tuu), MERDEKAAAAA!!!

Angkat bagasi segala luggage yang ada, call teksi dan berambus. Dalam hati tetap berkata "bye bye KMPK.." Okay, misi seterusnya tawaf satu Ipoh Parade selagi mampu! Memang cool la kan, aku sorang-sorang je sebab semua geng dah balik.Takpe,seorang pelajar yang macho harus cool bila berjalan sendirian di mall.

#Kau harus menggelupur apabila selesai berkaraoke sendirian dan bila bil datang rm45++ kau melayang. sob sobb =.=



Karaoke sorang-sorang..


makan sorang-sorang..


tengok wayang sorang-sorang.. RIO rioooo :)



Atee begitulah gamaknye teman sendirian. Mau pukul 11.45 pm jugak lah aku keluar dari Ipoh Parade tu. Dengan confident level yang sangat tinggi aku pun at first nak tunggu cab jugak ah kan, tapi Masya-Allah, jam segini ade ke teksi?? Haa padan, padannnnn. Dengan confident lagi konon-konon nak berjalan kaki sampai ke hotel tu, jalan punye jalan sekali sesat daaa... Haa padan, padannnn (lagi). Takpe, kite terus ke penutup perjalanan aku sebab banyak jugak lah yang aku tempuh rempuh malam tu. huhhhuu. Pukul 12.30 am ke pm, sampai hotel. Alhamdulillah selamat anak umi...


yeayy first time check-in sendiri yawwww! Selalu hapak aku yang setelkan segala kejadah ni dan kami semua tinggal landing atas katil yoo. Disebabkan family aku tak sampai-sampai lagi, so aku dengar cakap abah dan check-in lah sendiri atas namo den sendiri! =)


Abah, Umi, semuaaaaa, Atie rasmikan dulu yoo! hahaaa. 



Okayy, habis pengembaraan aku starting dari dalam dewan (ehh exam pun kire mengembara jugak tau, tapi lebih kepada berjuang) sehingga lah menjadi pejalan kaki yang tegar sampai ke malam. Lepasni sumpah tak buat lagi. Ape kau ingat macho sangat ke travel sorang-sorang?? (bagi seorang perempuan). Well, experience is the best teacher. Kalau tak, berani sangat nak bersepai sensorang lagik. wuuuu~

Semoga dapat mimpi ngeri malam ni.
chauu cincau!

Friday 1 April 2011

Ke hadapan kekasih,
















sayangku,
cintaku,























 kasihku..

















okay awak, saya sebenarnya malas nak panjang-panjangkan cerita. Saya sebenarnya dah mula sayangkan awak. Betullah apa orang kata, dari benci jadi sayang. Dari mata turun ke hati. Dari ayam jadi burger. okayy yang tu merepek sebab tengah lapar. Sejujurnya saya tak ingin perpisahan ni. orang putih kata ape? Clash ke, break ke? Awak nanti saya dah pergi nanti awak jaga diri baik-baik ye. Jaga makan minum. Saya harap semuanya akan jadi seperti biasa selepas saya pergi. Dengan ini, saya sertakan kenangan-kenangan kita untuk awak tatap dikala tak boleh tidur malam gara-gara mengigau. Sudahlah, jangan sedih sedih lagi. Sampai bila-bila pun, saya takkan lupakan awak.......