Wednesday 28 September 2011

siblings :)

Orang selalu tanya aku ni anak yang keberapa dan kebiasaannya pertanyaan tu dorang yang jawab sendiri. Antara anak bongsu atau anak tunggal. Tu jela jawapan yang selalu aku dengar untuk aku. Hakikatnya, I'm the eldest. Agaknya aku ni nampak childish ke hape, mengada ke, eh tak tak gua brutal doe mungkin aku awet muda kot hemo hemo hemo :)

Umi anak tunggal so kau paham-paham lah orang tua-tua punya minded ; "probability anak dia ni pun sorang jugak nanti". 7 tahun aku membujang tanpa adik-beradik. Walaupun sunyi tapi sangat bahagia tak terkata. Dulu laa. Sekarang bawah aku berderet ada 3 askar.

Disebabkan jarak umur kitorang yang agak besar, maka selalu sangat takde persefahaman. Senang cakap aku ni memang kakak yang garang. Betul weh, semua tu tak suka kat aku pun. Sobbss. Pergi mana-mana pun memang tak boleh get along. Tapi aku ni kalau dengan anak orang lain kemain lagi layanan 5 bintang aku bagi. Yelaa, anak orang.~ Aku memang sukaaaa sangat dengan baby, omey omey je mereka ni. Tapi masa adik-adik aku kecik-kecik dulu pun takde nye aku bagi layanan lelebih. Mungkin sebab aku dah terbiasa dimanjakan sorang-sorang, macam takleh terimalah dengan kehadiran askar-askar tu.










Comel-comel kan semua ni? Rarrrrrr geraaaam. Tapi bukan adik-adik aku, anak-anak orang, aku pakai sapu je sebab sukaaa sangat. See? Layanan yang diberikan sangatlah berbeza sampai Umi pun sedih cakap buat adik-adik ni macam musuh. Hmm. 

Sampailah masa aku Tingkatan 3. Petang tu aku balik lambat dari sekolah sebab ada latihan kawad. Sampai je rumah tengok penuh je dengan selipar budak-budak. "Ini mesti kerabat si Iwan ni..". Ruang tamu kosong. Bilik Iwan lagilah kosong. Yang bising-bising dari bilik aku ajelah. Memang nak kena, pantang betul orang masuk bilik aku main redah je, bawak kerabat segala. Bibik dah geleng kepala takut aku meletup aje. All of sudden,aku terberhenti depan pintu bilik. Terdengar...


A : Wan, kakak kau tak marah ke kite main-main dalam bilik dia ni?

I : taklah, kakak aku baiklah..



Panas airmata mengalir laju. Sangat tersentuh. Sejak diorang dilahirkan, sekejap je aku berbaik dan selebihnya, hmm. Sememangnya aku seorang yang sangat panas baran dulu, tak matang, ada je nak memberontak. Sebab tu aku memang taknak rapat dengan diorang. Selepas insiden tu, aku cuba menghargai apa yang aku ada. Ya, kau akan lebih tenang jika begitu. Sekarang Alhamdulillah, walaupun tak serapat macam siblings orang lain, tapi bolehlah get along sikit-sikit. Yelaa askar-askar aku semua masing-masing baru nak membesar kan, aku pun dah matang (ecess). Aku perlu consider paling banyaklah sebab aku paling yang tua, dorang semua kecik-kecik je lagi. Gaduh-gaduh tu biasalah sebab masing-masing ada kepala angin, tapi air digelek dek steamroll takkan penyek kan? 






# comel je alahhai adik-adik ni. Rindu semua =')


So peeps, hargai siblings anda semua seadanya. Kadang-kadang kata-kata kita tu akan jadi doa, ingat yang kita semua milik Allah. Menyesal apa pun tak guna kalau Dia tarik balik milik-Nya. 

Aku pun pernah melalui zaman jahiliah jugak, kalau tak suka memang menyumpah habis. Teringat kawan masa muda dulu, dia cukup bencikan abang dia, hari-hari kalau gaduh dia cakap MAMPUSLAH KAU kat abang dia tu. Esoknya, abang dia meninggal dunia sebab eksiden.
Astaghfirullah, renungan bersama ya :')

Chauu cincau :)

Wednesday 21 September 2011

tisu tandas

Minggu pertama mula kelas tak sempat berjumpa dengan kelas BEL sebab lecturer tak datang dan lepastu cuti pulak. Maka minggu ni minggu pertama berkenalan dengan subjek ni. Madam bercadang buat ice breaking memandangkan semua dalam kelas tu masih lagi tersiput malu. Lalu beliau mengeluarkan tisu tandas dari dalam handbag beliau. TISU TANDAS??

Arahan dia senang je. Madam suruh amik seberapa banyak tisu yang kau nak, yup. yang kau nak. Masing-masing cita-cita tinggi menggunung konon macam lagi banyak tisu kau amik, mesti Madam lagi suka. Dah setel semua amik tisu, barulah Madam terangkan apa yang perlu kau buat dengan tisu tu. 
With every piece of the tissues that you take, it represent the number you have to describe about yourself.
Maka yang amik tisu berbondon-bondon tu mulalah berguling-guling macam cacing kerawit hahah amik kau berlagak sangat amik banyak-banyak. Oh ya, aku amik 5 helai sahaja. Tapi sehelai tu ada dua lapis kan? So kau gandakanlah yang 5 tu. =.=''




1. I hate accounting.
2. My passion is art.
3. I can play guitar and organ. A bit, 
4. I looooooooove NajwaLatif :)
5. I'm wishing to be a graphic designer.
*6. I have more than fifteen cats at home. (Madam remember this hahaa)
7. I hate sports.
8. Marching is me. :)
9. I can sing Mandarin songs. 
10. I looove chocolate.





# my artwork. It's OURS actually. Good job guys imissyou :)

*TETIBE, ahahaahaa okay it's not funny =.='


Chau cincaaau :)

Tuesday 20 September 2011

wo xiang ni :)

Out of blue, tiba tiba rindu. Uhhuk. Memang satu kerja gila, keluar sampai pagi buta bawak mak orang (kak Ita pregnant 9 bulan) dan mangkuk mangkuk ini semuaaaa, okay kalau macamtu aku pun mangkuk jugak eheheee. RINDUUU!

Kau tahulah kan kat JB ni ada satu tempat yang lebih kurang macam downtown lah kat KL tu, Bazaar JB yakni Bazaar Karat. Habis je waktu kerja tutup kedai semua pergilah kat tempat ni konon nak shoping kan padahal nak berjalan je lebih. Perangai boss dan staff masing masing camwhore haa lantak ko~












Berjalan tak hingat dunia, amek kau sampai ke 2 pagi. Sesungguhnya mengucap panjang aku sepanjang drive balik rumah sendirian lalu jalan sunyi gile macam kat kubur Kak Limah, glemer kau Kak Limah.
Selalu sangat aku post entri pasal budak budak ni, yang bujang bujang dua ekor tu boss aku, tapi masih keanak-anakan semua. Kau kata awet muda.


Smile ppl. I miss yall =)




Chauu cincau :)

Monday 19 September 2011

today my life begins

Ini entri pertama setelah bergelar sebagai pelajar. UiTM Kampus Bandaraya Melaka. Lama aku rahsiakan konon sebab aku tak suka dapat tempat ni tapi tak guna pun sebab ada yang dah tahu sendiri jadi takpayah nak berahsia sangat. Kau bajet retiss kan, ahahaa. Seriously, tak ter-imagin langsung yang aku akan ada kat tempat ni. Kau pun tahu proses UPU ada 8 pilihan diberi. Tiga pilihan teratas yang confident konon-konon mesti dapat punye, mesti dapaaaat : UPM, UMP, UNIMAS. Tiga-tiga course Seni Reka Grafik & Multimedia. TAPI aku dapat accounting. Once again. Dan semestinya kalau lecturer dok tanya2 kau punya cita-cita,semua macam hairan aku jawab GRAPHIC DESIGNER. Lepastu memasing halau2 aku pergilah pergi wahai anak muridku kejar cita-citamu itu. Amboii macamlah senangkan =.='


Thank God, Alhamdulillah dapat housemate yang very theee lovely like baru kenal tapi dah sayang sangat2 macam taknak berpisah dah sampai part 8 ='D
hahaa bahagia kan? Bersyukur sangat setakat ini, maka tak melampau sangatlah aku punya homesick. Sebooook, orang lain homesick aku pun sebok nak homesick jugeeek. Okay just now bila dah menghadap kehidupan di Uni, rasa macam lebih prefer matriks kot. *honestly. I'm fine here, seriously fine. Cuma ada segelintir manusia di sini buat aku berfikir masih adakah lagi manusia yang hidup berkasta? Tahulah awak tu pandai, kita yang kurang pandai ni sipi-sipi aje ditengoknya. Dahlah nanti semakin meraban pulak. Serabai entri ni, rugi je kau baca, gambar pun takde. Ohhoo aku tak bawak pun anak-anak aku yakni gitar dan kamera, konon macam nak protes yang jiwa dan raga masih belum di sini.






chauu cincau :)

Monday 5 September 2011

dah takdak modelling dah lepasni..

Dalam komuniti yang sedikit tentunya kita akan cepat akrab walaupun kadang-kadang tu ambil masa jugak. Kalau komuniti yang besar pulak semestinya lebih meriah, cuma ambil masa untuk saling mengenali dan mencari yang boleh buat kepala sama. Cecontohnya dulu, masa kerja dengan company anak ayam tu aku paling rapat dengan Hilmi aka Roy. Jadi masa aku resign tu memang dia sorang ajelah yang dapat cam hadiah kenang-kenangan gitu lah, ececehh. Aku suka sangat tempat tu dulu, enjoy kerja dengan semua. Aku kalau dah suka dan sayang, aku akan tinggalkan sedikit kenangan biar semua tak lupa yang aku juga pernah menjadi sebahagian daripada mereka.

Kali ni pun aku nak bagi sesuatu sebab aku sayangkan tempat ni dan enjoy berada di sini. Komuniti kami sangat kecil dan mudah mesra akhirnya. Tapi...gaji semua dah habis. Takde kenangan sangat yang dapat aku bagi. Just kad raya je memandangkan aku resign pun time raya kedua. Tapi kad raya ni memang tak macam kad raya. 








jeng jeng jenggggg.
macam kad salah cetak kan? Tapi aku suka kad ni, memang sesuai sangatlah aku nak bagi kat depa semua ni. Daripada awal aku kerja kat PLH semua suka-suka je tukar nama aku jadi Ira. Tak cukup dengan itu, depa panggil pulak aku Bieber. Okay, bibir. Benda ni dah macam jadi satu slogan la like 
ingat-bibir-ingat-Ira. Kau orang tak tahu ke yang aku ada sisters-bond dengan Angelina Jolie? It's called sexy okaaaay. Jeles semua ni.




Selitkan sekeping gambar kenangan bersama. Supaya tak lupa muka aku ni =')






It was fun being a part of this family. Bila semua berkumpul tu memang tak macam kerja dah siap halau halau customer lagi. Hahaa! melampau kau. Terima kasih semua sebab menjadi sahabat saya walaupun sementara. Nanti aku datang melawat. Sumpah takkan lupa. Sayang semua =')



Chauu cincaaau :)

Friday 2 September 2011

tema katak. Hijaunya dunia.

Dapat rasakan yang raya tahun ni macam tak raya? Aku tak ke mana, ke tempat kerja, YA. Sekarang dah resign. Tahun ni tak sedondon sebab banyak gaduh, dah tak sehati sejiwang, gaduh sebab malam raya dia nak balik rumah mak dia habis I ni nak jugak balik rumah family I. (dialog drama la aku sabat). 
Rasa macam dah aktiviti tahunan dah bergambar bagai ni, Alhamdulillah ini tahun kedua beraya bersama.




This is a self-photoshoot. Please ignore any annoying pictures here tq.













# ehm anak mak ni omey nyeeeee 



 #menahan angin. angin apa? =/





#cincin tunang ni. Besar saiz cincin ni kau apa tahu? Jari aku aje yang muat.




OKAAAAY rasa macam dah selesai berposing maut bagai, barulah boleh tunjuk belang di kaki betapa "ayu" nya awek tadi. 





Aku dari azali lah macamni.


Akhir sekali nak ucapkan,


SELAMAT HARI RAYA 
maaf zahir & batin.
Tahun ni kuih raya paling sikit, duit raya mak aku tak tahulah macamana dia nak adjust sebab memasing tengah kopak sebab aku nak berambus, rumah dah cat awal2, langsir perabot semua masih boleh guna lagi, so marilah semua datang beraya...

tahun depan.



okaylah gurau je, mai lah datang tapi memang serba serbi kekurangan lah. Aku tak packing apa lagi untuk ke Uni. Taknak pergi boleh?





Chau cincaaau :)