Thursday 23 June 2011

Cara Pemanduan Berhemah

Umi pernah cakap dia berbangga dengan pencapaian aku yang aku ni dah lama tak check-out dari rumah. "ha'ah rumah ni kan hotel, pagi pagi check-out malam nanti check-in balik sebab taknak tido bawah jambatan." *dialog dulu dulu. Yelaa manusia berulat macam aku ni boleh menggelupur kalau duk rumah lama lama lantas dikhuatiri akan mati kebosanan. Akhir akhir ni pernah jugak aku straight 5 hari langsung tak keluar rumah. TAHNIAH ANAKKU. 
Walaubagaimanapun jua, aku harus mengubah nasibku. Umi pun agaknye dah boring kot tengok aku bergolek golek aje makan gaji buta disamping aku juga berfikir yang aku telah menambahkan peratusan pengangguran kitaran yakni pengangguran semulajadi (barangsiapa yang amek subjek Econs akan faham).


                              *****************************************************




Alhamdulillah test hari ni berjaya (kali kedua), YA walaupun kali kedua namun kita 'belajar dari kesilapan'. Aku keluar daripada pagi sampai ke petang sendirian sebab aku nak fokus tak nak nervous (ececehh). Niat hati nak merempit tapi skuter wa rosak, malu siak skuter auto tapi start enjin kena pakai starter kaki yang pijak pijak tu, tak feminin. =') Penyelesaian terakhir, DRIVE. 


Jadi aku belajar cara pemanduan berhemah dan aku bangga untuk praktikkannya di jalanraya. Mulakan dengan senyuman.




Pertama, pemakaian tali pinggang keledar (seat belt) - 


Walaupun akan terasa sesak nafas dan sempit untuk bergerak gerak (bagi orang yang saiz macam akussss T___T") tapi ini menjadi satu kemestian yelaaa JPJ dan pihak yang berkenaan dah mewajibkan pemakaian seat belt ni, untuk keselamatan pengguna.





Kedua, jangan memotong -


Wa cakap lu wa sikit pun tak main potong memotong mahupun sotong. Awesome kan begini.  Sikap begini sangat menunjukkan bahawa anda sebenarnya seorang sangat penyabar disamping bila kau balik rumah nanti bolehlaa kau berbangga bagitahu seisi keluarga yang kau ni sebenarnya penyabar bagai "apek jual sayur naik basikal tadipun Atie tak potong, abah..."






Ketiga, jaga jarak dan kelajuan -


Paling laju tadipun 70km/j hehee. Macam kura-kura pun lagi laju ye aku tahu tapi sangat perlu berhati hati supaya tak dikejar polis trafik supaya rahsia tak bocor. Jaga jarak anda apabila mengekori kereta hadapan dengan mematuhi peraturan 2 saat (berlagak kau ea).






Keempat, beri laluan kepada yang lebih memerlukan -


Seperti situasi tadi, banyak kereta masing masing sibuk nak cepat sehingga buat buat tak perasan bahawa ada makcik sedang pimpin anak kecil kat tengah tengah jalan raya cari peluang untuk melintas. Dengan rasa rendah diri aku slow kan kereta dan makcik tu pun dapat melintas dengan selamat sambil melemparkan senyuman manis tanda terima kasih meskipun pada masa yang sama aku dapat setepek hon hon daripada manusia yang tidak bertimbang rasa. Pada masa tu aku rasa macam baiknya aku ni, sejak bila aku baik macamni, aku tak sangka aku baik begini. =') Plus, tak perlu untuk membalas-balas hon manusia tak bertimbang rasa tersebut kerana kau juga sedang mempraktikkan amalan BUDI BAHASA BUDAYA KITA haa yang ni kalau mak kau tengok ni mesti dia kata perut dia tiba-tiba rasa sejuk sebab pernah mengandungkan anak yang baik hati macam kau. Makcik yang nak melintas tadi adalah lebih memerlukan.





Kelima, jangan lupa letak kupon ditempat parking -  


Kan ada certain tempat kalau nak parking kena letak kupon parking kereta alaa kupon yang gores-gores macam gores dan menang tu. Honestly aku rasa sangat kagum dengan langkah-langkah dan kawalan ketat yang dijalankan oleh pihak JPJ serta pihak yang berkenaan sedari dulu lagi. Kalau takde kupon tu anda akan diberikan NOTIS KESALAHAN SERTA TAWARAN KOMPAUN atau nama kasarnya SAMAN. Saman dari Majlis Perbandaran laaa.




Maka secara sweet nye disini aku ingin menyatakan bahawa betapa bangganya (banyak pulak perkataan bangga dalam entri ni) aku sebab dapat mempraktikkan kesemua Cara Pemanduan Berhemah ini KECUALI yang Kelima tuu YA SECARA SWEETNYA AKU DAH KENA SAMAN DENGAN MDP OK BAI TERIMA KASIH.









# cissssssss.  T______T" 







chau cincauuu :)







Wednesday 15 June 2011

Bibik

Pagi tadi si kecik tak sekolah atee maknenye ponteng lagi macam biasa. Around dah bangun budak tu terus je dia melepak tengok tv macam bagus dahlah ponteng. Umi tengah marking paper Seni semantelahan aku pula tengah lipat kain mulut kunyah kunyah sirih (tipu je). Tetibe lepastu berlaku pertukaran kerjaya antara aku dan umi and cara bercakap pun bertukar.


F : eh,kau ni dah lah tak mandi, keluar je terus tengok 
    tv. Selekeh tau tak? Kan umi,?
U : ha'ah, tah! selekeh aje.


F : tengok tu, tak gosok gigi terus makan. Nak jadi ape kau ni?
U : tah!


F : baik sangat la tu nak pegi ngaji tak mandi tak gosok gigi,
    geli tau tak.
U : tah! 




              




Perkataan "tah" tu disebut dengan nada yang alaa macam kau nak mengadu kat mak kau yang adik kau sekian sekian and then nak mengiyakan pernyataan tu dengan mudah kau sebut "tah". Emmmm rase macam umi mengalan aje emmm macam nak ciummm aje umi ni emmmm muahmuahh.








                              *********************************






Sejak dari kecil lagi kami dah diajarkan dengan kehidupan berbibik. Bibik ni adalah sejenis......ah waklu tak payah nak berdefinisi sangat la kan. Abah dan umi sibuk bekerja plus time tu umi tengah baru nak stand survive after recovered from that killing disease jadi kehidupan berbibik itu memang satu keperluan buat kami semua. 


Semua bibik yang buat maka kau tak perlu risau tentang tudung sekolah kau berlilin atau tidak, makanan apa tengahari nanti, teman berbual ketika supper tengah malam, atau hantar kau sampai sekolah naik teksi masa kau ada pertandingan kawad kaki. Semua situasi dia ada. (alamak rindu bibik Ani lah pulak) *tears =')
Eh tapi ko jangan tak tahu bibik aku dulu bibik moden, pandai order lamb chop and apple juice youuuuuu. Dia lebih arif tentang nak ke KLCC perlu naik apa ke mana berhenti mana sebab dia dah resmi berfoya foya terlebih dahulu berbanding aku masa dia cuti hujung minggu. 


Since pindah ke JB ni, Pontian, Pekan Nanas, abah dah tak hired mana mana bibik lagi dah selepas bibik Ani memutuskan nak balik Indon tanah tumpah darahnya serta memandangkan semua anak anak dah gede (huhh tak mane nyeee). 


Sampai sekarang semua tunggang langgang sebab semua tak reti nak basuh cawan pinggan lepas makan minum, tak reti nak sapu sampah mop lantai, tak reti nak iron baju sendiri, tak reti nak basuh jemur angkat lipat kain dalam baju sendiri, tak pandai masak, balik balik sekolah je terus campak segala macam yang boleh dicampak, malas kemas rumah, tak pandai bangun pagi, dah tak pergi jogging sebab takde geng, ahhhhhh! Phewww~


Maka moral pertama : jangan hired bibik kalau tak anak anak kau nanti semua jadi pemalas and useless (kejam,lantak ko). Moral yang kedua : anak anak kau akan jadi kurang berguna kalau kau ambil bibik untuk manage rumahtangga kau nanti jadi jangan ambil maid bekerja untuk kau. Moral yang ketiga : anak sulung yang bercuti perlulah bantu membantu selagi mampu sebab adik adik semua masih tak biasa hidup tanpa bibik. JADI AKU SEKARANG ADALAH SEORANG BIBIK TERIMA KASIH.
















Chauu cincau :)

Tuesday 14 June 2011

Wa suda tengok. Lu bila?

Lu bising bising pasal Abang Long tailong sotong itu suda keluar, haa ni Kak Long Besar suda mariii, besar tengok body la sekarang KL gua punya. Ini entri gua mau bikin poyo poyo sikit sebab gua baru lepas tengok KL Gangster (cissss). Pailangggg Abang Besaa suda keluar, wa ingat lu suda mampos.


 Hahaa dah jadi lumrah lah kalau movie pesen pesen gini Pak Anjang paku 3 (POLIS) seperti tiada function dalam dunia yang fana ini ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang sebab inspektor sahab datang time orang dah mati kena bunuh itu pun dengar bunyi siren kereta polis aje. Nasib baik masyuk dengan jiwa gua yang rock ni (ecehhhh) so takdelaa macam 'membazir aku tengok cerita ni pung pang aje lebih' even sound effect dia macam sial bunyi kau makan kuaci pun boleh dengar macam bunyi bom (dalam cerita ni laa).
 Sebab tu gua suka duduk KL sebab ramai taiko besar pegang KL gua rasa selamat gilaaaa.


Hon pertama daripada aku tadi, macam awesome gila kan selama merempit atau mendrift aku tak pernah hon hon orang. Salah aku and salah si bebal tu harkk tuihh (gua masih panas dengan lu lagi bro) sebab masa dekat simpang masing masing lajuuuuu je konon macam ada dekat litar F1 laa lepastuu bajet masing masing pakai Ferrari takpun Lamborghini idaman. Kalau aku tak brek mengejut tadi dah lama kereta aku cium depan kereta kau tau. Kau nak aku cium kau? Gila. 


Lupakan pasal si bebal harkk tuihh tu. Surprise birthday partaaaay untuk Kak Ain hari ni, nasib baik dapat makan free, dapat hilangkan kesentapan aku pasal kejadian tadi puiiipuiii. Maka kerja aku adalah jadi photographer sepenuh masa jadi kau boleh simpan balik baldi untuk muntah sebab entri yang ini takde muka aku.



# ha'ah diorang main polis-en-triiii. Ada masalah?










Dah lepas berdating bergaya bergambar aku yang amek gambar sakan ni pergi laa ke mall yang berhampiran. Yang lain nak tengok Karak sebab Kak Ain dah tengok KL Gangster lepastu dia pergi cerita dekat semua habis semua dah tahu sinopsis, ye tak cool. Yang paling muda perlulah mengada ngada sambil berkata AKU NAK TENGOK JUGAK GANGSTER KL ABANG LONG AYAHANDA TU SEBAB CERITA TU KENA DENGAN JIWA AKU. Okay tipu.

Sumpah sejuk gila dalam panggung tuu, serius aku menggigil bukan kepalang wa cakap lu. Maka bila nak balik semua setuju kita bukak tingkap aje tak payah pakai air-cond sebab gua dah beku tapi bukak tingkap kecik kecik aje sebab takut kena simbah asid.





# Kak Farah, Kak Fath, Kak Sakinah, Kak Nana, and birthday girl Kak Ain ; THANKS A LOT




Chauu cincau :)


















Monday 13 June 2011

nak jadi sweet seperti cupcake? Moh kiteeeee~

Sekarang tengah emosi sebab tali gitar putus. Menambahkan emosi lagi semalam pergi jalan jalan ada jawatan kosong dekat mall offer gaji basic RM16XX. Terlalu emosi memikirkan test computer yang gagal. Emosi bertambah tambah emosi sebab sekarang sangat malas. Malah emosi infiniti sebab semua cakap "dah gemok sangat banyak babat gamaknye,". 
I'm a BIG LOSER now.

Okay mari kita berbalik kepada tajuk entri! Sebelum tu maaf bebanyak la sebab aku bukan seorang chef hatta tukang masak pun bukan maka perlulah seorang chef sebagai seorang bakal suami, ecessss.


# "ehh ni aku punyeee, aku punyeeeee!" Annee, jangan excited sangat, baru nak mula ni :D



BAHAN-BAHAN ;

1. tepung muffin
 (senang sikit sebab dah takpayah pandai2 tambah gula & etc. heheee)



2. telur ayam. ayam ye,





kemudian masukkan kedua dua bahan ini ke dalam mixer, tambahkan sedikit air ikut suka kau.


kacau kacau kacau lepastuu


tambahkan dengan sedikit minyak masak atau minyak sayuran janji bukan minyak diesel


hasil selepas mix semuaa


letak sebatian sebastian tadi dalam ini, 




tambahlah dengan cip coklat ke ikut sesedap rasa kau.




inilah hasil terbaik yang dapat ditunjukkan selepas dibakar. welldone.


Okay seterusnya nak buat yang warna warni pelangi yang kau suke sangat tuu. Kire macam toping laa kat atas muffin ni supaya dapat tutup body dia yang hitam legam =.='


whipping cream,


PEWARNA. Tanpa pewarna siapalah cupcake. 


letakkan cream tadi ke dalam mixer dan kacau sehingga menjadi cream yang sejati. pehhpehhhh


ohsem gileeeee kan. emmm daaap :p





macam aku cakap lah ikut kreativiti masing masing. Kalau ikut aku punye memang aku hantam sajalaa labuuu sebab aku malas tengok kejadah ni semua berkicai lepastuu macam hareeeeem nak kena kemas balik tuuuu yang paling aku MALAS. Fuhhh ikhlas Feee, ikhlas =')
Dah sampai sini je sebab aku tengah malaaaas k bye.





Chauu cincauu :)






















Friday 3 June 2011

DOESN'T PERFECTO

Manusia memang diciptakan untuk melakukan kesilapan dan belajar daripada kesilapan tersebut. Memang selalu dengar bila kau dah buat silap mesti kau cakap "maaf aku tak perfect," 
Ya, PERFECT yakni sempurna. Harus kau faham sempurna itu adalah meliputi segala kebaikan dan cas cas positf yang terbaik dari ladang (ape aku meraban ni). Aku harap kau faham aku memang tak sempurna, bukan aku saje pakai ayat klishe ni heee. 


Berterus terang kadangkala menjadi penyelesaian terbaik. Tahu, makan dalam jugaklah kalau dengar aku hembus kau pun hembus dan semestinya akan terasa "aikk, melampau minah ni pakai ungkit mengungkit bagai,". Dengar sini insan yang cemerlang, kalau simpan lama lama lagi sakit kan? Kena sindir sindir lagi berapi kan? Sampai bila mahu begini begini. 


Actually there's non of any reasons I can see but what is wrong with you and what I did wrongly to you. You're the best thing I ever had in my life and once you go I felt like I'm lost. Being separated is part of this ordinary life and yes, we had sail through all these thing successfully. It has been such a hard phase since you left me and almost everyday I'm crying until these tears have dried. It was sooo not cool okay. I have your shirt to accompany me to go through all the day that would come after this well, at least it makes me a bit calm. Just want to make you clear that I'm worried because I care. I care because you were a part of me. Is it hard to be frank? 


Perempuan itu tidak pernah berharap kau datang bawak aiskrim Cornetto lalu menyanyi lagu Bagaikan Bidadari sambil menghulurkan sejambak bunga mekar untuk memujuknya. Semoga cepat sembuh.


















Chauu cincauu :)

Thursday 2 June 2011

Panda tiada Lensa

No women no cry, No camera I'll die =_='
Okay nothing much just nak cakap yang sekarang ni camera aku takde buat seketika.

Masing masing tengah on hols maka selagi ada masa beronggeng laa. Fizi still cuti lagi tapi Wan dah nak balik KL dah Ahad ni. Waaaa berdating dengan student UIA dan KSKB laa, terasa rendah diri aku yang rendah ini. =') Aku sangat impressed dengan karya and hasil fotografi mereka,boleh kita bekerjasama?



Sesungguhnya sangatlah tiada arah tujuan masa nak keluar ni. Semacam nak gila budak budak nih cakap nak pergi itu lah ini lah last last "ehh nak ke mana ni seno nyeeee?". Aku cekik sorang-sorang. Erkk 1 Jun? Lepastu aku baru teringat lantas mencapai telefon bimbit, (ecesss)


F : you ada competition kan hari ni?
M : Yup. Datang tak?
F : Insyaallah. Mana?
M : __________ Mall.
F : Okay I'll try. (chehh berlagak padahal tak tahu kat mana)



# for this competition


# B-Boy Breakdance Comp. 



# eh, B-Boy Melton pun ada? hahaa :D



Act time datang ni pun dah terlambat dah sebab Floorz Ninjaz or Teenagersoul Crew dah lepas battle dah. Alaaah tak cool lah pulak datang tapi tak sempat tengok battle. Sobbsobbb T__T
Memang datang untuk support FN pun ouhh I bet you diorang ni semueee comel lotey belakeyy esp yang tiga beradik Raymond tuuh hehee. 

Dan seterusnya meneruskan perjalanan sebab cinema kat mall tu tak best jadi nak pergi mall yag jauh sikit sebab minyak kereta banyak lagi jadi perlu habiskan cepat cepat. grrrrr.



sayatakpakaiBBmacamawak





"Aku tak kesah nak makan ape ape pun tapi yang penting aku taknak makan kat KFC okayy..."


Chehhh, macam hareeeemmmm taknak kepsi konon.





ahahaaa dah lama aku tak buat senyuman fake macam itu :D
kelakoooooooooo kate ko.


Kungfu Panda 3D. Haaa baru kena dengan tajuk entri. Movie ni cam awesome gila sebab watak utama tu aku hahaa tengok body laa bro =') And then yeaarr semua jakun tak pernah tengok movie 3D bagai sekali tengok semua macam whoaaa nampak real gilerrrrrrr bhai.




thanks for the day guys gonna miss yall,










Chauu cincauu :)