Monday 27 August 2012

gendang gendut

Aku tak faham satu benda. Ada orang makan banyak, tak gemuk gemuk jugak. Ada orang makan sikit, tak kurus kurus jugak (aku lah tu ehemm). Ada orang yang makan angin, tapi tak kurus kurus jugak (aku lagi) bila masa aku pergi makan angin pun aku tak tahu lah. Apa apa pun, kita harus bersyukur dengan apa yang kita miliki ya, sebagai insan yang cemerlang, pandangan mesti senantiasa ke depan menuju kejayaan, jangan jadi macam aku sebab orang lain main bowling baling ke depan aku main bowling baling bola ke belakang MALU GILA GILA PUNYA MALU MAK JEMAH HOKAY kbaiii~

Ini hari ada orang ponteng kelas sebab tiket habis. Tapi dah balik Penang dah hewheww tapi dia kasi kita hadiah baeeeekkkk punyeeee sebelum dia berangkat pulang...


TADAAAAA!
Chef aa yang masak semua ni ='D

aaaaaanddd yang paling BEST THE BEST-EST GILA GILA PUNYA BEST
....
....
....



#BEGEDIL!!!
hoooo gua memang hantu begedil beb, hari hari makan begedil tak makan nasik pon takpe dek, hari hari makan begedil pon boleh dek, sampai body ahkak jadi saiz begedil pon boleh dek, sampai ahkak pon tershashul BEGEDIL ke BEDEGIL. ahkak degil tau.


so orang yang bagi pantun je pun kena berbalas balas kan? jika diberi makanan, maka balasannya juga perlulah makanan (hipotesis)
so i've made this


#LASAGNA
aku pon failed pronounce benda ni, beliau je yang pandai sebut.
tapi tak berapa nak jadi sangat la sebab lasagna sheets dia still keras lagi sikit sikit tapi juri kata okay je, sodap je. takpe, first trial memang la macamtu, lepasni buat mesti lebih okay!
saya dapatkan resepi yang sangat simple dari sini :
tq FL kerana resepi ini saya jadi perempuan yang sangat macho!




#mekaseh omnomnomnom =')
teheee untunglaaaa selalu dapat makan best best, mintak je ape mesti dapat, walaupun lambat,walaupun kau ompompuan tak pandai masak (monolog dengan diri sendiri)

ini dijamin masa depan tak kebuloq ni kroooh kroooh 




#jemput makan...
lapa la pulok -..-
mekaseh tuan chef!

Chauu cincauu :)

Saturday 25 August 2012

Berdua bersatu.

Hamboi Forteen sangat title entri. Sebab apa? sebab dalam masa seminggu ni je dah melampau lampau cerita pasal penyatuan dua hati, maka kita ni yang takde hati membentak bentak jua tertanya tanya ke manakah picisan picisan hati kiteww sambil nyanyi walau dilanda badai ku sanggup kerna ku mahu kitaaaa berdua bersaaaa-tuuuuu.

Alhamdulillah setakat ini first stage dah kira lepas lah, insyaAllah kalau jodoh panjang ke next next stage pulok ^^ Yang penting restu keluarga tu, next next time masa untuk tunjuk segala skills yang ada,itu pun kalau lah ko ade skill, hebak sangak mung nih. Baru kena terjah sikit dah ke laot dah segala benda yang kau buat. Kau ni memang kalut tak habes! Tapi takpe, disebabkan kau ni seorang yang poyo, aku maafkan (bercakap dengan diri sendiri)



Semalam pergi majlis nikah Kak Nisa dengan Abang Aim. Alhamdulillah lagi sekali yelaa dorang ni couple lama dah, bersatu jugak akhirnya =') memang melopong habis laa aku tengok majlis nikah ni sebab dorang ikut adat Bugis, masuk dalam kain bagai (bukan dalam kain pompuan eh harap maklum). Nak amik gambar pon tak boleh sebab eksaited sangat tengok adat dorang ni, memang ohsemmm! Tapi kalau i kan Jah, i tak suka sangat ikut ikut adat ni, rimas and sometimes ridiculous tau Jah. Hope bakal keluarga mertua dengarlah permintaan Mak Jemah ni (tetibeeeee)






Lepastu keesokannya (hari ni laa) pergi pulak ke our ex-classmate's engagement! Ni laa member gaduh gaduh masa kat sekolah dulu lepastu selalu sangat buat mesyuarat gossip sebab pusingkan kerusi je dah open table untuk bergossip dalam kelas. Kalau cakap pasal kawen kitorang la yang paling over de vassss siap dah plan tema wedding nak kaler ape. Tup tup dia laaa yang tunang dulu ='D




geng bergossip 5 Cekal :'D



#she's pretty isn't? orang cantik kena laa tunang awal awal...
lambat booking melepas laaa ha sapa yang syiok kat Syifa masa sekolah bolehlah angkat kaki pergi Vietnam. 



Ni amik barakah namanya. 
supaya cepat dapat jodoh. Atau supaya murah rezeki dapat pergi umrah dan seterusnya berjumpa jodoh dekat sana? Irma Hasmie sangaaaaattt.



memang tenggelam laa kalau berdiri sebelah budak cantik ni kannn hahahahaa :'D
*gelak sambil lap airmata 


Inilah dia cek abang nyeee. Kitorang semua ni satu sekolah so masa si imam ni nak tekel Chip memang tak dilayan aaa sebab beliau dah ada pilihan hati sendiri. Ha tu lah mak dah kata masa sekolah jangan bercinta! (eh?) tapi kitorang semua syok kat si imam ni da laa hemsem, adik pun hemsem, kuat agama, adik pun atlet (ehh??). Last last dia boleh pulak syok kat Chip ni, kesian i... Tapi mungkin jodoh diorang kuat, sama sama dapat sambung belajar kat tempat yang sama. Tup tupp, tunang daaaah... best nyeeee ='D


#my outfit.
heheee ingat lagi tak baju ni? actually kain dia pun kaler putih tapi terbelah dek oii kat belakangnyeww. Makcik dah taknak dah pakai yang terbelah belah ni teheee.
so i just mix and match dengan kain baju kurung yang lain.
Tadaaaaaa! 


Congratulations to my frens yang nak and dah membina masjid ni. Cepat sangat kita membesar kan?? Haihh tak puas kanak kanak lagi kot. Tapi apa apa pun i just wish the best and i really hope that the best will comes to me. InsyaAllah.. =') 


#tetibeeeee -..-


chauu cincauu :)





tak habis-habis










Tak habis-habis nak bergambar. Over pulak Dakjid ni beriyeee tunggu raya sebab nak photoshoot(katenyee). Ototototooo


Chauu cincauu :)

Thursday 16 August 2012

Mespes.



SEBELUM TU CHEQ NAK HABAQ ENTRI NI SEMUAAA GAMBAQ CHEQ JADI KALAU ANGPA YANG LEMAH SEMANGAT CHEQ NASEHATKAN ANGPA TOKSAH LAH BUKAK ENTRI NI NAAH 
**pesanan penaja.


Setelah sekian lama online MukaBuku, makcik hampir (bukan hampir, memang) terlupa yang makcik dolu dolu ada MySpace! Ehh angpa jangan tak tau, mesepes tu laa yang paling makcik sayang tau, sebelum adanya kewujudan Fesbuk ni. Bila dah ada Fesbuk pon makcik berkeras jugak "ko add jela mesepes aku, tak boleh keee," kerana makcik TAK MAHU TAK MAHU TAK MAHU buat fesbuk. Tapi dah buat dah dek desakan rakan sebaya pffttttt +_+ Dan sekarang ini makcik takde Twiderrr (bergaya sangat cakap macamni) lantak korang lah nak cakap makcik poyo ke tak versatile ke makcik tak kesah, makcik totap taknak buat Twiderrr! Tapi tengok aa cane kalo makcik terbuat, ape salahnye hewwhewww >,<

Harituu bukak laa mespes, Masya-Allah i tak private gambo rupenyeee :') so i cepat cepat private dan delete laa gambar gambar muda mudi yang maseh free free tu teheee. Tapi gambar gambar kelakar aku amek balik laa sebab aku dah takde dah gambar gambar lama dalam simpanan aku disebabkan oleh satu insiden sobbssss.

Kau hingat tak kalau bergambar kat mesepes tu, gambar dia mesti ketepek muka sebesar besar tidak, konon nak tunjuk lah ada lesung batu, tak pon jerawat batu.


macamni.





macamni. Innershineeeee



Ni masa zaman berjinak jinak dengan tudung, menggayakan tudung. Lepastu ada pulak shawel, yang pada mulanya makcik ingatkan ia hanyalah sehelai alas meja.



booolatkan mata.


muncungkan mulut. duckface quekk quekk



sehabes baik ni haa zoom kan muka dushh dushhh! =,=
*kalau dulu boleh laa nak zoom sebab sebijik jerawat pon insyaAllah susah laa nak jumpe. haa sekarang toksah cakap laa kemain meriah lagi lagi kat idong -..-













Haa amacam? ade terkenang jugak tak? haa cepat cepat bukak balik mesepes ko! Hahaaadoi gelak guling guling je tengok gambo sendiri sebab sekarang kan dah matang jadi tak boleh nak terima kalau ada adik adik di luar sana yang bergambar begitu. Sedangkan kau masa muda muda pun spesies begitu juga?? Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke bawah..


Chauu cincauu :)

IFTAR.

Alhamdulillah setelah diperam peram gambar yang ada kat dalam kamera tu, akhirnya ia menjadi jeruk sejati lalu barulah aku memutuskan untuk hapdate sekarang ni. Dermmmm.

Isnin lepas aku ada uar-uarkan (i spell it right, right?) yang aku ke Kem Sembrong. Perancangannya memang begitulah kerana aku sangat rindu rindu aduhh sayang merindu, jauh jauh orang sudah menjauh~ ok sangat merindukan tempat tinggal kehidupan aku selama tiga minggu itu! Homaii teringin sangat nak masuk dorm, lepak dekat kantin kalaulah ada masa lepak, dan berkawad seorang diri pon tak ape kat padang kawad. Sendiri komand sendiri gerak,bhahahahaa k. Malangnya nak jejak kaki kat kem pon tak kesampaian dek kerana ada masalah masalah tertentu. Sedihhh angat titewww. 

Sebenarnya ahli BSKN dikehendaki berkumpul di kem sebelum bergerak ke Batu Pahat untuk majlis iftar ni. Tapi yelah Allah tu nak mudahkan kita, makanya kita terr-ada pulak driver straaaaaaight terus ke...... 



#SINI :')
Wisma Anak anak Yatim Islam Batu Pahat.



Alhamdulillah tercapai jugak impian aku nak buat benda benda gini. Act aku ingatkan tempat ni menempatkan budak budak kecik gitu tapi ni kira asrama budak budak yang agak remaja jugak laa which is yang paling ramai pun budak budak Form 1 sampai Form 5. Yang paling kecik pon dajah 5. Aku pulak dah siap siap tisu berkotak kotak, aku sensetip wooo benda benda gini, yela dorang kan anak anak yatim.. :'(

Sebab aku pernah ikut Tok Wan berbuka di salah sebuah rumah anak anak yatim di Pontian, sehelai tisu pon tak bawak haa amek ko tudung Tok Wan pon gua sapu je buat lap srott srottt sebab sedih sangat tengok diorang kecik kecik lagi dah takdak makbapak :'( Sebab tu kali ni dah ready tisu sehabes baik laa tapi kali ni takdak laa sedih sangat sebab dorang semua dah besar and tak tahu sangat nak berbual apa dengan dorang :")






# ohh lupa nak habaq BSKN ni kira macam persatuan-bekas-pelatih-PLKN gituu, 
daripada zaman batu yang first siri punye sampaaaai lah akan akan datang punye pelatih pun boleh join! haa yang kena repeat macam aku ni pon boleh join, derm -..-





#ni muka muka happy baru lepas dapat wet ayeee weeee omey angat akap acamni puihhh~ =)




#hohh Kak Salina orang kuat BSKN ni!


#bersama adik adik =')
dorang happy sangat masa kitorang datang ni..


#sesi salam-peluk-ciom-memuahh sebelum balik.
*ehh haiii saya lah rabbit ituu ^^



#haa ni cikgu cikgu kesayangan masa dekat kem yang selalu panggil gua penghuluwati lembik -..-
masa dekat kem dorang selalu ragging gua, sampai menangis mengadu kat penghulu nak letak jawatan bagai..tapi bila sesi serah pangkat tu, dorang cakap saja je nak test kekentalan jiwa awak.. Atototottooo iyeke cekgu? :p
love youu cekgu's!


#hokaay gambar last sekali haruslah ada bersama semua ahli ahli. andd dengan Papa titeww. heheee Tuan (berbaju melayu peach) ni tersangat lah baik hati dan rajin sangat buat event untuk bekas bekas pelatih. Masa dekat kem dulu pon selalu sangat tolong aku, kaunseling budak budak semua..bagi duet raya (eh?)
Tuan best sangat! Love you Papa! ^^



InsyaAllah masa akan datang aku nak sangat buat buat kerja sukarela ni, dah ada dalam list hidup aku sejak kecik lagi. Seronok sangat bila kita dapat happy kan orang lain, terutamanya orang orang yang kurang bernasib baik..papling penting semua ni KERANA ALLAH.

p/s; saya harap anda anda semua tidak salah faham, tujuan saya post ini bukan untuk menunjuk nunjuk, tapi saya harap saya dapat paparkan kemanisan kurma beramal dengan anak anak yatim ini, merasai apa yang mereka rasakan. Kalau ada rezeki lebih jom lah kita buat juga :) Bersyukurlah kita yang masih mempunyai ibubapa.. 
Semoga Umi dan Abah saya cepat sembuh :')


Chauu cincau :)