Monday 24 October 2011

Langau Dalam Kelas (LDK)

Aku ni macam takde benda lain nak bagitahu, aku stresssss dengan segala study segala prsentation segala bagai segala... (aura negatif sila tolak tepi).
Hari Ahad lepas ada program apetah namanya and then ada LDK alaah kau tahu lah UiTM kau ni suka sangat buat aktiviti yang berfaedah pada hujung minggu *jeling jeling. Masa dekat Audi ada ceramah, macam biasalah student ni nak timbulkan keinsafan pada diorang senang aje. Kau letak je lagu pasal ayah,ibu,ummi,walid,abah, lebih cool lagi daddy cool. Ada satu part ni, penceramah tu suruh text benda-benda ni kat parents..




Truth or dare? haa macamtu. Kompom ramai yang taknak hantar mesej ni, persepsi kau orang semua sama je macam aku. Takut kena setepek buang tebiat atau kebarangkalian anak aku niiii eh tak boleh jadi niii. Okay. Semua dah send mesej ni kat parents masing-masing. Halamaaak tak delivered kat Ummi delivered kat Abah aje sebab henpon Ummi rosak dan dan itu.

reply : 
"Abah sentiasa doakan kejayaan Atie, jaga diri baik2. Hp umi rosak utk makluman."




Okaaay Abah reply jugak sepatah dua kerat ayat polis dia. Kawan-kawan yang lain semua makbapak siap reply panjang berjela-jela disertakan sekali dengan nombor akaun, smiley yang kiut miut, ada yang mmuah muah itu lagi kiut. *sigh.hmm. Ada lagi yang mak dia terus call lepas dapat mesej tu ingatkan macam concern gila lah  rupanya mak dia rabun tak nampak apa yang dia send. *sigh again. Takpe Abah kat ofis kot tengah kerja and henpon Ummi rosak. Paham. Paham.


Tak tahulah kenapa kawan aku yang dekat Uitm Penang tu cakap LDK (Latihan Dalam Kumpulan) tak best. Ehhemmm kawan~ Okay je, best je aku pergi, lagi-lagi dengan all the classmates memang very the havoc kaaaauu Jaaaaah. Selepas melepasi fasa-fasa kebahagiaan masa LDK tu, fasi suruh pulak buat something yang...scary. 



"Andaikan esok hari anda MATI. Maka hari ini akan menjadi hari yang terakhir bagi anda. Tuliskan surat wasiat anda kepada sesiapa sahaja yang diingini.."





Aku punya wasiat ni memang cenggini jela aku buat. Kalau buat betul-betul mau melalak berguling-guling meroyan aku. Gua memang macho beb tapi bab-bab gini gua sensitip. Sentaaaaap. Ariff orang pertama yang volunteer untuk baca surat wasiat dia tapi aku takdela sentap sangat sebab dia buat surat wasiat untuk wife dia. I mean, wife-in-future. Tapi bila sampai turn Izzat baca, sentap beribu kali sentap aku. Cerita kita sama Jat. Surat yang sepatutnya aku tulis pun hampir sama. Satu kelas rasa. I know you reading this Double Z, ehhemm ='D


Habis je LDK, check henpon halaamaakk ada seplo misscall. 

"Ummi kat River Cruise ni... bessstttt :)"



Okaaayyy semua pun dah pandai nak buat surprise kan sekarang. Cium kang. Straight lepas dapat mesej yang aku send pagi tu,Abah terus berkejar balik rumah belikan Ummi henpon baru untuk forwardkan balik mesej yang aku send and then packing ramai-ramai datang Melaka! Yang aku dok envy gila parents semua orang reply berjela-jela siap call lagi muahmuah lagi, parents aku lagi hebak laksmana terus datang sini! Kau adaaaaaa?? *kerek kerek.



I love you all. SO MUCH. Thank you Allah =')



p/s ; baru seminggu tak balik rumah. Wuuu wuuuu~


Chauu cincaau :)

Tuesday 18 October 2011

3 suara 3 mikrofon laaa weh


Rasa macam dah lama sangat duduk kat Melaka ni padahal balik tiap-tiap minggu. Macam gedik gile kan nak balik selalu walhal sekangkang kera. Dah jadi rutin bila balik Jb mesti jumpa orang itu orang ini pergi situ pergi sini dan yang paling penting tak check-in check-out rumah sesuka hati nanti mak kau sebat kau dengan kata-kata perli-an diceriakan lagi dengan pandangan sinis yang comel. Aku pernah kena.

Jadi untuk melancarkan rutin aku itu aku perlulah bijak membahagikan masa antara sidia dengan sidia serta sidia sidia yang lain. Seperti "minggu ni I dengan you, next week turn dia lah pulak. I kena fair lah okay sebab I kan ketua keluarga.." Maka hujung minggu ni turn Anne.




Paling penting haruslah disertakan dengan photoshoot yang indah dan comelsss










Pedih ulu hati aku melayan dua beradik ni. Mengada nak berjalan kaki jauh-jauh nak menjerit tapi akhirnya menjerit kat tempat karoks jugak, nak pakai shades segala, glamor katanya, aku cium sorang-sorang kang. Lama kaaan tak deting begini-begini, kan ke lepas gian namanya. Nak kena mention la pasal pergi karaoke tu supaya tak nampak tersasar sangat dengan tajuk entri. Hewwwhewww~



Panda & The Backbone II


Chauu cincauu :)

Tuesday 11 October 2011

randomly








angka-SAWAN



I miss you :')


Chauu cincau :)

inilah jodoh saya :)


Dah mula merasakan tekanan sebagai pelajar semula. Buat pertama kalinya aku rasa lebih rela hidup kat matriks sampai tua sampai aku habis PhD. Melampau kan matriks ada PhD segala. Berat badan bertambah lagi bertambah tekanan. Okay even aku takde pergi timbang berat badan pun. INSTINCT.

Aku dari kecik lagi Mak yang jaga sebab masa tu Umi masih study lagi and Abah baru start kerja so masing-masing busy manjang maka jadilah aku sekadar di pinggiran.  :’)

Mak sangat baik sangat caring. Aku dari kecik sampai ke besar ni laa manja lagi dengan Mak. Walaupun masa tu dia ada anak yang sebaya dengan aku, dia lebih prefer jaga aku berbanding anak dia, aku kan mengada lebih. Aku memang suka dengki budak tu, time time dia dah masuk buai, dan dan time tu jugaklah aku pun nak join masuk jugaaak. Sangat efektif hentak-hentak kaki, guling-guling 25 saat lepastu buatlah macam kau tengah meroyan. Yaaayy dapat! Bertuaaah anak =.=’
Semua ni Mak yang cerita balik masa berjumpa awal tahun ni. Dan saya sangat tersipu-sipu macam siput tak tersedut sebab dah tahu yang dirinya akan di gulai masak cili padi. Saya dah bagitahu belum yang anak Mak yang saya suka dengki itu adalah LELAKI? Okay sekarang fahamlah kenapa aku tak jadi panda tapi jadi siput. Merepek dah kbai.

Lepastu memasing macam alaaahai dah besaa anak kau Jaaaah, molek dah ni buat bini ehhem ehhem seterusnya ehhem ehhem sebaya pulak tu ehhem ehhem dapat merapatkan silaturrahim antara kita *okay I make this sentence more annoyed! OMK OMK OMK (Oo Mak Kau) macamana ni, jodoh rupanya dah ditentukan sedari kecil lagi bagaimana iniiii. Okaylah sebab anak Mak (Mr.A) hemmsemm doee boleh tahan, sopan santun,rajin dan yang paling best minat kami sama terhadap seni. Perlu break-up terus dengan pilihan hati sekarang jugak ASAP . *Kejam.





Aku ni perut beruang, Umi sibuk belajar jadi aku pun kurang dapat makanan tambahan. At the end baru aku dapat tahu, aku anak susuan mak. Maknanya, aku dengan Mr.A tuu sibling susuan. Sedih sedih sedih wuuuwuuuu T____T"
Tak payah nak sedih sangatlah kan! Hahaaa :D

Kesimpulannya ; JODOH DI TANGAN TUHAN.. Insyaallah yang terbaik. :)




ewaaah konon duduk jauh-jauh, malu letewwwwww~
*mati aku kalau dia baca ni, memang sampai ke tua aku tak datang rumah dia lagi =/


p/s ; rindu kat Mak ngan Aboh.. :'(


Chauu cincau :)

Thursday 6 October 2011

katakan smurf untuk melaka :)

Kau tahu kan perasaan yang berstatus student ni macamana? Konon konon macam ada banyak sangat hal yang perlu difikirkan *tapi aku memang banyak fikir pun. Kelas hari Jumaat habis petang lepastu semua keluar kelas muka mengekspresikan kata kata kesat seperti "aku tensionlah belajar Law ni", "macam psttfststtt amek acc tapi kena study Law apa dunia ni tak cukup peguam ke", "yelaa aku kan bodo, dah macam melukut tepi gantang je kau buat aku..". KONKLUSI NYA AKU TAK SUKA LAW dan tak suka jadi melukut.

Aku sangat teruja bila Pipa ajak berjimba, okay evendho saat tu aku nak je carik kamus Dewan belek belek berjimba tu apa? Noob sangat jadi aku. Yelaa aku kan kurang pandai. K. 















Budak Part 1 mestilah innocent kan so perlu balik sebelum pukul 11. Kau dah keluar petang ngok ngek ngok ngek segala paling koman esok pagi baru balik. Sah, overnight. Melaka ni sangatlah cantik pada waktu malam, sumpah tak tipu weh. Tempat photoshoot bersepah. Karaoke merata. Mall tak terkira. MacDon's sentiasa ada. Ouhh you have to know how much I love this Malacca right now! At least takdela terkilan sangat tak dapat kat tempat lama (KL) sebab lebih kurang aje environment nya. Just sayang KL lebih sikit hewhewww =.='







This is Jonker Walk area. Tempat ni lebih kurang macam Petaling Street la kalau kat KL tu atau macam Bazaar Karat kalau kat JB. Pusing pusing pusing semua kedai pun macam nak tutup, yelaa dah pagi kot sape je nak meniaga. But then semua macam amazed dengan ini



at first aku takut gila dengan uncle ni, kau tengokla appearance dia macamana. Tapi kitorang stop by jugak sebab impressed gila tengok dia menyanyi sambil main gitar and tiup ape bende alah tu aku lupa namaaaaaaa.
Tak ramai orang pun, yang ada semua dah ontheway nak balik. Kami kami semua yang ada ni diberi peluang (kena paksa act) untuk bergambar ala ala basking cam dia jugaklah. Sweet kan.








And when it comes to my turn, I was just plucking a bit. Pantang jumpa gitar. Tak semena uncle macam impressed "okay budak ni boleh buat partnership basking business".
Gua tak hebat pun, tune pun tunggang langgang lagi. Lepastu budak budak ni memang saja nak kenakan aku pegi request lagu lagu segala. Aku cepuk sensorang kang. Nervous gua bhai yang terlintas kat kepala aku lagu KeluangMan aje. 


At first aku request lagu 'Ni Bu Zhi Dao De Shi' tapi beliau tak tahu, maybe lagu ni agak baru. Terlintas satu lagu feveret sepanjang zaman aku, beliau tahuuuu sangat sangat so dia pun mainkan lagu tu and I was singing that time. Unofficially we're basking partnership :D




Menyanyikan lagu lama kegemaran sepanjang zaman
'Yue Liang Dai Biao Wo De Xin'


 
Sorry for the sound and my voice =.='
Petang tu dah lenjan berkaraoke bagai memeyy suara dah tak serupa suara lah kan. Lepastu boleh pulak tourist yang lalu lalang dok tengok sekali and sing-a-long ingat tengah buat konsert ke apeeee. Saya kan pemalu. Ehhemm~

Lepasni boleh pegi hari hari, ghasak kau nak tido sana pun boleh. Thanks guys, and thanks uncle, Such a memorable memories!


Panda and The Backbone.
atau
Beruang Band.

Sokonglah indie band & industri tempatan. Hewwheww




Chauu cincau :)