Wednesday 20 November 2013

Sweet Escape.

Tak plan pun sebenarnya nak terus pergi vacation lah kononnye sebab mana mungkin vacation on weekends?? Mana sempat?! Tapi sebenarnya sempat. Sempat kalau kau ponteng kelas. Dan test. Dan pada saat ini aku tak amik test mandarin lagi kahkah. Dengar kabor macam susah?

Thank you for inviting me to join uolls punya family vacation even kita ni pemalulah kita belum jadi family (lagi) tapi sebab ada geng so jalaaaaanlah. =') Kalau Kak Hana ada lagi boleh geng sebab dia menantu baru dalam family kan so boleh kawtim aa hihiks (dah mula perangai nyenyenye)



Lepas majlis konvo habis je teruuuusss straight dari Penang ke jeti berakit-rakit ke Langkawi. Berenang-renang ke tepian.



Acah-acah sikit gadis pilihan.





Gambar ni walaupun tak center sebab Unek mengadu tak nampak apa-apa masa guna kemera gemok --- dia kata yang dia nampak hanyalah kegelapan. Okay tu lawak hahah.
For the time being muka Akak lebih bulat daripada muka aku. Ini satu pencapaian hebat! Syabas!


Gadis dan bunga. Bunga tepi sekali kaler biru dan muncung tu bunga taik ayam.






Ayiiishhhhhh ni adalah baby yang paling steady di arus permodenan ini sebab dia ni apa apa pon steady cool je. Tapi ko tunggu lah sekali dia bunyi alarm =') 
rasa nak gigit je nasib baik tak banyak lemak grrr rindu ayish dah ='/


Kalau dah beramai ramai jadi yang paling selalu kena tinggal memang aku jelah sebab bila dah hujung hujung berkumpul nanti tetiba aku melencong ke lain. Ingatkan semua cam memain aa dah tutup pintu van bagai tinggal nak gerak aje sekali dia nampak aku tengah terkedek kedek pergi kat van ha tahu kau meloncat terus bukakkan pintu. Merajuk satu jam. Ini semua adalah tanggungjawab tuan driver! Tak tahulah apa nak jadi aku ni perangai tak boleh nak bawak berbincang betul walaupun tengah bercuti dengan family orang. Makan toksah cakap lah memang pesen vakuum makanan aku ni.





"aku dah kata ko tak boleh naik benda ni ko degil.. tengok ni dah tercabot tayarnye.. tengok tu kene sound sikit mulalah buat muke.. aptb.."



Heaven on Earth



Orang yang takut naik cable car jadi dia main air jewww nyenyenye xD




muka steady ni tapi sebenarnya time ni cable car tengah hang adelah dalam 15 minit tergantung kat atas tu. Sumpah ni first and last aku naik, teknikal problem taik dia!



tapi ada orang tu memang penggayat melebihi level aku lah sampai nak suruh pass kemera pon takot sebab takot benda alah tu bergoyang. Deyyy kau ni takat level kena-tiup-angin-pun-terbang macammana lah boleh terfikir sampai macamtu. 




: )


Alhamdulillah thanks Allah for giving me chances to met these people, get to know them. Because i don't really get involved with mine so i don't have that best-est feeling of having a big family. Being with y'all makes me feels like i'm at my own home.
Since Umi's left, sekarang baru nak mula get into dengan family...you know. I love my mom's family. They're so unite, just like yours. Semoga ini, selamanya.

Thank you for your love and kindness. I love y'all. Truly =')


Chauu cincau :)

Tuesday 19 November 2013

Kombo-kesen.

Aku tak tahu kenapa aku tertunggu tunggu gila hari INI yelah ini yang ini. Maybe sebab aku tak pernah attend mana mana majlis konvo kecuali masa arwah Umi punya konvo itupun masa aku tadika gamaknya yelah kita budak matriks manalah nak rasa konvo konvo ni. Masa sekolah SMKBDP pun tak sempat graduate apatah lagi masa PLKN. Pendeeeee?!

Gigih tak gigih kalau daripada Melaka pukul 11 malam lepastu sampai terminal Butterworth pukul 5 pagi. Lebih gigih lagi kau pikir la apende je yang aku buat daripada 5 pagi tu sampai nak tunggu matahari naik? Peh memang merempat habis la gua cakap lu tapi takpe dah biasa tsskk (jenis suka merempat). Lepastu boleh pulak ada drama aksi 5 pagi dekat terminal oleh sepasang laki bini. Aku malas nak amik port sebab ingatkan 'alah dia jumpa kawan lama dia lah tu' ternyata bila aku angkat kepala tengok je bini dia tengah debik pompuan lagi satu. Syabas! Boleh tahan lama jugak la aksi ganyang-mengganyang ni depan mata aku. Tapi takpe aku ibaratkan aku tengah tengok tv.

Dahlah lepas bersiap semua nak terus pergi kampus ingat boleh terus masuk dewan kau ingat kau tu sape?! Jangan salahkan budak matriks tak pernah pergi majlis konvo. Jadi cerita dia yang boleh masuk dewan orang yang dapat invitation card aje. Natang. Dah terpaksa suruh akak amik aku kat kampus T.T

Orang pertama yang aku nak jumpa bila sampai kampus adalah Along sebab aku nak jumpa kejap aje nak wish kasi bunga segala bagai lepastu barulah boleh berlama-lamaan dengan yang lagi seorang itu hikshiks.



Dah macam professor Atbfmwtyuqgsoiddghh dah aku tengok kau ni Long. Gaya macam baru lepas setel PhD. Pehh!


Jadi sebenarnya sangat takut sebab takut plan tak menjadi. Lepas sesibuk carik bunga bagai aku mintak tolong akak dan yang lain-lain (termasuk makpak dia gila rare tak gua :3) statikkan keadaan dan tempat dimana beliau berada masatu. Dah macam cacing kerawit nak ke sana sini duk dendiam je kenapa. 








Part yang paling best straight after dia kata ke adik dia "semorang dapat bunga, aku je tak dapat bunga," lepastu tetiba aku sampai sambil bawak bunga. Part yang terpaling best bila plan nak seprais tersangatlah menjadi sebab masa aku bawak bunga aku lalu sebelah dia sikitpun dia tak perasan. Sikitpun dia takde feel yang aku akan datang sebab i tipu uolls i ada test olls. Nice planning Fee! *tepuk bahu sendiri* 




Happy Convocation Day, Achik =')



aweks aweks yang membantu menjalankan plan seprais ini dengan lancar! :*
mekasih akak dan dek nana! Tanpa anda siapalah seprais. Gitu.






with my boyfriend's girlfriend, Eton :)
tetiba ada Faizal kat situ sebab dia kata tak boleh bergambar bertiga nanti ko ganyang Eton amboi amboi amboii melaser *hulur jari kelingking ala2 diva AA*
bagusnya dorang ni semua dah macam klasmet aku pulak sebab semua kenal aku kahkahh!


my boyfriends, Achik and Along :)
Akhirnya bertemu jugak engkorang ya. Gambar ni dah macam aku dengan laki aku lepastu bapak aku berbaju purple datang majlis konvo aku kahkah! 
(kantoi baju kurung dah elok elok sekali pakai sneakers ada duri-duri lagi. Apedehal .__.)



Lagi dua tahun woii. tssskkk :')


Lepas habis majlis je aku terus kena culik 3 hari ha yang tu nanti next entri pehpehh ajet ajet FL. 

Happy Convocation Day dears!

chauu cincau :)



Wednesday 16 October 2013

Tumpang.

Dalam hidup ni Allah kasi macam macam jenis nikmat. Antara yang maha tertinggi nikmatnya adalah keluarga, kesihatan, dan harta. Hairannya, manusia masih memilih harta untuk diletakkan di pusat yang tertinggi. Entah, mungkin aku masih belum dipertemukan dengan apa itu pentingnya harta yang maha melebihi keluarga. Walaupun sekarang ni aku adalah di antara manusia yang sengkek uang nya sebab duit gaji aku dah habis guna. Bila nak tunggu dapat balik uang yang aku dah laburkan tu, bukan main lama pegi dia padahal berapa hari je. Sudahlah.

Ada orang kaya harta, kaya kasih keluarga, tapi tidak kaya kesihatan. Tapi tak apalah, harta ada. Jadi bolehlah beli segala penawar dunia yang ada waima racun sekali kalaupun dapat di jadikan penawar. Kaya kasih keluarga, tidak sihat pun tidak mengapa kerana masih ada kasih yang Tuhan titipkan untuk datang menjaga. Maka bersyukurlah anak Adam yang satu itu kerana dalam kurangnya nikmat, masih ada kaya-Nya.


-----


Kita hidup menumpang. Aku hidup menumpang. Sungguh rasanya tidak sama seperti milik yang ada, tapi letakkan syukur di mukanya redha. Walaupun aku rasa tidak perlu, tapi kalian perlu. Anak-anak Umi yang sentiasa Umi limpahkan kasih dan cinta. 

Pinjamkan aku sebentar rasa cinta ini, meski tidak mencukupi tapi sangat memadai.

Hidup ni,
banyak banyak lah letakkan diri di tempatnya si dia. Mahupun dia. Atau dia.
rasakan yang dugaan kita tak sama? 
Kau sempat rasa susah, itu tanda Dia kasih.
Kau sempat rasa tabah, itu tanda kau orang terpilih.

Thursday 5 September 2013

Partner in Crime.

Aku akan selalu jadi manusia pelik bila dengan Achik. You know when you're with someone that you comfortable with, you'll become that weird. Walaupun kau ni jenis pendiam. Pendiam ada dua jenis ; pendiam ada isi (sweet talker dalam diam) dan pendiam yang memang betul pendiam (tak sweet talker sangat). Kau aku kategorikan dalam jenis yang kedua. Kenapa? Sebab dengan aku pun kau bukannya sweet sangat ahahahah. Baguslah begitu.

Sebab aku ada pernah minat dengan sorang mamat ni, macam tahi aku minat dia sebab dia pendiam dan nampak cute. Aku akan jadi agresif sikit kalau dengan orang yang pendiam ni. Paling kawww masa aku minat Safiy dulu. Mencanang satu sekolah, muka tembok gila bapak kau ni pira -,- Tapi ada lagi yang lebih kaww, sampai kapel jadi dia. Ahhh persetankan zaman setan. Sekarang ni pasal mamat pendiam yang aku minat tu, dah lah mintak nombor aku, sekaligus nak meng-usha member aku yang lain pulak tu. Ada makwe lagi pulak tu. Dan meng-usha sesiapa lagi pulak tu. Taik gila kau ni macam hot sangat??! So aku pun cerita lah kat Achik, petak petak aku kena gelakkan. Dia tu lagi lah, dengan budak junior dia si Feera Chua klon tu lagi takde kemajuan, lebih tak kesampaian. Aku ni paling busuk pun dapatlah jugak nombor. 

Soo there's one day we were talking about our past. Seronok sebenarnya bila kita heart to heart dengan someone ni ehehehee. Masa silam dia ada satu je, baguslah, masa silam aku ni haa yang ramai. Ha nampak tak permainan di sini? Ceritalah dulu selalu dating kat mana, kenal bila, bagaimana mengapa dan bagaimana? memanglah kita macam ada apa apa sikit but you're with someone else and i'm with someone else either so it was like impossible  and sooooo yeah. Gila aku sayang kot bopren aku masatu hahahah. And i know first love would never be forgotten, right? Me too. :)

"takkan la takde rindu?"

"takde,"

"sikitpun takde?"

"...
adelah sikit,"

"ohh. aku pun sama jugak. kihkih,"


Belajar daripada masa lalu. Pahit tu pahit, tapi masih ada manisnya, kan? 

Aku memang jenis tak suka pesen kapel lama lama ni. Chill, enjoy la masa muda. (bapak kapir gila berbual hahah). Dari awal pun aku tak pernah setuju kau dengan aku, sebab aku nak kau enjoy masa bujang kau. So here's the deal, you're not gonna bother me for whoever i am with, and so do you. Kalau ada jodoh, jodoh tu lah yang akan mempertemukan kita semula. Sebab sekarang ni dah ramai yang berbunyi. Tak kira lagi yang me-report. Duk sibuk sangat aku dengan sapa dengan sapa. Maka jawapannya, don't worry, we just enjoying our single life (before married) and thank you for your concern. Tapi sekarang dah besar kan, dah kena kurangkan enjoy dan rancang masa depan. Dan sekarang, terima kasih kerana menyenaraikan saya dalam list-to-do anda. inshaAllah, doa. :') I wanna do bungee jumping with you, we can do all crazy stuffs together cuz i don't wanna be that typical couples. Be your partner in crime. blablablaaaa



Kerana dia ini adalah seorang sahabat yang aku letakkan sebagai bakal suami dan suami adalah sahabat terbaik kepada isterinya. Pelik bila berkata tentang sesuatu yang tidak pasti, tapi, DOA. Itu saja yang aku punya. 



Perangaaaaaai. 
yang masih diterimanya. mana nak carik?



(entri geli geli. aku pun tak suka ahahaha macam berpengalaman sangat. tapi biarlah, aku enjoy dengan life aku. asalkan ingat Allah)

chauu cincauu :)

whatta...

Pernah terfikir tak pasal apa yang kau buat selama hidup ni? Dan apa yang akan kau buat nanti? Pasal belajar segala benda. Malas dah aku ni sebenarnya. no we just talking crap, which is out of from islamic context. kalau ikut betul betul tu yelah niat mesti mau kerana Allah, kalau tak apa buat pun tak jadi, tak sempurna. tapi sekarang ni cuba ikut yang tak betul betul? haaaaa pemende dah. bosan dah sebenarnya study ni, tapi kalau tak study nak buat mende? end up orang perempuan memang akan duduk dapur, tapi education tu yang akan meletakkan dapur kita level mana. walaupun aku tak pandai masak. tapi memang akan duduk dapur sebab nak melantak. wellsssssss. belajar tinggi tinggi tapi nanti kerja apa? what's your actual point doing this and that? whyyyy i can't figure this out.....

so i'll just go with the flow, semoga ada rezeki dan takdir yang terbaik selepas ini. elokkan result kau tu. makin caca marba dah aku tengokkan. nak buat apa dengan result macamtu? pergi lari Vietnam sana. <---- monologue.


Sekarang ni asyik di tinggal tinggal. Tak apalah asalkan tak dilupa. Tapi hidup memang tiga ratus enam puluh darjah berubah. Dan aku rasa terbeban dengan perubahan tu. Memang aku jenis suka lari, lari dari realiti dan adaptasi ke hidup sendiri sendiri. Tapi aku pula yang meninggalkan mereka yang sepatutnya aku perlu ada sama. Kita memang tak rapat, tapi sayang aku bukan jenis sayang menunjuk. Aku ego. Sekarang matlamat aku adalah kalian. Berjayakan semua dan barulah berjayakan aku. Aku anak sulung. Tahu kenapa ramai orang benci anak sulung? Inilah. 

Syukur menumpang kasih pada keluarga orang. Keluarga sesiapa sahaja. Masing masing hidup berbeza, dugaan kau, aku, kita mana sama. Tapi dua benda manusia perlu patuh, syukur dan redha.

Thursday 22 August 2013

kebun danga

Hamik sekali dua entri gua kasi. Yang ini sebab nak bagitahu awak yang anteekkk angat tempat ni aku ingat biasa biasa je sekali pegi memang vooom da vasss! Bagi aku lah.


Danga Bay Garden.
depa kata ni next Sentosa, yelah kut.




yang ini aku kena paksa amik. sebabnya ada awek kat belakang tu jadi nak fefeeling kat Hawaii laa konon. Belum cukup rare, belum cukup. hahhh





gaya malas letak beg kat bahu
*kasi jawapan siap siap sebab lepasni mesti ada tuduhan kata aku feminin hikss*


hey i just met you
and this is crazy
but here's my number
so call me Piro.



pembantu tersohor beta. 

chauu cincauuu :)

pasaipa lagu ni pasaipa?

Aku nak jadi traveler, dimulakan dengan dalam negara je dulu inshaAllah dan kemudian barulah ke luar negara. Barulah boleh jadi backpacker yang gemilang. Tapi aku ni berjalan tanpa matlamat jadi dia punya perjalanan tu takda umphh. Macam kau pegi tapi takde souvenir untuk diri kau sendiri tapi ada pulak untuk orang lain hmm. Paham ke tak??!

Maka memandangkan aku ini kuat makan (ini serius tapi tak payah bagitahu pun orang tahu dah) k, kuat makan (impak ada dialog cakap dalam hati, jadi terhenti) , maka aku nak buat trip aku menjadi sistem JJCM! Jalan jalan cari makan barulah lebih bermakna!

Jadi trip backpacking kita kali ini adalah ke Pulau Pinang anak mami mariiiii. Tapi kan tapi kan sebenarnya bukan plan aku pun, aku saja nak ikut Achik pegi temankan beliau uruskan hal hal konvokesen. Alang alang laa kan menyeluk pekasam, biar celup je satu badan terus tak payah la sampai ke pangkal lengan je hewhew (k.). 




Jenuh ha meronda satu kampus UiTM Penang ni barulah timbul kesedaran rohani terhadap UiTM sendiri yakni KBM sebab KBM satu bangunan je tak perlu ronda ronda, hanya perlu turun naik lif je. Paling kuat pun naik turun tangga. Payah jugak nak buat clearance ni tapi takpa aihh untung dah habih blajaq aihhh hampa :3


Pagi tu kitorang sampai pukul 7 pagi dari JB so sampai sampai je aku terus carik makan. Lapar baq ang walaupun aku ni jenis tak makan pagi tapi dipaksakan juga. Paksa tu paksa lah tapi kalau sampai pagi pagi pun dah makan bakso nak kata mende??! Payoh la gini aihh.




TADAAAAAAAA!
kau jangan jadi baghal sangat semestinya ini bukan bakso. Setakat makan bakso aku tak amik gambar derrr haha. Ini lunch kitaorang, di Kapitan tempat yang engkorang selalu lepak tu kan kan hiks. Ini apanamaaaa.... Milan Nasi Beriani rasanya gua pun tak ingat. Dak Pa'an yang kenalkan, dia kata kat tempat lain takde, sini je ada. Nama pun pelik, jadi aku percayakan Pa'an 120 persen. Tak bulih nak katapadah, memang sodap! Sumpah weh tak tipu! Makasih Pa'an :3

Misi ditemani oleh Wan dan Pa'an yakni merangkap klasmet kepada Achik. Sumpah aku berdekak je keluar dengan dorang ni, agaknya dorang pun sakit kepala tengok aku duk ketawa tersembor sembor tak henti. Pasaipa lagu ni pasaipa??!



Lepastu kalau dah sampai Penang ni mestilah nak naik feri kan. Memang natang ayam tau bebudak ni semua mengucing aku sebab depa semua ni dah memang dok Penang ha, setakat naik feri ni alahai umpama main guli guna lidi sate je. Tapi di ikutkan ajelah kehendak Mem Besar ini.




Amboi kita berpanas dia sedap sedap bermendung. Hulur lah payung emas sikit (eh??) 
ok tak tak tak tak tak taaaaaaaaakkkkkkk orang cakap je aaaa natang :(






"marilah kita bergambar bersama di sini. marilah marilah" *tengok tangan*
"tidak mengapa kami bukan pelancong, tidak mengapa tidak mengapa"



Dah penat berjalan, pekena sat coconut shake kat Padang Kota. Memang umpphhh! tapi tetap tak boleh lawan Klebang punya laa :p


tooodia ini dia panama....panama... (nada anak mami)
ini Mee Sotong hah! alaa ada pernah masuk JJCM duluu.
Memang pedassss gilos tapi sedap ya ampun dah tak tau nak katapa lagi dah. Makan sambil nangis nangis kot sebab pedas tapi nak makan jugak lagi sampai habis. Macam gitu sekali pegi dia. Mee Sotong ni eloklah untuk orang macam aku, supaya jadi lembut sikit.


Dah malam sikit kita pekena Pasemboq (pasembor) pulak.
Ini memang tempat feymes paling sedap la ni orang kata, sebab dia prepare pasemboq sambil menari. Tapi masa kitorang datang ni takde sebab orang lain yang prepare.
Hampa tau dak rupa pasemboq cemana?





naaaaa tempting tak tempting taaakk???!!!
sumpah weh sedap dia tak terkata, nak cerita dia punya sedap ni sampai nak menangis ni aku nak bagitau hampa :'( 
dapppnyeeeeeee!!

Tapi paling sedih time ni sebab tak sempat nak order char kuey tiaw. sebab dah habis ciss padahal baru pukul berapa kot. Tapi takpe, ada lagi satu misi paling penting daripada yang terpenting yakni #MisiNasiKandaq haa amik kau siap ada hashtag.



nasi kandaq aka nasi ganja.
Aku tertanya tanya gak pahal nama dia nasi ganja. Tercari cari jugak ada ganja ke dalam pinggan aku, malangnya takde. Cisss baru nak high kejap lulz.
Tapi high dia lain macam, memang kau akan addict dengan nasi ganja ni sebab sedaaaap wehhh ya ampun :')
Sebab sampai sekarang ni masih lagi terngiang ngiang rasa dia perrrr
jangan sampai gua turun Penang lagi semata mata ganja ini!!!! *emosi*



muka muka nikmat hahahahahah tu tak tengok muka Wan lagi. Nak tambah tapi malu tapi mahu.

Thanks Achik, Wan dan Pa'an sebab sudi menjayakan rancangan JJCM bersama Piro ini walaupun sendiri makan, sendiri amik gambar, sendiri action and cut tapi takpa den puas hati :') Semua yang aku list kan nak makan dalam satu hari akhirnya tercapai kecuali cakweitiaw. Takpe inshaAllah nanti sampai lagi ke sana hiks.

So my next destination would be Kelantan or Ganu inshaAllah.. Impian aku nak backpacking satu Mesia sebelum kawin. Kalau tak sempat sebelum kawin, dah kawin nanti aku bawak je laki aku pegi ikut sekali ha senang.



nah sebagai akhir kata.


chauu cincauu :)