Alkisahnya kengkonon para bestfriend poreber ni nak acah-acah celoret party lah sebelum masing-masing kahwin ceceyy, sebab tahu dah kalau dah kahwin nanti confirm tak boleh nak lenjan travel berdua. Ini je tunang makwe iolls dah bising teruk apetah lagi tunang iolls sendiri -- sekarang dah jadi hasben huhu :')
So we choose Bandung as our honeymoon destination (so cinta-cinta sebab pergi dengan makwe kan so dia jadi hanimun kekekeke) berbekalkan total bajet tak lebih 1,200 MYR per pax all-in ko diam jap bagi aku explain.
Ok basically kitorang pi 3 hari 2 malam, ni trip bulan 2 tuhari. Kira ni breakdown cost per person lah ye. Flight ticket klia2 - bandung 189 MYR return, tapi adalah insiden kebodohan sikit yang aku buat so kenalah tambah dalam 80 hengget beli tiket baru sebab terpaksa burn tiket lama huhuhu tapi tak ngape still under bajet lagi. Oh tiket ni aku beli 6 bulan sebelum k, macam biasalah.
Bercinta dah lama tapi rasanya ni first time kot travel jejauh berdua. Selama ni keluar dating duk pi lenjan masuk karaoke jamban je.
Flight pagi sesubuh so itinerary kitorang first day tu memang full lah dari pagi namun tak sangka betul sampai ke malam ha dia punya best berjalan kat Bandung ni manyak syiok wei.
First destination, Floating Market Lembang. Disebabkan masa pi Krabi tuhari tak sempat nak pi floating market Hatyai, maka aku kepingin sangat nak merasa membeli-belah secara terumbang-ambing tu cemana. Tapi Floating Market Lembang ni memang one of Bandung punya attraction lah kalau datang sini.
Oh sebelum tu, backpacking ke Bandung ni tak boleh nak backpacking sangat ye adik-adik. MESTI HARUS WAJIB ADA SUPIR. Maknanya kalau masa kau terhad dan malas buang masa atas jalan dengan menunggu dan terus tertunggu karena macet nya ya amat, maka supir tu memang diperlukan dalam hidup kau masa kat Bandung. Jalan kat Bandung ni lebih kurang Jakarta tapi Jakarta lagi teruklah dia punya macet tu. Jangan risau nanti jap lagi aku share contact number brader supir yang kacak lagi baik hati ke engkorang.
Soooo apa je yang ada kat floating market ni?
Sate kambing urhh dappp erhhhh
Sebenarnya floating market ni takde benda sangat pun, kind of tempat sight-seeing lah. Yang buat nama dia jadi pasar terapung tu sebab depa ni meniaga makanan atas sampan. Real sampan. Cuma aku ni membayangkan dengan aku aku sekali makan atas sampan. Tapi malangnya sampan mana yang sanggup apungkan aku? Huhuhu so yang depa jual jual tu makanan jela, makanan sedap-sedap ya ampunn.
Lepaih bosan tak terapung atas sampan tu, kami keeeeeee
Farmhouse Lembang wohoooo
Tempat ni baru lagi ha nasib baik ada jumpa orang share kat fesbuk so dapatlah tambah satu destinasi dalam itinerary.
Susu segeeeerrr dari ladang depa kasi uolls kupon.
Farmhouse ni memang cantik memang best sebab ada binatang-binatang yang kau boleh acah-acah macam tak pernah jumpa sangat cecontohnya kelinci (arnab), kambing, dan snow white ceyceyy acahhhh.
Dah penat jalan jalan cuci taik arnab kat Farmhouse tu, terus shoot ke Pasar Baru ha tempat shopping jadah bapak banyak gilaaaaa barang shopping woi! Sampai Pasar Baru je terus takde gambar hahahaha sebab masing-masing macam hilang pedoman lah siak lupa daratan ke apa nampak kain banyak-banyak -,-
Gambar habang ni bersama kain sipi-sipi nak beli je sempat ada. Dia punya berbual, keputusan aku nak beli aku tinggal lagi 0.019% je memang sipi lagi nak beli, nasib baik Allah ketuk hati tetiba dapat hidayah kata-kata hikmat datang 'jangan membazir ko bukan pakai pun' ha gitu. Nak shopping kat Pasar Baru ni memang kau kena allocate paling taik pun satu hari kat tempat tu. Macam aku time aku limited and aku takde niat sangat nak shopping tapi tu lah perempuan, berejam jugaklah kat situ.
Dah petang-petang sikit kita ke Toko Tiga tempat jual-jual baju, seluar, sneakers branded yang mahal tapi sini depa kata murah tapi aku tengok sama je takde beza sangat pun harga huhu.
Lepaihhhhtuuuuuu Andri (mas supir yang ganteng lagi baik hati) suggest kitorang pi butik D'Fashion ni masyaAllahhh sisturrrrrr tempat ni lagi best dari Pasar Baru ko tahu! Tahu tak?! Ko nampak tu kitorang bergelimpangan dengan kain-kain cantik lawa tapi menggelibas murah ha ko nampak tak?! Aduh emo lah sis cemni. So aku suggest sangat-sangat tempat ni untuk di datangi oleh uolls kalau travel ke Bandung ni please deh please. Ceh merayu.
Having nasi berbalut bersama ayam dan sambal belacan dalam lesung and kopi luwak as dinner. Bapak pedas gila bapak sedap gila ha segala bapak. Kopi luwak ni kopi taik musang ke apa kakakaka mantopppp. Must try.
Dah lenjan berjalan segala barulah teringat eh tak mandi lagi eh hahaha lek je lek je balik hotel. Eh, baru nak check in hotel.
So kitorang pilih Zodiak Asia Afrika hotel sebab dekat tengah bandar dan murah. Satu malam 98 MYR maka untuk dua malam 196 MYR ha jimat tak jimat. Ada je yang lagi murah tapi lepas blogwalking survey survey aku tengok ramai Malaysian suggest sini.
Nice kheeeennnnnnnn.
Aktiviti hari kedua,
A-must-place-while-visiting-Bandung,
Kawah Putih!
Gila ko aku memang nak ngat-ngat pi tempat ni sebab tengok gambar lawa gila weh. Sumpah memang lawa cuma kau kena pakai mask sebab udara dia ada sulphuric asid. Ha iyeke sulphuric asid aku main hembus je kakaka yelah kita tahu balance shit profit loss je, tak main lah asid asid ni.
Ramai yang konfius antara Kawah Putih dengan Tangkuban Parahu sebab antara yang ramai-ramai yang konfius tu aku lah. Bulat-bulat aku ingat dua nama ni tempat yang sama rupanya lain. Secara survey nya, Kawah Putih ni memang lagi cantiklah berbanding Tangkuban Parahu tu. Ini apa yang aku survey lah plus Tangkuban Parahu tu lagi jauh 2 jam kot daripada Kawah Putih ni.
Dah turun dari Kawah Putih yang macam oversea dia punya sejuk tu ha bapak jakun berbual keluar asap diknon maklumlah nak vape kat Malaysia kena bash so sanggup pegi Bandung :') Beriyaaaaaa vape kakakaka. Ha dah turun tu Andri bawak kitorang ke Ladang Teh.
MasyaAllah sisturrrrrr makan bakso dengan view ladang teh cantik gini is a must hokkay! Aku tak tahulah engkorang tapi aku suka tempat sight seeing cemni. Kalau bawak laki aku jalan tak habis membebel "ni je yang ada?" "Ni je?" Benci tau taknak bawak jalan lagi. Ceh berani hihihu. Nasib baik makwe iolls photographer so kitorang memang enjoy je jalan jalan cuci mata ni.
Jagung pedessss mas.
Yaaaaaa tudiaaaaah mas Andri pak supir yang ganteng lagi baik hati mirip Fahrin Ahmad (dia kata bukan aku kata). Alhamdulillah syukur sangat Dira suggest Andri ni sebab dia bukan saja mampu bawak kau ke mana saja kau mahu, tapi dia siap suggest tempat best-best and jadi penghibur haramjadah sepanjang perjalanan yang jauh-jauh tu. Aku elok-elok tidur dia pi ajak berbual cerita bodoh lepastu gelak tak ingat lepastu eh dah sampai ke aku penat lagi lah ayam betul -,-
Dah malam tu rasa macam ada je tak kena rasa macam eh apa yang kurang ni rasa macam tak boleh jadi ni sooooo,
Kitorang pi D'Fashion lagi ha tak guna betul jadi perempuan ni apa lagi yang kurang apa lagi?!
Tu lah aku kata best weh butik ni dah lah murah lepastu eksklusif lepastu dia punya staff hensem lepastu bila kau tengah tunggu barang ke apa dia serve kau air sedap ehhhh sabar nak, sabar.
Ateeeee amik le contact number ni sesiap mana tahu ko plan nak pegi Bandung ke apa kan ko amiklah mamat ni jadi supir ko nescaya hidup kau tak akan hambar dan sepi lagi. Harga pun okay dia kira per day 100 MYR and last day sebab hantar ke airport je 50 MYR so total 250 MYR.
Ok sis dah breakdown cost so pandai-pandailah kira buat bajet k. Total cost flight hotel, supir which is benda-benda yang kitorang booked awal 400 MYR +/-so duit lanje yang aku bawak pi sana dalam 600 MYR +/- dia yang buat aku sampai nak 800 MYR belanja sana sebab aku berhutang dengan Anne siap berhutang ni haaaa tak guna betul pi tempat shopping ni. Ayam! Ha bajet 1200 MYR per pax siapa cakap tak cukup ha siapaaaa?! Ko tinggal kena tahan nafsu je, sekian saja nasihat saya.
My real definition of 'Jom'.
Love you my laling nanti kita pi honeymoon sama-sama you laki you i laki i takpun kita tinggal laki-laki kita pun hokay je! Wkwkwkwkwk
Happy travelling!