Thursday, 22 August 2013

pasaipa lagu ni pasaipa?

Aku nak jadi traveler, dimulakan dengan dalam negara je dulu inshaAllah dan kemudian barulah ke luar negara. Barulah boleh jadi backpacker yang gemilang. Tapi aku ni berjalan tanpa matlamat jadi dia punya perjalanan tu takda umphh. Macam kau pegi tapi takde souvenir untuk diri kau sendiri tapi ada pulak untuk orang lain hmm. Paham ke tak??!

Maka memandangkan aku ini kuat makan (ini serius tapi tak payah bagitahu pun orang tahu dah) k, kuat makan (impak ada dialog cakap dalam hati, jadi terhenti) , maka aku nak buat trip aku menjadi sistem JJCM! Jalan jalan cari makan barulah lebih bermakna!

Jadi trip backpacking kita kali ini adalah ke Pulau Pinang anak mami mariiiii. Tapi kan tapi kan sebenarnya bukan plan aku pun, aku saja nak ikut Achik pegi temankan beliau uruskan hal hal konvokesen. Alang alang laa kan menyeluk pekasam, biar celup je satu badan terus tak payah la sampai ke pangkal lengan je hewhew (k.). 




Jenuh ha meronda satu kampus UiTM Penang ni barulah timbul kesedaran rohani terhadap UiTM sendiri yakni KBM sebab KBM satu bangunan je tak perlu ronda ronda, hanya perlu turun naik lif je. Paling kuat pun naik turun tangga. Payah jugak nak buat clearance ni tapi takpa aihh untung dah habih blajaq aihhh hampa :3


Pagi tu kitorang sampai pukul 7 pagi dari JB so sampai sampai je aku terus carik makan. Lapar baq ang walaupun aku ni jenis tak makan pagi tapi dipaksakan juga. Paksa tu paksa lah tapi kalau sampai pagi pagi pun dah makan bakso nak kata mende??! Payoh la gini aihh.




TADAAAAAAAA!
kau jangan jadi baghal sangat semestinya ini bukan bakso. Setakat makan bakso aku tak amik gambar derrr haha. Ini lunch kitaorang, di Kapitan tempat yang engkorang selalu lepak tu kan kan hiks. Ini apanamaaaa.... Milan Nasi Beriani rasanya gua pun tak ingat. Dak Pa'an yang kenalkan, dia kata kat tempat lain takde, sini je ada. Nama pun pelik, jadi aku percayakan Pa'an 120 persen. Tak bulih nak katapadah, memang sodap! Sumpah weh tak tipu! Makasih Pa'an :3

Misi ditemani oleh Wan dan Pa'an yakni merangkap klasmet kepada Achik. Sumpah aku berdekak je keluar dengan dorang ni, agaknya dorang pun sakit kepala tengok aku duk ketawa tersembor sembor tak henti. Pasaipa lagu ni pasaipa??!



Lepastu kalau dah sampai Penang ni mestilah nak naik feri kan. Memang natang ayam tau bebudak ni semua mengucing aku sebab depa semua ni dah memang dok Penang ha, setakat naik feri ni alahai umpama main guli guna lidi sate je. Tapi di ikutkan ajelah kehendak Mem Besar ini.




Amboi kita berpanas dia sedap sedap bermendung. Hulur lah payung emas sikit (eh??) 
ok tak tak tak tak tak taaaaaaaaakkkkkkk orang cakap je aaaa natang :(






"marilah kita bergambar bersama di sini. marilah marilah" *tengok tangan*
"tidak mengapa kami bukan pelancong, tidak mengapa tidak mengapa"



Dah penat berjalan, pekena sat coconut shake kat Padang Kota. Memang umpphhh! tapi tetap tak boleh lawan Klebang punya laa :p


tooodia ini dia panama....panama... (nada anak mami)
ini Mee Sotong hah! alaa ada pernah masuk JJCM duluu.
Memang pedassss gilos tapi sedap ya ampun dah tak tau nak katapa lagi dah. Makan sambil nangis nangis kot sebab pedas tapi nak makan jugak lagi sampai habis. Macam gitu sekali pegi dia. Mee Sotong ni eloklah untuk orang macam aku, supaya jadi lembut sikit.


Dah malam sikit kita pekena Pasemboq (pasembor) pulak.
Ini memang tempat feymes paling sedap la ni orang kata, sebab dia prepare pasemboq sambil menari. Tapi masa kitorang datang ni takde sebab orang lain yang prepare.
Hampa tau dak rupa pasemboq cemana?





naaaaa tempting tak tempting taaakk???!!!
sumpah weh sedap dia tak terkata, nak cerita dia punya sedap ni sampai nak menangis ni aku nak bagitau hampa :'( 
dapppnyeeeeeee!!

Tapi paling sedih time ni sebab tak sempat nak order char kuey tiaw. sebab dah habis ciss padahal baru pukul berapa kot. Tapi takpe, ada lagi satu misi paling penting daripada yang terpenting yakni #MisiNasiKandaq haa amik kau siap ada hashtag.



nasi kandaq aka nasi ganja.
Aku tertanya tanya gak pahal nama dia nasi ganja. Tercari cari jugak ada ganja ke dalam pinggan aku, malangnya takde. Cisss baru nak high kejap lulz.
Tapi high dia lain macam, memang kau akan addict dengan nasi ganja ni sebab sedaaaap wehhh ya ampun :')
Sebab sampai sekarang ni masih lagi terngiang ngiang rasa dia perrrr
jangan sampai gua turun Penang lagi semata mata ganja ini!!!! *emosi*



muka muka nikmat hahahahahah tu tak tengok muka Wan lagi. Nak tambah tapi malu tapi mahu.

Thanks Achik, Wan dan Pa'an sebab sudi menjayakan rancangan JJCM bersama Piro ini walaupun sendiri makan, sendiri amik gambar, sendiri action and cut tapi takpa den puas hati :') Semua yang aku list kan nak makan dalam satu hari akhirnya tercapai kecuali cakweitiaw. Takpe inshaAllah nanti sampai lagi ke sana hiks.

So my next destination would be Kelantan or Ganu inshaAllah.. Impian aku nak backpacking satu Mesia sebelum kawin. Kalau tak sempat sebelum kawin, dah kawin nanti aku bawak je laki aku pegi ikut sekali ha senang.



nah sebagai akhir kata.


chauu cincauu :)


No comments:

Post a Comment