Tuesday, 11 November 2014

Sssssup dude?!

 Ini bukan setakat berhabuk ni, dah bersarang burung dah. Kalau boleh ada labah-labah nak tumpang duduk kat blogspot aku ni, keluarga dia dah level nenek moyang ada bersarang kat sini. Gitu panjang mukaddimah nya. Haha. Punyalah boring takde kerja, bukannya takde tapi malas. Ni sekarang ni tengah update blog kat office lah ni muehehehe.


Maka sekarang ni aku adalah seorang budak praktikal. Tak tahu nak kesian ke macamane kat diri sendiri sebab tak grad-grad lagi. *nangis* Hidup aku tak macam gegadis umur 22 tahun yang lain, yang tengah kerja kumpul duit kahwin, duit travel, duit bagi makbapak, yang tengah jaga anak (bagi member yang dah kahwin), kerana aku masih di sini di Semester 7 dan tahun depan sambung lagi (ada laaagi) Semester 8. *sambung nangis* Macam gini gaya engko nak suruh aku sambung Master? Marilah sambung tidur.


Intern kat sini okay je Alhamdulillah WALAUPUN mula-mula tu macam tahi sikit. Aku ni hari-hari tertidur. Semakin berleluasa ya penyakit kuat tidur aku ni, tak kira tempat tak kira masa. Pernah masa jawab exam theory paper sambil pegang pen tu aku tertidur, nasib baik tak kena repeat. -__-
Kalau dah buat benda yang tak minat kan, memang tidur manjang. Cuba kau bagi aku kerja edit video ke, design banner ke, design kad kahwin kau ke, 2 hari tak tidur pun takde hal lah. Tapi takpe, hidup perlu diteruskan. Abah aku pun sebenarnya approved je pasal proposal aku nak ambil short course art multimedia ni. Cuma aku tengah fikir apa aku nak buat dengan sijil degree in Accountancy aku ni. Nak di buat kipas ke, nak di buat kertas tulis list groceries ke, atau hanya digantung tak bertali lekat kat dinding. Terumbang-ambing betul hidup bila takde cita-cita ni. Orang lain dah kerja tinggal fikir nak naik pangkat je tau. (Kau gilaaa penat-penat aku belajar 5 tahun non-stop kau nak buat list groceries?! Cubit muka tu! Cehh cubit je sekarang takde lempang-lempang dah)


Kita ni sebenarnya terlalu banyak merancang. Sampai kadang-kadang terleka sebenarnya semua yang terjadi/akan terjadi adalah kehendak Dia. I am not 100% ready for a marriage, but there’s one right guy (inshaAllah gonna be the right one forever) did convinced me, not asking me to be ready, but we’re going to get ready together to go into the next phases of life. Thank you, you know who you are. InshaAllah. : )


  

Wednesday, 19 March 2014

The longest movie.

I have a man who gave up on his life after losing his wife, he sold his car, retired before he reached the age, thrown away all his 20 lovely cats.. He gave up on anything that he loves. He gave up on everything. The day when he said, "I take your mom for granted, I dont deserve all her kindness. I cant do this.."
I told him, "you have me, you have us. we need you. I'll take care of us as long as I can, no matter how hard it would be, I am willing to. I promise you.."

Terbeban dengan jemunya nak bertanya khabar pada semua orang, itu tanggungjawab.
Seminggu dua kali kena call tok wan, tok ki, abah dan adik2, itu tanggungjawab.
Gembirakan orangtua yang hilang satu2nya harapan, itu tanggungjawab.
Ajarkan anak kecil supaya jangan lupa kita pernah ada bidadari kandung, itu tanggungjawab.


Allah kurnia sabar, ambil buat nikmat. 
Jangan pernah merasa terbeban. Selagi belum waktunya. Jangan pernah lelah.

Saturday, 25 January 2014

Jual ikan.

I hate it when I've planned everything well and it had to be cancelled because of someone else. Seriously aku paling tak suka benda yang aku plan tak jadi. Atas sebab orang lain. Maka dari situ aku dah nekad, I have to make it went well without any interruption by other people, so i have to do by my own. Sebab tu aku prefer travel sorang, kalau ramai orang banyak kepala nak kena ikut. Kalau kena dengan yang tak sama kepala, tak ke nanti boleh jadi hentak kepala sama kepala? 

I don't mind for being selfish because that was me. I am selfish and so what? Like c'mon people, you think people are still thinking about you and need your consideration for their decision of matters? YOU'RE DEFINITELY WRONG. 

So then it turns me to become a more... people-with-egoism-attitude. 

Kadang kadang hidup ni baik sangat pun salah, jahat sangat lagilah salah. Jadi macam mana nak setel ni? 

But for CERTAIN people, i do prefer of being just nice person to them. Because i care. Kiranya takdelah nak selfish all the time. I am good at the first place to all people, seriously. Tapi sekali kau buat taik, kau faham sendirilah. Paling penting kau kena faham, kalau aku turunkan ego aku untuk kau, kau kena sedar kau tu siapa kat aku. Maknanya kau adalah siapa-siapa. Kalau tak memang lantak kau lah. But then, people is just like, being an alzheimer survival sebab tetiba lupa yang kau ni dah selalu sangat turunkan ego untuk dia. That's it.