Tuesday, 11 November 2014

Sssssup dude?!

 Ini bukan setakat berhabuk ni, dah bersarang burung dah. Kalau boleh ada labah-labah nak tumpang duduk kat blogspot aku ni, keluarga dia dah level nenek moyang ada bersarang kat sini. Gitu panjang mukaddimah nya. Haha. Punyalah boring takde kerja, bukannya takde tapi malas. Ni sekarang ni tengah update blog kat office lah ni muehehehe.


Maka sekarang ni aku adalah seorang budak praktikal. Tak tahu nak kesian ke macamane kat diri sendiri sebab tak grad-grad lagi. *nangis* Hidup aku tak macam gegadis umur 22 tahun yang lain, yang tengah kerja kumpul duit kahwin, duit travel, duit bagi makbapak, yang tengah jaga anak (bagi member yang dah kahwin), kerana aku masih di sini di Semester 7 dan tahun depan sambung lagi (ada laaagi) Semester 8. *sambung nangis* Macam gini gaya engko nak suruh aku sambung Master? Marilah sambung tidur.


Intern kat sini okay je Alhamdulillah WALAUPUN mula-mula tu macam tahi sikit. Aku ni hari-hari tertidur. Semakin berleluasa ya penyakit kuat tidur aku ni, tak kira tempat tak kira masa. Pernah masa jawab exam theory paper sambil pegang pen tu aku tertidur, nasib baik tak kena repeat. -__-
Kalau dah buat benda yang tak minat kan, memang tidur manjang. Cuba kau bagi aku kerja edit video ke, design banner ke, design kad kahwin kau ke, 2 hari tak tidur pun takde hal lah. Tapi takpe, hidup perlu diteruskan. Abah aku pun sebenarnya approved je pasal proposal aku nak ambil short course art multimedia ni. Cuma aku tengah fikir apa aku nak buat dengan sijil degree in Accountancy aku ni. Nak di buat kipas ke, nak di buat kertas tulis list groceries ke, atau hanya digantung tak bertali lekat kat dinding. Terumbang-ambing betul hidup bila takde cita-cita ni. Orang lain dah kerja tinggal fikir nak naik pangkat je tau. (Kau gilaaa penat-penat aku belajar 5 tahun non-stop kau nak buat list groceries?! Cubit muka tu! Cehh cubit je sekarang takde lempang-lempang dah)


Kita ni sebenarnya terlalu banyak merancang. Sampai kadang-kadang terleka sebenarnya semua yang terjadi/akan terjadi adalah kehendak Dia. I am not 100% ready for a marriage, but there’s one right guy (inshaAllah gonna be the right one forever) did convinced me, not asking me to be ready, but we’re going to get ready together to go into the next phases of life. Thank you, you know who you are. InshaAllah. : )


  

No comments:

Post a Comment