Maka sekarang ni aku adalah seorang budak praktikal. Tak tahu
nak kesian ke macamane kat diri sendiri sebab tak grad-grad lagi. *nangis*
Hidup aku tak macam gegadis umur 22 tahun yang lain, yang tengah kerja kumpul
duit kahwin, duit travel, duit bagi makbapak, yang tengah jaga anak (bagi
member yang dah kahwin), kerana aku masih di sini di Semester 7 dan tahun depan
sambung lagi (ada laaagi) Semester 8. *sambung nangis* Macam gini gaya engko
nak suruh aku sambung Master? Marilah sambung tidur.
Intern kat sini okay je Alhamdulillah WALAUPUN mula-mula tu
macam tahi sikit. Aku ni hari-hari tertidur. Semakin berleluasa ya penyakit
kuat tidur aku ni, tak kira tempat tak kira masa. Pernah masa jawab exam theory
paper sambil pegang pen tu aku tertidur, nasib baik tak kena repeat. -__-
Kalau dah buat benda yang tak minat kan, memang tidur
manjang. Cuba kau bagi aku kerja edit video ke, design banner ke, design kad
kahwin kau ke, 2 hari tak tidur pun takde hal lah. Tapi takpe, hidup perlu
diteruskan. Abah aku pun sebenarnya approved je pasal proposal aku nak ambil
short course art multimedia ni. Cuma aku tengah fikir apa aku nak buat dengan
sijil degree in Accountancy aku ni. Nak di buat kipas ke, nak di buat kertas tulis
list groceries ke, atau hanya digantung tak bertali lekat kat dinding. Terumbang-ambing
betul hidup bila takde cita-cita ni. Orang lain dah kerja tinggal fikir nak
naik pangkat je tau. (Kau gilaaa penat-penat aku belajar 5 tahun non-stop kau
nak buat list groceries?! Cubit muka tu! Cehh cubit je sekarang takde
lempang-lempang dah)
Kita ni sebenarnya terlalu banyak merancang. Sampai kadang-kadang
terleka sebenarnya semua yang terjadi/akan terjadi adalah kehendak Dia. I am
not 100% ready for a marriage, but there’s one right guy (inshaAllah gonna be
the right one forever) did convinced me, not asking me to be ready, but we’re
going to get ready together to go into the next phases of life. Thank you, you know
who you are. InshaAllah. : )