Sekarang sudah semester 8. Fuhhh cepatnya masa berlalu (ayat typical). Rasa macam baru je masuk kelas Madam Phang belajar math topic inequalities X tolak Y = Y jatuh. Isk cepat sangatlah masa ni =')
Selesai je intern selama 6 bulan di audit firm, memang aku dah plan nak pergi vacay kat pulau-pulau nak buang segala kebodohan yang ada ke laut. Isk bunyi macam sedih sangat. So demi merealisasikan percutian budak-budak baru lepas intern ke pulau, kitorang plan punya plan punya plan dan alhamdulillah semua berjalan dengan sangat lancar. Apahal baku sangat ayat aku ni?! Awkward gila rasa lama sangat tak update blog, seiring lah dengan tulisan aku yang makin cacamarba sebab dah lama tak menulis. Dah macam taik ayam dah aku tengok isk.
Selama ni aku tahu je Pulau Perhentian ni cantik. Tapi tak sangka cantik betul-betul cantik gila kalah Neahlofa mahupun Anzalna =')
So kitorang decide untuk pilih ke Pulau Perhentian Besar. Sebenarnya aku tahu ni Pulau Perhentian Besar bila dah sampai tempat tu (sebab Abey tunjukkan peta pulau).
Kitorang ambik pakej RM310 3 hari 2 malam cukup semua -- bilik aircond, breakfast, lunch, dinner, snorkeling 5 point. Apa lagi. Memang puas hati sangat-sangat sebab layanan pun tip-top. Huh rindu mung Abey!
Day 1 : Aktiviti bebas so kitorang decide untuk jalan-jalan pusing pulau, bukan satu pulau tapi banyak pulau. Sewa bot around RM15++ seingat aku lah.
Rasa di-welcome sangat bila kita datang lepastu dia bagi kita lunch best-best gini.
My backpacking members wiuwiu
Ingatkan dapat makan best-best time lunch tadi je sekali dia bagi dinner begini ya Allah terharu boleh taaaak?!
DAY 2 : Pagi di pulau dah memang tersangat indah. Keindahan berganda bila...
DIA BAGI KAU BREAKFAST SEJENIS NIIII YA ALLAH AKU KAT FIVE STARS HOTEL KE APA NIII
Dah lah banyak lepastu sedap pulak tu sampaikan bila dah kenyang tu paksa jugak makan sebab rasa membazir sangat kalau tak habiskan makanan sedap-sedap ni tssk.
Hari kedua tu kitorang snorkeling dari pagi sampai tengahari. Supposedly ada 5 point which include shark point and turtle point. Unfortunately shark semua takde sebab time ni diorang tengah migration ke apa sebab baru lepas angin monsun. Shark tu aku tak berapa nak amik kisah sangatlah, kau hulurlah shark jinak sejinak kucing sekalipun, sikit aku tak teringin nak turun tengok. Seraaaaaaammm. Penyu pulak aku jumpalah sekor dua itupun kena turun nak sampai ke dasar. Memang aku sorang jelah yang turun kan walaupun sebenarnya aku takut gila sebab bila kau masuk laut tu, tersangatlah luas. Sorry lah takde gambar underwater, video tu adalah itupun pakai camera iPhone je hahahaha.
Masa ni kitorang datang bulan 2, betul-betul lepas habis banjir besar kat pantai timur. Takut memang takut. Tapi disebabkan beriya nak pergi betul-betul lepas intern so kita proceed jelah. Kalau engkorang nak pergi vacay pulau-pulau ni elok pergi time bulan 7. Time tu semua menatang ada. Yang spesies dalam laut lah. Kau jangan sibuk carik koala pulak.
INI LUNCH LEPAS HABIS SNORKELING.
*sengaja caps lock nak tunjuk betapa best nyaa makan-makan kat pulau ni*
Petang time hari kedua tu memang dah takde mende nak buat pun. Tapi rezeki datang time orang tak ramai, kitorang dapat pergi jungle tracking FREE. Sumpah aku rasa bersyukur gila kenal dengan orang-orang pulau ni. Abey memang terbaik lah sebab dia rasa kesian tengok kitorang tak dapat snorkel kat shark point padahal kitorang tak rasa ralat sikitpun. Jungle tracking tu kira pusing satu pulau lah so memang dapat masuk resort-resort yang mahal gila bapak. Uishhh tak berhenti puji Abey ni!
Basically this was our last dinner at pulau. Paling special sebab diorang buat bbq.
Mana nak dapat sotong bakar, ikan bakar, ayam bakar banyak-banyak gini. Di tambah dengan nasi goreng yang sedap gilos. Nak balik pulau plissssss T_____T
DAY 3 : Basically, going home.
Malam yang sebelumnya kitorang tidur lambat sebab lepas makan Abey ajak lepak sembang-sembang kencang tepi laut. Memang bangun pun lambat lah cerita dia. So memang dah bajet-bajet tak sempat nak breakfast sebab bot nak ke jeti dah tunggu.
SEKALIIII DIA TAPAU KAN PULAAAAK. Siap keropok, siap air teh semua dia dah bungkuskan. Ya Allah tak pernah dapat layanan tiptop macamni memang menangis laaaah time nak balik tuuuu T____T
Orang-orang pulau ni walaupun diorang tak berapa nak educated, tapi semua baik hati and paling penting poket tebal woiii. Kenapa takde gambar Abey? Sebab dia pemalu so dia tak bagi kitorang amik gambar dia waima selfie sekalipun mihmih.
Pakej ni kitorang jumpa kat Facebook dengan bantuan rakan-rakan seperjuangan. Samudera Beach Resort, boleh contact Encik Hakim 013-600 8067. Untuk para backpackers, pakej ni memang puas hati lah seiring dengan harganya. Tapi untuk para couple yang baru kahwin nak honeymoon tu, pergilah Bali sanaaaaa kekekeke.
Terima kasih, pulau.
I am so glad i've been here.
Serious, memang best gilaaaaaa.
Go get some rest dude. Inilah tempatnya.
Chauuu cincauuu :)
No comments:
Post a Comment