Saturday, 18 June 2016

Phuket trip (w Official travel partner)

Maka dengan ini setelah bertukar pelan dari Digi ke Celcom, aku harap aku tak postpone lagi mana-mana entri yang acah tergendala disebabkan oleh takde data hihu.  


Dan juga maka dengan ini setelah bertukar status dari single kepada double, aku harap lepasni single terbaru aku Ku Kunci Cintamu dengan Sterring Lock akan menjadi hits sama level dengan lagu Hang Poei Mano. K dah ko paham-pahamlah nyenyenye.



Soooooo typical post as newlywedd ready to take off pi travel (malu habaq hanimun aih)



At first plan ni macam tak berapa nak jadi jugak sebab my partner is not travel type person sebab dia rasa travel ni membaziaq buang masa plus takut kena naik flight leteww tapi dah Allah kata tu jodoh kita apa dia suka tak suka kenalah terima. Tetibaaaaa. Sebab tetiba dia cam jomlah on je so memang first thing first survey flight ticket dulu. Aku memang dah cuak sebab dia setuju dua bulan sebelum and aku selalu beli tiket 6 bulan plus minus sebelum tapi nasib baik adalah yang under bajet. 




Cerita dia hasben iolls ni sangatlah penggayat orangnya kalau naik cable car tu dia kena tiup angin kan bergoyang-goyang ha itu pun dah mengganggu pedoman hidup dia. Tapi sebagai makwe yang sado haruslah pujuk hang nak ikut tak hang taknak ikut hang tinggai lah sini ha takut takutttt k jom. Cehhh acah je syurga kan bawah telapak kaki you i taknak kena tapak :')


Untuk kes macam aku, sebab nak ke Phuket takde route straight from Senai so rajin tak rajin terpaksalah ambik tiket dari Klia2. Seperti yang diketahui umum lah, engko dari Larkin (tempat bertapa para students) beli tiket ke TBS Kelumpo ye, harga dia untuk zaman 2016 ni masih RM35 okay. So dari TBS tu barulah engko pandai-pandai gerak nak ke Klia2. Panjang tak panjang lah perjalanan ni, barulah backpackers sejati ha aku gerak dari JB pagi-pagi untuk kejarkan flight 8 malam. Asikkkk.


Aku yakin mesti bukan aku sorang je yang tertanya-tanya macamana nak ke Klia2 sendiri-sendiri kan? Yelah sebab selalu orang hantarkan (eh selalu kita yang hantar orang huhu). So aku ambik initiatif study lagi part nak ke Klia2 tu, sebab aku nak elakkan naik klia express yang one way je dah RM55 woi itu tiket bas pegi Penang tu kalau dari Kelumpo! Apak dia mahal. Makanya engkorang boleh ambik jetbus dari TBS tu dia straight je terus ke Klia2. Harga tiket pun murah alahai RM10 je engko punya bill talipon lagi mahal kot. Tapi dia taklah selaju klia express tu tapi ok lah dalam sejam ke sejam suku sampai dah Klia2. Macam aku, aku beli on the spot je sebab jetbus ni dia ada setiap jam so engko tak payah risau cuma kena pandai-pandai bajet timing okay? Kalau engko untung lebih sikit dapatlah satu bas dengan makwe pramugari fuhhh macam Awan Dania kecik tu.


Gini ha jetbus. Engko jangan berangankan bas berbentuk jet pulak yang itu Kak Mah sorang je ada.



Ni timing jetbus tu so engkorang kalau tak berkejar masa sangat bolehlah ambik bas ni.





Flight dari Klia2 pukul 8 malam so sebenarnya aku yang gayat sebab malam kan takut weh tapi nak tiket murah punya pasal terpaksa lah sanggup dan tawakal je. Alhamdulillah sampai airport Phuket pukul 10 malam waktu dia, dalam sejam lebih je perjalanannya.



Dah sampai airport Phuket, dari airport nak ke hotel which aku pilih kat area Patong Beach ni jauh jugak sebenarnya dalam sejam jugaklah. Aku ni risau sendiri takut takde transport nak ke hotel tu tapi tak bagitahu hasben sebab kalau bagitahu dia, dah dedua gelabah ayam so biarlah aku je yang gelabah itik. Aku buat research memang ada minibus kat airport cuma risau ade ke minibus malam-malam, kalau tinggal teksi je memang sehelai dua pinggang jelah duit bawak nak bayar teksi je. Tapi jangan risau, masa aku sampai airport ni dalam 10 malam and minibus memang bersepah kau tinggal pilih je. Harga dia dalam 180baht seorang. Maka kalau kau kaya sikit kau amiklah teksi harga dia dalam 800baht tapi malam aku rasa mahal lagi. 



So inilah hotel yang kitorang pilih sebaaaab Silver Resortel ni memang recommended atas reason dia dekat sangat dengan pantai, jalan depan lorong sikit jumpa Bangla Road, sebelah hotel je ada 7e, murah tapi tiptop weh. Ape tiptop?








Ha tiptop ke tidak??! Ni deluxe room ada balkoni ada bath tub uolls harga rm116 per night. Service dia pun okay cuma ada satu je yang tak tiptop.... 






Jenis selalu tengok rancangan Romantika tu kan dia pi hanimun ada angsa ke itik dua ekor atas katil lepastu ditaburi bunga bunga cinta layu di pusara tu. So bila aku tengok ni sekali pandang ko ni gajah kah, bukan. Panda kah, bukan jugak. Eh ini macam babi lah yang... Ehhhh abi betul terus aku rentap ha terasa najis! Najis! Ceh emo sebab tak dapat angsa dua ekor tu. Cisss.



Sebab apa pilih Phuket? Sebab Krabi dah pergi dah hehehe lepastu nak jugak environment laut-laut nak pi Lombok mahal sangat nak nangis rasa, Phuket is okay tapi masa kita pergi ni tengah musim hujan so tak boleh nak acah tourist sangat.



Phad thai. Memang aku cari sangat benda ni ha ya ampun dap erhhhhh disamping chicken wings dan makan disisi you ditepi pantai. Aiceh.


So basically aktiviti hari pertama takde apa sangat sebab malas nak rushing plus aktiviti dia sama lebih kurang je dengan Krabi. So itinerary aku sangat simple yakni aku follow 100% daripada skampung.blogspot.com jap lagi aku share link. 

Petang tu memang plan nak sewa motor sebab nak sangat-sangat pergi Promthep Cape sebab orang kata kat situ memang cantiklah nak tengok sunset ke sunrise ke (kalau rajin sangat bangun pagi) sebab sebenarnya jauh woi sebenarnya nak pi sana. Kebas tak kebas lah sejam atas motor tak berapa nak laju tu. Tapi kalau kau ikut map betul--betul sebenarnya dalam 45 minit dah sampai dah tapi dah aku ni tak paham-paham tengok map, dah kita redah je nasib baik laki aku kaki rempitz kalau kaki drift mana nak sewa kereta ha mana. Ceyceyyy.


Selepas sejam.....







Prompthep Cape. I really love the view. Sangat. Nak sangat stay lama tapi hasben yang jenis tak berapa nak suka tempat sight-seeing ni dia jadi "ni je ade? Ni je?" Cissss baru nak romantikus. Tapi time tu pun dah kepetangan sangat plus nak hujan memang menangis lah dik nak meredah hujan sejam nak balik hotel.


Aku tak tahu nak explain cemana nak pergi tempat ni sebab nama pun main redah je, tanya-tanya orang tepi jalan, isi gasolin, tanya orang lagi, dah begitulah perjalanan kami. Tapi jangan risau dia ada signboard kau pandai-pandailah lenjan. Kalau ikut blog brader Skampung tu dia ada bagi map ha ko follow je. Jangan jadi macam hakak tak reti baca map, waze reti pulak.



Sempat beli khao yum which sejenis nasi kerabu thailand sumpah sedap gila wehhhhh, dan itu nuttela pancake (laki aku panggil lempeng eh dia ni ehhh).




Oklah lepas meredah hujan tu, turun je motor tengok-tengok hasben dah bertukar wajah ya ampun kembalikan wajah hasbenku yang acah floles tu kerana aku tidak mahu wajah yg ini??!


Gila ko taknak. Intan Ladyana je yang taknak k kakakaka inilah namanya sejenis rezeki. Sebenarnya motor ni sewa satu hari tapi kitorang malas dah nak bawak motor so pulangkanlah awal. Masa nak pulangkan motor tu adalah terjadi sedikit insiden dengan penyewa tu so aku pun acah garang lah naik angin sikit suruh dia tengok form yang kitorang isi masa nak sewa tu bla bla bla bla bla ha kan yang kan betul kan?? Zzzzzup kepala berpusing tengok laki aku tapi terpandang pulak mamat belakang dia tengah sengih kerang yang mampu mencairkan wanita seluruh dunia ku ingin kau tahu-uuu-uuuu. "Orang Malaysia keeeee ha datang dengan sape oh ha Emma manaaaaa" eh aku ni berbual macam member pulak kan padahal neves uolls nak tercakap Assalamualaikum Cinta, ada hasben pulak kat sebelah. So dia jadi ssssup bro awek lu mana. Time ni diorang datang sebab nak shooting drama tu lah. Stay hotel yang sama pulak pegi shooting tempat yang sama pulak eh kenapalah masa travel time bujang dulu tak dapat rezeki terpijak macamni. Eh sorry tak sedar diri awak nak kena pijak ke Ro :')


Oklah so malamtu kitorang pi night walk kat Bangla Road. Aku selalu sangat dengar pasal Bangla Road ni, aku ingatkan pasar malam ke apa macam night market Krabi tu sebab aku nak sangat jumpa belalang goreng eihhh tak jumpa pon?! 



Tahi awak belalang goreng, ini tempat cuci mata helok-helok ni uihhhh tempat belanja ni uihhhh. So kalau nak selamat jangan hanimun kat Phuket k pi hanimun tempat lain :p


Dins. Semestinya tom yam hunter akan cari tom yam power. Tambah dengan kerabu mangga sebab som tam dah habis huhu. Terangkat beb.


Masa jalan-jalan tu kitorang survey lah untuk aktiviti hari esok. Disebabkan aktiviti dia lebih kurang je dengan aktiviti kat Krabi, so aku pilih pakej James Bond island sebab kitorang malas nak snorkelling hehehe. 

Kau jangan risau mana nak dapat pakej-pakej ni sebab memana kedai pun bersepah jual pakej tepi jalan, kau tinggal pilih harga murah, makanan halal. Tips dia kau kena pandai bargain lah, macam James Bond island ni dia mahal sikit dari pakej Phi Phi island, masa aku survey harga 1500baht seorang tapi lepas bargain dapatlah 1200baht. See? Jimatlah sikit kan. Walaupun rasanya boleh dapat murah lagi tapi sebab malas nak cari lagi so aku amik jelah pakej tu. Pakej yang aku amik ni kat kedai betul-betul tepi traffic light nak ke pantai.


Kitorang pilih feri besar ni instead speed boat sebab lebih murah and lebih tenang dapat fefeeling Titanic sikit nak naik cruise belum mampu lagi hihu.









Ada sebab aku pilih pakej James Bond island ni. Sebabnya aku nak berkayak, nak enjoy tengok view tanpa perlu berpenat lelah berenang-renang ke tepian. Macam pakej yang aku amik ni at the end of the tentative ada berenang kat satu pulau ni tapi disebabkan hujan so aku turun buat basah-basah tudung je. Gila ko ombak kuat kot, laki aku pun terumbang-ambing dilambung ombak rindu. Cehhh try lagiiii.







Begini ha dia punya hujan. Tapi alhamdulillah semua okay je jangan risau diorang orang laut lebih tahu hujan tu teruk ke hujan biasa-biasa. Kalau lebat begini depa kata biasa je.

Biasanya pakej tu memang sampai ke petang so dah balik hotel petang tu rehat-rehat sat, malam nak jalan lagi cari makan cari souvenir.



Bukan souvenir je jumpa, jumpa ayam jugak..... 


(Biasalah sejak-sejak dah matang ni post tak payah nak bertapis sangat k hahahaha) 


Tom yam lagiiii tom yam lagiiiiii marilah para tom yam hunter marilah kembali ke tempat asalmuuuuu mari mariiiiii.


Basically kitorang dapat 2 hari je full day kat Phuket sebab flight balik pun kitorang pilih pagi, dah sampai Klia2 satu hal, nak balik Jb lagi satu hal so kita gerak siang-siang lah. Disebabkan pagi kitorang gerak dari hotel ke airport dengan teksi so dapatlah harga 800baht ha tinggallah duit baht beli megi dua cup dan jajan seketul buat sarapan :')



Baht thailand ni nak senang kira kalau 100 baht tu equal to 10MYR la, itu kalau nak senang kira sebab zaman 10MYR ni zaman sebelum Jibby k, masa aku exchange ni rate dia 100 baht equal 11.65MYR.

So ini dia costs yang dah di breakdown kan, bawak duit belanja pi sana rm700 untuk dua orang, makan, transport, makan ngonyel-ngonyel, pakej James Bond island, souvenir, ngammm. Untuk dua orang. Maka pergilah bercuti uolls, pergilaaaaaah.

So ni dia aku share link dari blog brader ni, big thanks sangat kat blog ni sebab detail gila itinerary dia and disebabkan aku tak banyak masa nak research and buat itinerary sendiri, blog ni sangat membantu so bolehlah singgah-singgah kalau plan nak ke Phuket.



Ha begitu berjela penerangan yang diberi dah macam semester masa degree dulu Part 1 sampai Part 8.



Ha maroh maroh, ajak balik je maroh. Dah tu suka sangat tempat banyak ayam ni?! Cehhhh tak tak gurau je you, tapak kaki you kan syur...... (panggggg! habaq benda ulang-ulang)


Officially my forever-travel-partner-with-backpacks (only). With love only. Hehe



Untuk perjalanan balik JB engko repeat je sama macam perjalanan pergi haritu. Dari Klia2 nak ke TBS boleh naik jetbus. Mana nak dapat tiket? Ha satu benda aku perhati je Klia2 ni dia lebih convenience daripada Klia dulu, cari apa pun senang gila, engko ikut je signboard taxi/bus memang akan jumpa kat floor bawah sekali tu ada kaunter jetbus. Kalau engko mampu terlebih nak naik teksi pun boleh tu semua ada kat satu area yang sama, kalau mampu lah, akak kalau naik teksi kena jual ginjal dulu dik.



Banyak benda yang berbeza because we don't really have the same interest, but despite of all differences between us, we have the same vision (to take care of our family together) which leads to, tonnes of love. Dia tak suka travel, tapi sekarang ajak lagiiii ha see tahu tak sebenarnya perbezaan tu saling melengkapi? So. Nak pi mana lagi lepaih ni you? *kuis-kuis baju*


So, why need packages when you can discovered by your own?


Happy travelling! <3 (with forever partner hihu)




















No comments:

Post a Comment