Wednesday, 9 January 2013

hantu durian di Sembrong.

Dah lama aku peram peramkan gambar gambar ni, dah berzaman dah rasa. Mana janji manisku nak menjaga belog ini daripada berhabuk habuk. Tup2 bukak blogger.com tetibaaa dah 2013. Perhhh ini dah bukan berhabuk lagi dah, berkeladak dah aku rasa. 

Haritu TKL jemput suruh datang masa intake untuk budak budak first batch masuk kem untuk tahun ni, haaaa gua nak pegi sangat sangat derrrr tapi apakan daya sekarang tengah exam month. (budak budak UiTM je ade exam month tau, kau orang semua exam seminggu dua je kan, kau hadoooo?) Silap silap nanti diturunkan takhta aku ni haha dasar naib pengerusi tak pernah buat kerja haha dasar pemalas haha dasar selalu bizi je manjang haha dan dasar gemuk -..-'

Mesti besstttttt kan wahai adik adik yang berangkat berambos pergi ke kem masing masing.   Especially to adik ipar (nana) dan adik tiri gua (Aingemokgedempol). mahahahaaa. 

Seminggu yang pertama merupakan bahana bagi aku. Aku mana pernah jauh daripada family dan walaupun tak berapa nak jauh sangat, tapi sebenarnya aku ni penakut kalau tidur kat katil single!!! Sebab kalau dalam cerita hantu mana mana pun hantu tu mesti datang kat asrama yang katil single single ni walaupun dah berpunya (eh?). Kalau tak tidur sekali atas katil, mesti ada kat bawah katil. Haaa pergi check bawah katil kau sekarang!

Seminggu tu aku menangis tak berhenti malu gila muka macho tapi, dah dah aku taknak sebut. Bangun pagi nangis, mandi nangis, makan nangis, berkawad nangis, tengah semayang lagi la nangis, makan malam nangis, tidur nangis, esok pagi bangun lagi nangissss hoiiii boleh berhenti taaaaaak???!!!? sobbsss ini satu malapetaka buat seorang rokers.

Aku pun tak tahu siapa entah yang pergi bagitahu cikgu yang aku ni pernah ada pengalaman pasal kawad2 ni semua, memang meroyan aku masatu ko tahu, pantang betooool aku tak cakap pape pong tetiba je kena panggil. Tapi bagus jugak, exam punya exam punya exam sekali dapat jadi penghuluwati, feymesss uollss hahaa. Exam dia hanyalah menggunakan suara. Ya, suara daripada perut. Masatu baru aku tahu kelebihan perut aku ni boleh keluarkan suara gitewww. Bukan suara bunyik masa lapar eh, itu keroncong namanya. Mekaseeeh cikgu ajarkan kite keluarkan suara daripada perut dan sekarang saya mampu untuk membawa lagu Ziana Zaingggg walaupun semput yeahhh!




Rasanya kem aku lah kem yang paling best sebab ada hantu durian. 
Nope. Bukan orang yang gila makan durian tu bukan, ini real punya
HANTU DURIAN. *krikk krikkk 
(sound effect bunyi cengkerik biar takot sikit)



Dia yang best kalau ada moment moment cenggini. Mesti ada pertandingan hape entah lepastu aku tak memasal kena berlakon jadi Ratu Elizabeth kejadahnye ratu bukan ada dialog pon, melintas lalu je haha. Aku kalau berlakon, habislah industri Malaysia semua bungkus.





Rindunyaaaaa weheeiiii! ini geng masa kat kelas CB ni main juggle sama sama.
from left : me, Melton, Francise, Abam songkok, Mike.



Masa mula mula kelas CB tu macam tak boleh terima lah sebab aku kan rokers, kau tahu kelas tu belajar apa? manada belajar apa2 kecuali main main macam kat tadika. Ya, last aku main jambatan sudah roboh adalah masa aku dekat tadika. Tapi kat kelas CB ni dia tukar lirik sikit ke apa maka dia tak jadi jambatan sudah roboh, tapi jadi 'jambatan goyang goyang'. Nak aku nyanyi meh aku nyanyi best tauu lagu dia jap nah lirik sampai sekarang tau hafal!

"jambatan goyang goyang,
jambatan goyang goyang,
aku takut tenggelam,
aku takut tenggelam,
lalu aku berenang,
lalu aku berenang,
habis basah bajuku,
habis basah bajuku.
Lalu aku sidaikan,
lalu aku sidaikan
........."

hahaa alamak abang dah lupe la dik! jadi dia lebih kurang macamtu lah lagu dia, kalau ada video nak je aku tunjukkan. Tu belum kira lagi lagu 'roti canai, 'watermelon', main juggle, joget2 dalam kelas. Last aku buat benda benda ni masa kat tadika. TADIKA. I miss my childhood. Thankssss PLKN buat kelas CB even pada awal tu macam kelakar je tapi at the end, banyak benda yang aku belajar. =')





and the best part is bila kita kita ni semua bersatu. padu. mantop. gagah. Inilah geng rainbow iolssss! amoi amoi tau semua tapi tak faham kenapa kat sekolah dulu kecoh sangat pasal isu perkauman, kan ke kata satu Malaysia. Start ni lah aku sibuk sibuk nak belajar Mandarin, ni lah cikgu cikgu gua. Cikgu gua amoiii, kau ade? Walaupun slow bolehlah tangkap sikit sikit yang basic tu and yang paling penting dah maju 3 lagu mandarin! wiwiiittttt~~



siapa kenal botak yang tengah tu angkat tangan! *='D



Walaupun tak graduate, walaupun hanya 3 minggu je kat kem, walaupun sekarang ni aku dalam status penangguhan,
tapi ni lah benda yang paling aku sayang, menangis sedu sedak bila cikgu cabut pangkat ni daripada uniform aku. Menangis masa majlis perlantikan, menangis masa tengah jalankan tugas, menangis masa penyerahan pangkat. Semua nak nangis gila meroyan pompuan ni.

Orang tak tahu susah dia macamana, semua aku dok ngadu kat Mira, takpun kat penghulu sebab dia kan kepala mestilah ngadu kat dia. Nampak je macam best tapi hakikatnya, ibaratnya macam kau ni imam lah, kalau kau tak betul, jemaah kau semua tak betul, dosa akibatnya. Akibat aku kat sini, kena regging habis habisan dengan coach. Memang sentap maknaaak tahu tak kalau yang cikgu2 pompuan tu sekali dia cakap boleh menangis empat hari laa wa cakap lu. Tapi, itulah harganya sebuah pengalaman. 

Tu tak kira lagi kena buli dengan budak budak, kem memang dah provide baju apa semualah termasuk kasut. Haa pasal kasut dia kasi heels mantop punya yang ada tumit sedangkan aku ini kalau nak yang bertumit pun aku pilih terompah jamban aje. Nak dijadikan cerita heels aku tu besar sebab dah habis saiz yang kecik sikit, ok sederahanalah, so paham paham lah masa tengah berjalan tu dia punya kelepek kelepek macam 'nak pakai segan nak tertanggal tak mahu'. Lepastu aku ni nak kena amik baris hari hari, kenalah lalu kat tengah tengah lautan budak2 ni, memang ada satu lorong khas gitulah untuk aku lalu, hekhekhekkk. Asal aku lalu je mesti ada suara suara sumbang memekik "penghuluwati! kasut tu tertinggal kat belakang lah!", "awak! pakai kasut siapa tu?!" "eh penghuluwati, pergilah tukar selipar.." dan pfffttttt =..='  



Tengok, menangis lagi pompuan ni. --' 
Dan sebenarnya aku tak tahu pulak yang dorang ni sebenarnye sayang kat titeww hewhew. Masa aku nak kena balik tu dorang siap nyanyi nyanyi tau tapi lagu Cina so tak paham tapi paham 'pang yau' tu maksud dia kawan. atotototoooo~ 


paling best sebab jodoh kenal dengan penghulu dan sampai harini beliau lah bestfriend aku dikala ku suka dikala ku duka~ :D



dan yang double paling paling best jodoh jumpa dengan my twinwinwin 
susah senang dekat kem bersama, sekatil sejiwa uolsss!



this is,
enjoy your camp dear juniors,
awak orang terpilih,
this gonna be one of your precious experience ever in your life!
TRUST ME :)


chauu cincau :)

No comments:

Post a Comment