Sunday, 26 February 2012

Photoshoot, Final.






















A final project by a friend of mine. (ours)
pictures credit to ; BrrrGraphy, DGTL Photos & Props 
edited ; SHFRIZZTY.


I'm wondering like "ada apa di sebelah kanan?? Semua gambo macamtu -__-"


Chauu cincau :)


Saturday, 25 February 2012

Haiii namew shayer Piwaa. Boleh panggil Pigi daaa~



"hAii aWak, WaTPew tuwW? TitEw nGah BoWinK LaA.."




"kAo dah CiAp lOm? siNi UjAn LorHH...mAcaMane nIw..."




"dAh cAmPai NanTi TiTEw coL aWAk OtEyhh!!"




"LorHh bAwu NaK maMam kEww?? cIaNnyE..."




"euRmm nA ke TaNa, Na kE taNa ehk...."




***************************




Lagi sekali aku dapat mesej mesej berbaur cenggini sama ada di hengpon mahupun pesbok, aku hempok hengpon aku kat dinding sambil membaca mesej mesej sebegitu berulang ulang kali. Dengan mimik muka sekali. Dengan suara gedik sekali. Pakej gua kasi.


Why don't we just use proper language. Mesej mesej cenggitu sesuai lah nak bagi dekat balak kau ke, awek kau ke, mak kau ke, wa'ima nenek sekalipun barulah sesuai. Kalau dorang faham lah apa yang kau mesejkan tu. Kalau nak mesej orang yang jarang kau mesejkan, saya rasa tak perlulah sampai begitu sekali ya. Boleh muntah. 


Aku pun kadang kadang terrrrr jugak. Tapi dengan orang yang aku rapat laah, hewwhewww <---- ini gelak perli namanya. Aku suka gelak cenggini. Cuba kau buat. Hewwhewwwheww








p/s ; entri tidak ditujukan kepada sesiapa. 




Chauu cincau :)



Thursday, 23 February 2012

Syukur, selamat diijab kabulkan..

Pehhh terkejut aku tengok notifications fb aku sat tadi.. Thanks korang!! Gambar untuk hari ni malas gila nak upload, tengah penat laa hewwheww.






Well yeah kita semua doakan yang terbaik ya untuk Lisa Surihani dan suaminya, Yusry Halim. Semoga berkekalan hingga akhir hayat dan semoga cepat dapat anak comel macam Mia Sara!

p/s ; REKAAN SEMATA. Status tak menahan, biarkan ku begini..sebab..aku tak dapat pegi pon wedding LS! wuwuwww 


IKHLAS DARI Feera Surihani *tetibeeee*



Chauu cincau:)

Alhamdulillah, akhirnya dapat baby kedua :)

Ngkorang ni senonoh lah sikit aku mana kahwin lagi?? (Padahal diri sendiri letak title entri yang mengundang bencana seluruh pembaca)

Dah lama aku nantikan saat ini. Alhamdulillah semua berjalan lancar even lama jugaklah aku memikir buat keputusan untuk pilih mana yang terbaik. Tapi yang lebih syiokk masa aku pergi survey dulu rupanya aku salah tengok harga. Grrrr boleh je kot kalau aku beli masa harituu =='





# memilih bayi yang terbaik


# dan terfikir jugaklah nak angkat satu ukelele.
 Tapi kat sini tak banyak pattern so I decide beli kat tempat lain ajelah nanti ^^


#yang mana saaatu idaman kaaalbuu...

Tengah sibuk sibuk berfikir sambil mendengar pakcik MasterChef membebel sekejap, timbullah satu makhluk Allah ni. Hokaaay memang dirancang pun.


#makcik Kepochi. Hahahaaa omeiii siak gambo ni,
sorry Dja =p

Eh, sebenarnya awak beli gitar kat kedai mana?


#di sini. Haruslaaah tengok wishlist =)


Finally I've made decision




# jeng jeng jengggg!




# Finally muka bahagia selepas dapat melaksanakan wishlist yang pertama dan yang paling lamaaa bertakhta dalam wishlist. Puas hati aku!


# muka bertambah bahagia selepas dapat melaksanakan wishlist dan juga dapat beli kasut Converse new arrival punyeeee weeeeeeee~
Thanks driver cuz temankan I memuaaah!



p/s ; boleh sesiapa bagitahu kenapa gedik sangat entri aku ni? ohh sebab Lisa dah kawen okbaiii~


Chauu cincau :)

Sunday, 19 February 2012

My Endless Love

We just love to sing My Endless Love by Diana Rose and Lionel Richie together. This is my Abah's fav song ever.   





We also made our wishes. Yes it's not that expensive but I know that Abah just love ours. 




We know this is the hardest time you have to faced through
Because you've never been in this situation
We just want you to know that
We'll always be here with you
Always..




Only Allah knows how much I love you
InsyaAllah, I keep on saying InsyaAllah,everything will be just fine.
Don't worry, we have Allah
Always.. 


We need YOU to complete US, again.

Get well soon, Abah.
We love you. so much.


p/s ; doakan semoga Abah saya cepat sembuh ya. 

Tertipu.

Dalam masa masa yang memerlukan ni lah baby aku duk buat hal, nak stay di bengkel katenye, merajuk lalu menyebabkan temperature naik tidak turun turun dan mencalarkan sedikit sebanyak tangki lalu bercampur dengan air maka minyak dengan air mana boleh bercampur.  Mungkin 'dia' terdengar kot pasal rancangan aku nak beli Skyline (kau mampu?) lalu sampai macamtu sekali baby merajuk.

Okay perenggan pertama dah panjang berjela. Kau orang perasan tak kat JB ada bas baru iras iras Rapid KL? Waaaah ini baru remaja bhai, manyak syiok! Seronok kemain barulah ada feel feel KL gituu (rindu nak balik sane sobss). Aku dulu memang gian naik bas Rapid KL sebab kerusi dia ala ala kapal terbang punyeee. Haa sekarang kat JB pon dah ada. Masa aku mula mula pindah dulu taknak pulak ada. Hmphh.


Aku memang dah prepare duit kertas sebab nak naik bas tapi beli gula gula, beli air kat mesin, lepastu pekena pulak jajan Mamee Monster pasti syiok last last duit syiling aje yang penuh kat wallet. Keluarkan semua syiling yang ada sebab nak buat bayar tiket bas. Sekali gua tengok apehal lain je syiling aku ni pelik je aku tengok, laa ape mende nihhh sial laa sape yang perdajal aku pegi kasi syiling Singapore banyak banyak, sebemban pulak tuu. Macamane nak bayo ni, macamane ini??? 

Yes ada auntie ni, boleh tolong mintak tukar duit kecik sebab aku ada duit besau je masa ni. Siap mengadu sekali beritahu aku diperdajalkan sebab semua orang bagi balance duit syiling Singapore, tak cukup dengan itu aku siap tunjukkan sekali syiling yang ada sebagai bukti juga sekali pakej.


"Aiyaa amoiii, ini syiling Malaysia baru maaa....2012 punyaa.. tarak tengok berita kaa? sudaa keluar maa ini syiling...manyak cantik taww..."

" =.= malunye."



Chauu cincau :)

Friday, 3 February 2012

Semua pasal ENGKAU.



Hari ni sepatutnya keluar dengan orang lain, tapi disebabkan oleh beberapa kekangan, maka aku ajaklah kekasihku. Dengan motif dan bermatlamatkan nak beli ENGKAU wahai sayang. Hanya ENGKAU.

Sampai sampai je Jusco Bukit Indah gua ingatkan kedai yang gua dah aim dulu tu adalah kedai Yamaha tapi malangnya, gua silap. Sampai gua sanggup tinggalkan Mal yang memanggil-manggil aku pegi lepak butik kejap tapi dengan kereknya gua jawab aku nak cepat ni, ada hal penting. Hanya untuk ENGKAU sayangku. Hanya ENGKAU. (sorry Mal, siyes aku nak cepat, lain kali aku datang lagi ye)

Pergi pulak merayap kat tempat lain. Sebenarnya hobi aku memang suka berpusing-pusing. Tapi kalau dah tiga empat kali pusing-pusing salah jalan tu carik naya namanya. Karang ni makan dia kang.

Pergi pulak kat tempat yang aku tetibe teringat bahawa edisi-edisi baru hanya ada kat kedai tu, jauh pun aku tetap datang sayang. Untuk ENGKAU. Sekali dah jumpa ENGKAU, memang dah perfect sangatlah tu cinta kita bakal bersemi semula selepas ini. Pergi mesin ATM, takde pulok Bank Islam okay fine aku tak tahu pulak yang akaun kedua aku tu invisible (which mean acc yang ada berbondon duet tu tak boleh bukak). So nak buat macamane? Owh aku beli jela pakai credit card susah hape kan, tak payah susah-susah nak carik cash. Lahh lupe pulak I mana pernah ada credit card. Hmmm =.=

Maka? Ini adalah pengalaman indah buat aku. Aku tak beli pun ENGKAU tu. 

Tapi, tanpa di duga ada lagi pengalaman yang lebih indah dari itu. 


Hoiii dah lewat kemain boleh pulak baby aku ni buat hal. Nasib baik lah dah nak sampai rumah and aku sempat berhenti kat tepi jalan. Kalau tak ada jugak yang kena tolak kereta comel-comel. Baby, baby. Baby laa kau ni. Main samak dengan aku. 


Kru pertolongan cemas saya, PAKCIK. Alhamdulillah saya telah dikurniakan seorang pakcik yang sangaaaaaaat baik hati walaupun tipis jugak telinga aku ni kau buat tempat membebel. Ye tahu aku salah, aku salah sebab tak pandai bukak bonet depan kereta tu. Upah nanti eh gua kasi =D


Ni semua pasal ENGKAU. Apa pun tak dapat. Apepontableh~




Moral of the story ; jangan ada niat nak beli apa-apa.




Chauu cincauu :)