Hari ni sepatutnya keluar dengan orang lain, tapi disebabkan oleh beberapa kekangan, maka aku ajaklah kekasihku. Dengan motif dan bermatlamatkan nak beli ENGKAU wahai sayang. Hanya ENGKAU.
Sampai sampai je Jusco Bukit Indah gua ingatkan kedai yang gua dah aim dulu tu adalah kedai Yamaha tapi malangnya, gua silap. Sampai gua sanggup tinggalkan Mal yang memanggil-manggil aku pegi lepak butik kejap tapi dengan kereknya gua jawab aku nak cepat ni, ada hal penting. Hanya untuk ENGKAU sayangku. Hanya ENGKAU. (sorry Mal, siyes aku nak cepat, lain kali aku datang lagi ye)
Pergi pulak merayap kat tempat lain. Sebenarnya hobi aku memang suka berpusing-pusing. Tapi kalau dah tiga empat kali pusing-pusing salah jalan tu carik naya namanya. Karang ni makan dia kang.
Pergi pulak kat tempat yang aku tetibe teringat bahawa edisi-edisi baru hanya ada kat kedai tu, jauh pun aku tetap datang sayang. Untuk ENGKAU. Sekali dah jumpa ENGKAU, memang dah perfect sangatlah tu cinta kita bakal bersemi semula selepas ini. Pergi mesin ATM, takde pulok Bank Islam okay fine aku tak tahu pulak yang akaun kedua aku tu invisible (which mean acc yang ada berbondon duet tu tak boleh bukak). So nak buat macamane? Owh aku beli jela pakai credit card susah hape kan, tak payah susah-susah nak carik cash. Lahh lupe pulak I mana pernah ada credit card. Hmmm =.=
Maka? Ini adalah pengalaman indah buat aku. Aku tak beli pun ENGKAU tu.
Tapi, tanpa di duga ada lagi pengalaman yang lebih indah dari itu.
Hoiii dah lewat kemain boleh pulak baby aku ni buat hal. Nasib baik lah dah nak sampai rumah and aku sempat berhenti kat tepi jalan. Kalau tak ada jugak yang kena tolak kereta comel-comel. Baby, baby. Baby laa kau ni. Main samak dengan aku.
Kru pertolongan cemas saya, PAKCIK. Alhamdulillah saya telah dikurniakan seorang pakcik yang sangaaaaaaat baik hati walaupun tipis jugak telinga aku ni kau buat tempat membebel. Ye tahu aku salah, aku salah sebab tak pandai bukak bonet depan kereta tu. Upah nanti eh gua kasi =D
Ni semua pasal ENGKAU. Apa pun tak dapat. Apepontableh~
Moral of the story ; jangan ada niat nak beli apa-apa.
Chauu cincauu :)
No comments:
Post a Comment