Tuesday, 24 April 2012

beronok-ronok

Puhhhh Puhhhh! *meniup habuk di belog.


Sekarang pun dah tak tahu nak hapdet ape kerana dulu masa rajin rajin dulu bolehlah sebab kamera bawak ke mana mana, konon 'every moment is a picture, every picture tells the story' giteww. Takkan tetibe nak hapdet pasal fesyen tudung zaman sekarang. Tengah seronok dok kutuk kutuk fesyen tu sekali aku pegi kelas tetibe pakai turban (sebab kan manusia biasa, mudah terpengaruh) habis kena ban aku nanti. Sekarang kamera pun melepak je kat rumah semantelahan aku pula di Melaka. Kenapa dah tak rajin? Tuhan saja yang tahu. 

Selama seminggu lebih menetap di hospital, macam macam benda dah lalui dan Alhamdulillah syukur semuanya selamat. Dalam satu hari yang sama ; one important test, one big presentation and one by-pass operation. Ingatkan cerita aku yang paling sedih. Then I met Damia. Damia ni kecik je lagi tapi dah macam macam dugaan dia lalui, hospital dah jadi rumah kedua dia walaupun aku tak tahu rumah pertama dia kat mana. Berceritalah segala pasal hidup dia, MasyaAllah kuatnya budak ni aku pun belum tentu sekuat dia. Muhasabah diri, kalau rasa diri malang, ingatlah sebenarnya ada yang lebih malang dari kita. Bukan malang sebenarnya, Allah sekadar menguji. =')




Sekarang dah cuti yayyyyy walaupun aku tercuti seminggu awal. Dalam hati bolehlah tenang tenang kan jiwa raga bakul segala. Tapi tak boleh tenang sangat sebab ada lagi test naik cuti nanti daaaannnn ada ASSIGNMENT?! 
(reaksi muka seperti dalam rajah comel di atas)


Okaylah saya kan macho maka haruslah cool bila masa cuti cuti nak seronok seronok ni tetibe ada assignment. Jangan cepat mengeluh, nak berjaya kaaaaannn....


So lepastu dengan penuh semangat kewibawaan sebagai seorang pelajar haruslah ambil tahu tentang assignment assignment yang ada walaupun kau tak datang kelas sebelum cuti. 

F : keje ape je ade?

S : nah. FAR blablablaaaaaa.......TAX blablablaaaaaaaa.....STATS blablablaaaa.......MKT, ECONS, BEL, KOKO (?) dan sebagainya....


F : *reaksi








BLAAAAAAAAAAAAKKKKK



aku memang sukelah, dua kali seronok, beronok-ronok okbaiiii semoga berjaya. -____-



Chauu cincau :)


No comments:

Post a Comment