Kadang kadang bila diri rasa dah buat yang terbaik tapi tetap tak membawa apa apa perubahan yang baik, rasa putus asa tu mesti datang. Tapi kali ini ia datang dengan tenang, Alhamdulillah buat masa ni rasa sedih tu tak datang. Hidup perlu memaafkan, dan dimaafkan. Perlu juga memahami, dan difahami. Aku akan cuba, walau payah macamane pun, InsyaAllah aku cuba untuk 'memulakan' perjalanan ini sekali lagi, SENDIRI. Allah kan ada.
Kadang kadang bila diri rasa dah cukup untuk melengkapkan mereka, tapi sebenarnya pada hakikatnya diri dah menjadi penghalang buat mereka untuk bahagia dengan dunia mereka sendiri selama ini. Dan anda baru sahaja mengetahuinya. Bukankah itu menyakitkan? Tapi Alhamdulillah kesakitan ini masih tenang. InsyaAllah semua akan okay. Saya doa dari jauh.
No comments:
Post a Comment