Saturday, 30 April 2011

TRANSFORMASI mengubah PERSEPSI

GUYS! hehee


Kadang-kadang jadi manusia ni pendirian memang tak tetap. Orang tetap sama tapi berbeza? Macam dulu kau tengok dia lain sekarang dah lain,haa lebih kurang gitu la meaning dia. Definisi kepada TRANSFORMASI. Hal-hal macamni la kalau ade orang yang jenis tak boleh terima perubahan orang lain tak kisah lah perubahan POSITIVE----->NEGATIVE atau NEGATIVE----->POSITIVE, macam-macam kata-kata dusta nista nestle pujian cacian cairan mahupun maki hamunan yang akan dilemparkan. Okayy,bab caci maki tu over sangat kot. 


Contoh yang paling obvious dalam hidup aku setakat ini, perubahan daripada bertudung kepada free-hair (percuma rambut). Okayy sebagai muslim la kan, kite pun tahulah menutup aurat tu WAJIB bagi umat Islam. Jadi persepsi orang terhadap situasi ni, kalau ade yang bagus tu Alhamdulillah ar cakap begini.. "mudah-mudahan hati budak ni terbuka untuk pakai tudung balik.. Aminnn.." atau begini "mungkin budakni ade sebab musabab yang munasabah kot kenapa dia bukak tudung dia tuu." Itu kalau yang berfikiran positif. Yang sebaliknya pulak lebih kurang gini laa ayatnye "ehh tengok tu budak tu culture shock la tuh.." atau "kecik-kecik makbapak jage bolehlah,dah besar macam hareeem." atau "teruknya budak ni,tudung on-off-on-off." 
Sekalian,mungkin situasi ini nampak negatif tapi apalah salahnya jika kita cuba untuk berfikiran positif sejenak. (wahh3 ayat kauu). Sebagai muslim, berkata buruk terhadap seseorang itu juga berdosa kan?


Okay kali ni terbalikkan pulak situasi tersebut. Perubahan daripada free-hair(percuma rambut) kepada bertudung.
Mostly, yang ni selalu sangat aku dengar kalau ade yang membuat perubahan drastik begitu.. "Eeeeyy,nak tunjuk alim lah tuu," atau "entah-entah ada buat dose besar kot, tu nak tutuplah tuu pakai tudung labuh-labuh tuu.." atau "kejap pakai,kejap lagi bukak baliklah tuu.."
Mengapa begitu? Faham,persepsi setiap manusia lain-lain, ada yang fikir positif, ada yang fikir sebaliknya. Tapi kalau orang memang betul-betul nak berubah,dosa mengata tu kat kite tau.


Kemon laa ppl, jangan kongkong pemikiran anda. Tanpa anda sedari anda juga mungkin akan mengalami transformasi-transformasi ini. Terdetik aku untuk buat entri ni sebab yelaa dalam ramai-ramai member tu,adela yang jadi itu jadi ini,aku pun tak terkecuali ye,tapi ade jugak yang segelintir tu cakap itu cakap ini, untuk apa kannn. Bukannya kita tahu cerita sebenar pun. So kita amek jalan paling selamat ; UBAH PERSEPSI NEGATIF KEPADA POSITIF. Takpun doakanlah yang terbaik untuk mereka, sekurang-kurangnya dapat gak menutup pemikiran kite yang melencong tuu. Aku pun tak terkecuali ye.


Ya, aku mengaku kadang-kadang ade jugak perasaan macamtu, membuat persepsi yang bukan-bukan dalam hati. Tapi alhamdulillah, Insya Allah kita dapat atasi dengan mendoakan yang terbaik kepada orang tersebut. Yawww, sesungguhnye aku ni pun takdela baik mane, juga tidaklah berhijab sepenuhnya. Cuma ingin mengingatkan. Kalau sound direct kang kate kite ni macam bagus pulak. Hehee. Takde manenye hal-hal macamni den nak sound-sound hah. Sekali lagi,aku pun bukannya baik sangat. Sekadar mengingatkan (lagi) kepada orang lain dan jugak diri sendiri. 


So, TRANSFORM lah PERSEPSI anda kepada yang lebih berkesan untuk hati dan jiwa! (apa aku cakap ni. bantailah).











*errr, iklan? =D

hahaa,
Semoga mimpi ngeri malam ni!
thanks. :)

p/s; entri tidak ada kene mengene dengan yang masih hidup ataupun kiok. Maaf saya hanya manusia biasa tidak sempurna tanpa kesilapan =)








No comments:

Post a Comment