Thursday, 28 July 2011

Jangan Putus Harapan

Untunglah sesiapa yang berhabis wang ringgit untuk ke stadium hari ini. Obviously, Harimau Malaya sangat bertuah kerana mempunyai penyokong yang memang tersangatlah ohsem. 


Disebabkan Abah outstation, maka dirumah takde geng sebab Umi tak berapa nak layan sangat bola boli ni. Ya, aku perlu menumpang kasih untuk mengaum.










#  gambar diambil semasa habis separuh masa pertama.


Even tak menang and tak dapat ke third round, aku rasa penampilan Harimau kali ni semakin menyerlah. Betul, sangat lain dan tak macam dulu dah cuma nak kena improve sikit lagi la. Game tadi betul-betul nampak berterabur and once again, pemain Malaysia lack of confident. KHAIRUL FAHMI DID A GOOD JOB. Awak semakin hemsem dan saya semakin sayangkan awak. =')







Kalau Singa pun pandai berlakon, kitorang pun pandai. KAHKAHKAH menjadi sangat gambar ni. Pihak lawan sengaja melengah lengahkan masa, terang dan nyata. Agregat, sah-sah Singa menang. It's okay, aku berpuas hati dengan game kali ni sebab Harimau dah banyak improve. Nampaknya aura Mokhtar Dahari akan datang tak lama lagi. 
GOOD JOB HITAM KUNING.



Standing In The Eyes Of The World.





Chauuu cincauuu :)




Friday, 22 July 2011

ros merah dan McMuffin

Lima hari tak cukup. Sebab aku ada madu, Apip . Jadi sebagai ketua keluarga beliau perlu pandai membahagikan masa. Aku selaku bini pertama perlulah bertegas, malamni U nak dengan I ke dengan dia..? Baik U buat pilihan cepat.

Okay perenggan pertama agak over. Dah selalu dia je yang hantar aku berhijrah, jarang-jarang aku hantar dia sampai ke Larkin. 





# membawa Elmo sekali supaya dapat mengawal perasaan nanti dan sentiasa tersenyum seperti Elmo.



# kakak dan suaminya menjadi pengiring juga


# tersepit



Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar even aku tak tengok sampai bas dia berangkat pergi, sebab all of them was like dah la tuu kite gerak dulu ea, sabar ea. Tapi bagus jugak tu sebab perut pun dah lapar heheee.

Mekdi ni unik sangat sebab every single table kat situ mesti ada ros merah dan kain merah. Romantik ala ala candlelight dinner gituuu~ 
Maka beruntunglah mereka yang suaminya berada disisi untuk tembak gambar di sini. =')


ROS MERAH



McMuffin 




Chauu cincau :)


i miss you so much dear.

meroyan mengidam.

Sejak-sejak kerja ni laa aku banyak menggunakan perkataan "meroyan". Ni terpengaruh dengan Kak Ita laa ni. Memang aku mudah terpengaruh, katenye.


Memang betul lah dia cakap. Kalau dengan dia je selera aku kemain besauu lagi sebesar burger Whooper Black Pepper. So bila dia balik je, order aje dengan rakus takpe dia tak kesah muahahahaa. Lima hari tak cukup.


Berpusing jugak nak mencari tempatnye padahal dekat highway je. Nampak sangat tak pernah pergi yang dekat JB punya. Baguslah ada driver begini. Lepasni pergi London jom.





# saya mengidam ini bang.



# burger boleh di order mengikut saiz badan anda sendiri. Yang mana satu aku punya ce teka?


# Driver ini hanya mengenakan caj seikhlas hati, tak mahal tak murah. Untuk mendapatkan perkhidmatan beliau boleh misscall aku selaku pembantu peribadi. Masyeh.



Chauu cincauu :)







Friday, 15 July 2011

Tak semua.

Entri ini dicipta sejurus selepas aku balik dari kerja dengan harapan yang punah-ranah aku pun tak faham mengapa aku begini. B'coz I expected more than that.




Macamni laa, tak semua yang kita inginkan kita akan dapat. Ya, sekeras mana pun usaha, kalau dah takdir kau begitu, begitu jua lah takdirnya akan tertulis selari dengan APA YANG TERBAIK UNTUK KAU.


Kurang berdoa menjadi faktor terbesar. Usaha sangat kuat, sampai konon kononnye di puncak menara gading, tapi doa kau mane? Apa apa pun, yang menulis takdir tu Allah SWT. Yang menetapkan semua itu Allah SWT. Inilah masalah kau bila kau terlalu yakin. OVERCONFIDENT barangkali.


Mungkin semua ni sebab kau tak tetap pendirian. Istikharah berhari hari setiap malam namun tiada petunjuk diberi. Lalu membuat keputusan semua secara membuta tuli. Orang Capricorn memang begini?




Honestly aku tak expect langsung semua ni. LANGSUNG tiada dalam kotak pemikiran aku yang cetek. Bukan tak bersyukur kerana bertuah, tapi sejujurnya ini bukan yang aku minta. Aku tiada pilihan. Tak terfikir untuk menjadi sebahagian daripada mereka. Malah tak teringin langsung. Dunia menjadi gelap seketika. Perumpamaan kau ibarat dunia dah berakhir bukan? THINK WISELY AND POSITIVELY, Feeeee.




MAAF penulisan ini dilakukan dalam keadaan yang separuh sedar (bukan mabuk yang pasti) oleh itu aku dah melanggar tatatertib berbelog yang aku ciptakan sendiri. "Never ever story about your furious feeling".


Bak kata kakak tersayang Ezzatul Zhafiera : "Allah turunkan hujan untuk hadirkan pelangi.."


Dengar quote ini aku menjadi waras semula lalu berfikir tentang hikmah yang bakal datang dalam perjalanan yang akan aku tempuh. Seperti yang kau doakan, apa sahaja yang Kau tuliskan dalam takdirku nanti,itulah yang terbaik buatku. Aminn.





Sunday, 3 July 2011

Diskriminasi.

Sebagai percubaan aku apply semua job vacancy yang ada. Tidaklah terlalu desperate memandangkan tinggal lagi 2 months left dan yang sebulan tu dah start bulan puasa. Ada rezeki adalah. 


Entah kenapa semua macam pelik, "eh kenapa jauh sangat mintak kerja dekat sini, ape kat sana takde kerja dah ke?". Jiwa aku kat sini, kat tempat ni tak kisah jauh macam mane pun. Okay tipu aje nak sedapkan hati =.='


Lebih senang untuk be frank dan motif yang paling penting adalah untuk tidak menyusahkan pihak yang meng-interview. Tak perlu berbohong untuk mendapatkan kerja haa ni aku cakap sebab pakcik aku yang ajar, tapi aku takkan buat pun. Be frank lah seperti saya ada lagi 2 bulan aje free lepastu saya berhenti, saya pemalas tapi yang penting saya mencuba, saya tak pandai itu tak pandai ini, saya nak gaji RM800++ kalau tak saya taknak. 


Dan yang konon meng-interview tu pun haruslah be frank jugak. Disebabkan aku banyak pergi yang just walk-in interview je so tak banyak songeh sangatlah. Aku nak yang ada supervisor hemsemm tuuu mesti aku datang kerja hari hari lepastu taknak balik nak kerja ajeee sampai pengsan. =')


Diskriminasi terhadap aku, ya aku tersentap sejenak sebab aku tak pernah melalui pengalaman sebegini. Bukan sebab aku gemuk, atau kurang tinggi, atau kuat makan, atau pemalas, atau sebagainya yang membuatkan aku tidak diterima. "Sorry ea, kite taknak orang yang bertudung..". YA, ia satu DISKRIMINASI.






Chau cincauuuu :)