Entri ini dicipta sejurus selepas aku balik dari kerja dengan harapan yang punah-ranah aku pun tak faham mengapa aku begini. B'coz I expected more than that.
Macamni laa, tak semua yang kita inginkan kita akan dapat. Ya, sekeras mana pun usaha, kalau dah takdir kau begitu, begitu jua lah takdirnya akan tertulis selari dengan APA YANG TERBAIK UNTUK KAU.
Kurang berdoa menjadi faktor terbesar. Usaha sangat kuat, sampai konon kononnye di puncak menara gading, tapi doa kau mane? Apa apa pun, yang menulis takdir tu Allah SWT. Yang menetapkan semua itu Allah SWT. Inilah masalah kau bila kau terlalu yakin. OVERCONFIDENT barangkali.
Mungkin semua ni sebab kau tak tetap pendirian. Istikharah berhari hari setiap malam namun tiada petunjuk diberi. Lalu membuat keputusan semua secara membuta tuli. Orang Capricorn memang begini?
Honestly aku tak expect langsung semua ni. LANGSUNG tiada dalam kotak pemikiran aku yang cetek. Bukan tak bersyukur kerana bertuah, tapi sejujurnya ini bukan yang aku minta. Aku tiada pilihan. Tak terfikir untuk menjadi sebahagian daripada mereka. Malah tak teringin langsung. Dunia menjadi gelap seketika. Perumpamaan kau ibarat dunia dah berakhir bukan? THINK WISELY AND POSITIVELY, Feeeee.
MAAF penulisan ini dilakukan dalam keadaan yang separuh sedar (bukan mabuk yang pasti) oleh itu aku dah melanggar tatatertib berbelog yang aku ciptakan sendiri. "Never ever story about your furious feeling".
Bak kata kakak tersayang Ezzatul Zhafiera : "Allah turunkan hujan untuk hadirkan pelangi.."
Dengar quote ini aku menjadi waras semula lalu berfikir tentang hikmah yang bakal datang dalam perjalanan yang akan aku tempuh. Seperti yang kau doakan, apa sahaja yang Kau tuliskan dalam takdirku nanti,itulah yang terbaik buatku. Aminn.
betul tu pira . org capricorn mmg cmni kot :(
ReplyDeleteredha jelah .......
dear, mbye ad hikmah gan ap y jd dlm kamus idop ko..think +ve piera.. :)
ReplyDelete