Dalam komuniti yang sedikit tentunya kita akan cepat akrab walaupun kadang-kadang tu ambil masa jugak. Kalau komuniti yang besar pulak semestinya lebih meriah, cuma ambil masa untuk saling mengenali dan mencari yang boleh buat kepala sama. Cecontohnya dulu, masa kerja dengan company anak ayam tu aku paling rapat dengan Hilmi aka Roy. Jadi masa aku resign tu memang dia sorang ajelah yang dapat cam hadiah kenang-kenangan gitu lah, ececehh. Aku suka sangat tempat tu dulu, enjoy kerja dengan semua. Aku kalau dah suka dan sayang, aku akan tinggalkan sedikit kenangan biar semua tak lupa yang aku juga pernah menjadi sebahagian daripada mereka.
Kali ni pun aku nak bagi sesuatu sebab aku sayangkan tempat ni dan enjoy berada di sini. Komuniti kami sangat kecil dan mudah mesra akhirnya. Tapi...gaji semua dah habis. Takde kenangan sangat yang dapat aku bagi. Just kad raya je memandangkan aku resign pun time raya kedua. Tapi kad raya ni memang tak macam kad raya.
jeng jeng jenggggg.
macam kad salah cetak kan? Tapi aku suka kad ni, memang sesuai sangatlah aku nak bagi kat depa semua ni. Daripada awal aku kerja kat PLH semua suka-suka je tukar nama aku jadi Ira. Tak cukup dengan itu, depa panggil pulak aku Bieber. Okay, bibir. Benda ni dah macam jadi satu slogan la like
ingat-bibir-ingat-Ira. Kau orang tak tahu ke yang aku ada sisters-bond dengan Angelina Jolie? It's called sexy okaaaay. Jeles semua ni.
Selitkan sekeping gambar kenangan bersama. Supaya tak lupa muka aku ni =')
It was fun being a part of this family. Bila semua berkumpul tu memang tak macam kerja dah siap halau halau customer lagi. Hahaa! melampau kau. Terima kasih semua sebab menjadi sahabat saya walaupun sementara. Nanti aku datang melawat. Sumpah takkan lupa. Sayang semua =')
Chauu cincaaau :)
No comments:
Post a Comment