Wednesday, 28 September 2011

siblings :)

Orang selalu tanya aku ni anak yang keberapa dan kebiasaannya pertanyaan tu dorang yang jawab sendiri. Antara anak bongsu atau anak tunggal. Tu jela jawapan yang selalu aku dengar untuk aku. Hakikatnya, I'm the eldest. Agaknya aku ni nampak childish ke hape, mengada ke, eh tak tak gua brutal doe mungkin aku awet muda kot hemo hemo hemo :)

Umi anak tunggal so kau paham-paham lah orang tua-tua punya minded ; "probability anak dia ni pun sorang jugak nanti". 7 tahun aku membujang tanpa adik-beradik. Walaupun sunyi tapi sangat bahagia tak terkata. Dulu laa. Sekarang bawah aku berderet ada 3 askar.

Disebabkan jarak umur kitorang yang agak besar, maka selalu sangat takde persefahaman. Senang cakap aku ni memang kakak yang garang. Betul weh, semua tu tak suka kat aku pun. Sobbss. Pergi mana-mana pun memang tak boleh get along. Tapi aku ni kalau dengan anak orang lain kemain lagi layanan 5 bintang aku bagi. Yelaa, anak orang.~ Aku memang sukaaaa sangat dengan baby, omey omey je mereka ni. Tapi masa adik-adik aku kecik-kecik dulu pun takde nye aku bagi layanan lelebih. Mungkin sebab aku dah terbiasa dimanjakan sorang-sorang, macam takleh terimalah dengan kehadiran askar-askar tu.










Comel-comel kan semua ni? Rarrrrrr geraaaam. Tapi bukan adik-adik aku, anak-anak orang, aku pakai sapu je sebab sukaaa sangat. See? Layanan yang diberikan sangatlah berbeza sampai Umi pun sedih cakap buat adik-adik ni macam musuh. Hmm. 

Sampailah masa aku Tingkatan 3. Petang tu aku balik lambat dari sekolah sebab ada latihan kawad. Sampai je rumah tengok penuh je dengan selipar budak-budak. "Ini mesti kerabat si Iwan ni..". Ruang tamu kosong. Bilik Iwan lagilah kosong. Yang bising-bising dari bilik aku ajelah. Memang nak kena, pantang betul orang masuk bilik aku main redah je, bawak kerabat segala. Bibik dah geleng kepala takut aku meletup aje. All of sudden,aku terberhenti depan pintu bilik. Terdengar...


A : Wan, kakak kau tak marah ke kite main-main dalam bilik dia ni?

I : taklah, kakak aku baiklah..



Panas airmata mengalir laju. Sangat tersentuh. Sejak diorang dilahirkan, sekejap je aku berbaik dan selebihnya, hmm. Sememangnya aku seorang yang sangat panas baran dulu, tak matang, ada je nak memberontak. Sebab tu aku memang taknak rapat dengan diorang. Selepas insiden tu, aku cuba menghargai apa yang aku ada. Ya, kau akan lebih tenang jika begitu. Sekarang Alhamdulillah, walaupun tak serapat macam siblings orang lain, tapi bolehlah get along sikit-sikit. Yelaa askar-askar aku semua masing-masing baru nak membesar kan, aku pun dah matang (ecess). Aku perlu consider paling banyaklah sebab aku paling yang tua, dorang semua kecik-kecik je lagi. Gaduh-gaduh tu biasalah sebab masing-masing ada kepala angin, tapi air digelek dek steamroll takkan penyek kan? 






# comel je alahhai adik-adik ni. Rindu semua =')


So peeps, hargai siblings anda semua seadanya. Kadang-kadang kata-kata kita tu akan jadi doa, ingat yang kita semua milik Allah. Menyesal apa pun tak guna kalau Dia tarik balik milik-Nya. 

Aku pun pernah melalui zaman jahiliah jugak, kalau tak suka memang menyumpah habis. Teringat kawan masa muda dulu, dia cukup bencikan abang dia, hari-hari kalau gaduh dia cakap MAMPUSLAH KAU kat abang dia tu. Esoknya, abang dia meninggal dunia sebab eksiden.
Astaghfirullah, renungan bersama ya :')

Chauu cincau :)

No comments:

Post a Comment