Monday 24 October 2011

Langau Dalam Kelas (LDK)

Aku ni macam takde benda lain nak bagitahu, aku stresssss dengan segala study segala prsentation segala bagai segala... (aura negatif sila tolak tepi).
Hari Ahad lepas ada program apetah namanya and then ada LDK alaah kau tahu lah UiTM kau ni suka sangat buat aktiviti yang berfaedah pada hujung minggu *jeling jeling. Masa dekat Audi ada ceramah, macam biasalah student ni nak timbulkan keinsafan pada diorang senang aje. Kau letak je lagu pasal ayah,ibu,ummi,walid,abah, lebih cool lagi daddy cool. Ada satu part ni, penceramah tu suruh text benda-benda ni kat parents..




Truth or dare? haa macamtu. Kompom ramai yang taknak hantar mesej ni, persepsi kau orang semua sama je macam aku. Takut kena setepek buang tebiat atau kebarangkalian anak aku niiii eh tak boleh jadi niii. Okay. Semua dah send mesej ni kat parents masing-masing. Halamaaak tak delivered kat Ummi delivered kat Abah aje sebab henpon Ummi rosak dan dan itu.

reply : 
"Abah sentiasa doakan kejayaan Atie, jaga diri baik2. Hp umi rosak utk makluman."




Okaaay Abah reply jugak sepatah dua kerat ayat polis dia. Kawan-kawan yang lain semua makbapak siap reply panjang berjela-jela disertakan sekali dengan nombor akaun, smiley yang kiut miut, ada yang mmuah muah itu lagi kiut. *sigh.hmm. Ada lagi yang mak dia terus call lepas dapat mesej tu ingatkan macam concern gila lah  rupanya mak dia rabun tak nampak apa yang dia send. *sigh again. Takpe Abah kat ofis kot tengah kerja and henpon Ummi rosak. Paham. Paham.


Tak tahulah kenapa kawan aku yang dekat Uitm Penang tu cakap LDK (Latihan Dalam Kumpulan) tak best. Ehhemmm kawan~ Okay je, best je aku pergi, lagi-lagi dengan all the classmates memang very the havoc kaaaauu Jaaaaah. Selepas melepasi fasa-fasa kebahagiaan masa LDK tu, fasi suruh pulak buat something yang...scary. 



"Andaikan esok hari anda MATI. Maka hari ini akan menjadi hari yang terakhir bagi anda. Tuliskan surat wasiat anda kepada sesiapa sahaja yang diingini.."





Aku punya wasiat ni memang cenggini jela aku buat. Kalau buat betul-betul mau melalak berguling-guling meroyan aku. Gua memang macho beb tapi bab-bab gini gua sensitip. Sentaaaaap. Ariff orang pertama yang volunteer untuk baca surat wasiat dia tapi aku takdela sentap sangat sebab dia buat surat wasiat untuk wife dia. I mean, wife-in-future. Tapi bila sampai turn Izzat baca, sentap beribu kali sentap aku. Cerita kita sama Jat. Surat yang sepatutnya aku tulis pun hampir sama. Satu kelas rasa. I know you reading this Double Z, ehhemm ='D


Habis je LDK, check henpon halaamaakk ada seplo misscall. 

"Ummi kat River Cruise ni... bessstttt :)"



Okaaayyy semua pun dah pandai nak buat surprise kan sekarang. Cium kang. Straight lepas dapat mesej yang aku send pagi tu,Abah terus berkejar balik rumah belikan Ummi henpon baru untuk forwardkan balik mesej yang aku send and then packing ramai-ramai datang Melaka! Yang aku dok envy gila parents semua orang reply berjela-jela siap call lagi muahmuah lagi, parents aku lagi hebak laksmana terus datang sini! Kau adaaaaaa?? *kerek kerek.



I love you all. SO MUCH. Thank you Allah =')



p/s ; baru seminggu tak balik rumah. Wuuu wuuuu~


Chauu cincaau :)

5 comments:

  1. haha. lawak ade. sedih ade. terbaik la fira !

    ReplyDelete
  2. you're so cool feeraaa :D

    ReplyDelete
  3. tengkiuuu awak awak sayang. muahh muahh utk awak awak pulak :D

    ReplyDelete
  4. mula-mula baca surat wasiat kau tuu ann opkos aku terus cari nama aku..hehehe muahhh muahh muahh love you ada nama aku!!!!!!!! :)

    *kenapa laaa kemre kau tuu xwasiat kat aku??!! HAHA :D

    ReplyDelete
  5. aku ade .. HOHO.. parent akku yg nak dtg dulu kann

    ReplyDelete