Dah mula merasakan tekanan sebagai pelajar semula. Buat pertama kalinya aku rasa lebih rela hidup kat matriks sampai tua sampai aku habis PhD. Melampau kan matriks ada PhD segala. Berat badan bertambah lagi bertambah tekanan. Okay even aku takde pergi timbang berat badan pun. INSTINCT.
Aku dari kecik lagi Mak yang jaga sebab masa tu Umi masih study lagi and Abah baru start kerja so masing-masing busy manjang maka jadilah aku sekadar di pinggiran. :’)
Mak sangat baik sangat caring. Aku dari kecik sampai ke besar ni laa manja lagi dengan Mak. Walaupun masa tu dia ada anak yang sebaya dengan aku, dia lebih prefer jaga aku berbanding anak dia, aku kan mengada lebih. Aku memang suka dengki budak tu, time time dia dah masuk buai, dan dan time tu jugaklah aku pun nak join masuk jugaaak. Sangat efektif hentak-hentak kaki, guling-guling 25 saat lepastu buatlah macam kau tengah meroyan. Yaaayy dapat! Bertuaaah anak =.=’
Semua ni Mak yang cerita balik masa berjumpa awal tahun ni. Dan saya sangat tersipu-sipu macam siput tak tersedut sebab dah tahu yang dirinya akan di gulai masak cili padi. Saya dah bagitahu belum yang anak Mak yang saya suka dengki itu adalah LELAKI? Okay sekarang fahamlah kenapa aku tak jadi panda tapi jadi siput. Merepek dah kbai.
Lepastu memasing macam alaaahai dah besaa anak kau Jaaaah, molek dah ni buat bini ehhem ehhem seterusnya ehhem ehhem sebaya pulak tu ehhem ehhem dapat merapatkan silaturrahim antara kita *okay I make this sentence more annoyed! OMK OMK OMK (Oo Mak Kau) macamana ni, jodoh rupanya dah ditentukan sedari kecil lagi bagaimana iniiii. Okaylah sebab anak Mak (Mr.A) hemmsemm doee boleh tahan, sopan santun,rajin dan yang paling best minat kami sama terhadap seni. Perlu break-up terus dengan pilihan hati sekarang jugak ASAP . *Kejam.
Aku ni perut beruang, Umi sibuk belajar jadi aku pun kurang dapat makanan tambahan. At the end baru aku dapat tahu, aku anak susuan mak. Maknanya, aku dengan Mr.A tuu sibling susuan. Sedih sedih sedih wuuuwuuuu T____T"
Tak payah nak sedih sangatlah kan! Hahaaa :D
Kesimpulannya ; JODOH DI TANGAN TUHAN.. Insyaallah yang terbaik. :)
ewaaah konon duduk jauh-jauh, malu letewwwwww~
*mati aku kalau dia baca ni, memang sampai ke tua aku tak datang rumah dia lagi =/
p/s ; rindu kat Mak ngan Aboh.. :'(
Chauu cincau :)
No comments:
Post a Comment