Monday, 28 November 2011

Pussy Twilight

Cuti-cuti Malaysia ni wajiblah balik ke JB. Stress memikirkan hal-hal yang berlaku. Preparation untuk test Eco aku tak sempat nak buat apa-apa. Sama je pun dengan test-test sebelum ni tapi Alhamdulillah semua okay je walaupun test Law fail (=.=') Sumpah selama aku hidup rasanya tak pernah aku jawab test dengan satu hape patah pun aku tak tahu menahu pasal soalan tu. Dengan penuh kudrat aku hanya menggunakan ilmu-ilmu masa Form 5, masa matriks semua. Sekarang, BERSERAH.

Tak paham aku kenapa manusia-manusia sekeliling aku dok sibuk nak tengok Twilight yang tengah ada ni. Yang si Jaja nye, aku pahamlah lagi kan alah biasalah ompompuan, fanatic jadi sarcastic jadi lunatic segala tic bila tengok cerita-cerita cenggitu. Yang aku tak paham Encik Masterchef pun dok tergila-gilakan cerita tu. Guyssss? Hampehh~




Dalam hati dah plan siap kau nanti aku nak meroyan jugak nak tengok Puss and Boots siap kau siap kauuu. <---- Queen Control.




# ehh bukan Pussy yang ini, walaupun omeyy olololoooo~



# Pussy


Dua tempat dah pegi, dua-dua timing tak bagus sebab dah nak maghrib lepastu cinema tutup awal sebab Awal Muharram. Plan memang nak balik awal, pun sebab Awal Muharram. Okayy last-last dua-dua pun tak dapat tengok hahaa padan muka kaaau padan muka kauuuu -____-






# mata ada macam rimau tak? Aummmm~ -___-


Chauu cincau :)








Saturday, 26 November 2011

Patah Seribu guitar chord

Intro : G D Em C D

G D
Walau kau tiada di sini
Em C D
Ku tetap ingat semua pesanmu
G D Em
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
C D Am
Bisikan kata kepadaku
Em C D
Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Am Em C D
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

Chorus
G D
Oh.. patah seribu hatiku
Em C D G D
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Em C D G D Em C D
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

G D Em
Biar pergimu tanpa relamu
C D
Namun hatiku tetap rasa
G D Em
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
C D Am Em C D
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Am Em C D
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan

G D
Patah seribu hatiku
Em C D G D
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Em C D G D Em C D
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

G D Em C

D G D
Sayangku mohon padamu
Em
Segera tinggalkanku
C D G D
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Em C D G D Em
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
C
Pergilah




Menjadi kegemaran sejak beberapa ketika ini. Ye aku sangat gemarkan lagu-lagu akustik berbanding lagu yang pung pang pung pang dengan penuh kecelaruan hehee membebel. Just wanna share this song. Enjoy!


take note ; gitar chord ini diambil dari http://nuyuljana.blogspot.com/ . Thanks Jana! =)




Chauu cincau :)

Monday, 21 November 2011

Sebelas Benda (11 things)

Benda ni dah lama aku perap, simpan sampai jadi pekasam. Maklumlah saya kan busy. Hihiii. Aku tak pernah main benda-benda tag ni tapi bila di tag oleh akak Ain Syafiqah omey ni macam best pulok tengok dia buat kan. Meh sini aku buat kesinambungannya.



1.You must post these rules.
2.Each person must post 11 things about themselves in their journal. 
3.Answer the questions the tagger set for you in their post.
And create eleven new questions for people you tagged to answer.
4.You have to choose 11 people to tag and link them to the post. 
5.Go to their page and tell them you have tagged him/her.
6.No tag backs. 
7.No stuff in the tagging section about 
'You are tagged if you are reading this' you legitimately

(a.k.a really, trust, with all honesty) have to tag 11 people

Sebelas je? Selalu aku bagi beriban-riban. Cewahh macam orang nak tahu sangat kan pasal kau ni, bluekk. Ini pun sebab akak comel AinCapikah ni yang tag kat aku. Thanks awak! =)

1.     The most difficult thing for me is to write the first sentence. T__T
2.      Addicted to LS! (Lisa Surihani). It’s an obsession actually. grrrr
3.     Sometimes I bath once a day. BIG LOSER
4.     I’m a loner traveller. Mungkin boleh sampai ke luar negara seorang diri satu hari nanti.. ^.^
5.     Cats lover. Meoowwwwww~
6.     I’m not a shopaholic.
7.     Perasan kurus.
8.     I’m not interested in sucha K-POP and other Korean things. In fact I hate it. Sorry peeps!
9.     Photography is a hobby to me.
10.  I hate sports. Lari dalam guni je aku lepas.
11.  Saya suka makan sos J


Haa ni soalan daripada Kak AinCapikahOmey. Ikhlas taw kite jawab =)

1.            hadiah yang paling korang tunggu tunggu sekali yang diberi dari seorang yang korang sayang ?
  • GITAR. Yamaha punya yang latest punyaaaaa. AWEK tolong belikan wek *wishing

2.            ada bantal busuk tak buat peneman tidur ? *jujur!*
  • takde. Baju busuk ade. bhahahaa

3.            style yang macam mana kah yang korang nak sangat gayakan ?nyatakan dengan terperinci .
  • HOPPERS. RAPPERS. Macam BLINK 125 tuu. Baju besau-besau suar londeh-londeh, pastu pakai cap and pegang skateboard. Pehhh gua paling macho.

4.            apa yang wajib ada dalam handbag atau bag korang ?
  • wallet, henpon, kamera, hand sanitizer, tisu, sos cili sachet. Errrr? Betul saya tak tipu.

5.            ciri ciri lelaki atau perempuan yang macam manakah yang ingin di buat sebagai teman hidup ? bak mai 5 ciri ciri .
  • Ehemm satu. Beriman dan membimbing.
  • Ehemm dua. Poket banyak duit berkepuk-kepuk.
  • Ehhem tiga. Pendiam tapi kelakar. Penyabar tapi tegas.
  • Ehhem empat. Pandai memasak dan mengemas. Hachuuuuuum!
  • Ehhem lima. Vocal bukan sekadar rupa. Ehh, bukan. Kalau tak hemsem pong takpe janji SETIA.

6.            makanan yang paling korang suka makan .tak boleh hidup kalau tak ada benda ni .
  • AYAM. How do I liveeee without youuuuu ciken..

7.            suka aaron aziz tak ??sebab apa suka dan sebab apa tak suka ?
  • boleh laaa. Sebab dia hemsem tu je, takde gila sangat kat beliau ni.

8.            cinta pertama korang pada umur ?
  • 5 tahun. Pakwe mase tadika aku tuu comel tau dia pakai songkok.

9.            artis yang paling korang benci sekali ?
  • kejap pikir. Takde takde.

10.          nama yang korang tak suka orang panggil korang ? nyatakan .
  •   my middle name.


11.          lagu yang mengingatkan korang pada si dia .
  • yang terindah =’)



Ok habis! Sekarang kau kau kau, jawab yang ni pulak. Aku memang jenis malas nak buat soalan, in fact aku tak reti pun buat kejadah-kejadah ni. Maka aku buatlah soalan choices, nak jawab benda lain pun boleh, nak bagi reasons pun boleh. Pilihan terletak di tangan anda. *eee ape aku buat niiii hakhakhak*


1. awak : manja atau brutal?
2. prefer : hitam atau putih?
3. stress : shopping atau makan?
4. sokong : Manchester United atau Real Madrid ?
5. selamatkan siapa dulu : best-friend atau boyfriend?
6. praised : Khairul Fahmi atau Ricardo Kaka? :D
7. tenang : Bandar atau kehijauan?
8. jodoh : pilhan sendiri atau ditentukan?
9. mana penting : air atau makanan?
10. pilih : rupa paras atau harta?
11. penting : henpon atau laptop?


saya tag anda :

  1. Anne
  2. Meera Awang
  3. nuruleareyin
  4. iman
  5. Airin Johari
  6. Aten Rahmat (mok)
  7. Ezzat double Z
  8. Pelangi DIhatiku
  9. Raja Nana
  10. Edy
  11. Nuyuljana


chauu cincau :)

Thursday, 17 November 2011

rupa bukan sekadar umur

I, I love you like a lesung beyybeyyyh *menyanyi*


Macamnilah kehidupan aku sehari-harian. Busy busy pun mengada nak update. Next week ada test lagi maka aku akan terus berkampung di sini. Untunglah kalau aku duduk diam-diam kat rumah bangun pagi, study, makan, tidur, bangun lepastu study, rehat kejap lepastu study balik, eh taak, tidur dulu sekejap lepastu study lagi dan makan lagi. Hebak mu nih hebaaaak.

Malam tadi birthday Fana maka tanduk memasing nampak jelas yang paling ketara. Nak jadi apa budak-budak zaman sekarang ni. Tapi apa-apa pun eksperimen Berjaya dengan jayanya, ohh ya aku dengan yang lain buat eksperimen. BUDU CAMPUR KOPI gua cakap lu bau dia perhhh. Tak tertanggung rasanya. Aku yang dah bertahun (laah sangat) memegang jawatan sebagai perosak majlis, ini kali pertama aku kalah dengan eksperimen yang aku buat sendiri. Tahniah lah Malaysiaaa =D

Sentap beribu kali sentaaaaap bila kat food court tadi ada abang hemsem nih, hemsemmm. Macho, kachak bergaya. Rasanya umur beliau dalam 22 ke atas gituu. Letak beg dekat kerusi depan aku. Meskipun kami tidak menghadap bertentangan namun beliau sangat peramah dengan kata-kata dan senyuman yang manis. MANISSSS.  

akak, tumpang letak beg kat sini kejap ya. Eh, akak amik course apa ya?”

Hantuuuuuu mamat ni kau panggil aku kakak. OMA OMA OMA (Oh Mak Aku) apa silap aku hari ni. Adakah kerana aku pakai baju kurung Umi? Atau silap tudung sarung malas ni? Atau aku nampak kurus tinggi justeru kelihatan lebih berumur? Atau aku nampak gemuk pendek lalu beliau klasifikasi kan aku sebagai kakak-kakak? (tiada kaitan harap dimaafkan). Bukan apa, selalunya aku dapat title yang lagi muda cecontohnya “Form 4 ea?”,  eh tak muda sangat tapi lebih kuranglah sebab aku kan awet muda. Hewwhewwww ^.^


chauu cincau :)

Friday, 11 November 2011

muslimah pre-shoot

 Semalam raya Aidil Adha. Hari ni sehari selepas Raya Aidil Adha jadi pahala masyuk lagi. Pagi tadi nak online fesbuk tahu-tahu gua masuk password tak boleh. Oh it has been hacked by some immature people some stupid people some missing identity people and obviously some sh** ppl. Vavi vavi vavi vavi vavi. Okay dosa kering lebih masyuk dari pahala. -___-


(harap maklum entri ni dah tersimpan jadi pekasam sejak raya haji harituu. So kau buat buat lah baru lepas raya haji ye. Ooo semalam rayee..) hewwhewww~



Sempena Raya Aidil Adha ni adalah buat projek sikit dengan modelss baru saya, Kak Farah. Self-photoshoot dibuat di Hutan Lipur Gunung Berlumut, Johor Bharu. Ketengahkan gaya muslimah. Ececehhh~













and last but not least,



errr. err?


Chauu cincau :)

Independence Cup Debating Championship (ICDC)- Part 2

Alangkah lamanya berkurunnya untuk entri ICDC Part 2 ini. Biasalah aku pakai berukband sahaja, nak tunggu line laju-laju lama-lama darah aku pulak yang naik laju. #sayasayangberukbandsaya.


Penghargaan untuk pengalaman. Alhamdulillah we all made it. Hantar 4 team, 3 dapat break, 2 dapat masuk semi, 1 masuk final. FINAL : WIN! 4-3-2-1 cun~






Tahniah buat semua debaters. Matlamat utama adalah nak dapatkan makan free aje, lepas dah jumpa macam-macam match dalam macam-macam round, mesti rasa nak menang tu ada. Mesti, sampai ke titisan air liur yang terakhir!





#BACC AUDIT


#BACC TAX : Quarter Final


#BACC MAF : Semi Final


#BACC FAR : Final & Champion!
yesss you all go veryyyy faaaaaaar :D



# Congrates guysss for the FIRST winning in FIRST trial & FIRST experience!
Lepasni ada tournament lagi nak pergi taaaak? ='D


# THE DEBATERS. Aummm~


Chauu cincau :)

Monday, 7 November 2011

Independence Cup Debating Championship (ICDC)- Part 1


Cerita yang dah lama tersimpan tersimpul rapi, tapi sebab banyak gambar, nak cerita jugak. Hehehee. Just wanna share my new experience-DEBATE. 
Entah macamana boleh terjebak dalam hal-hal begini. Debate tu yang lawan-lawan cakap orang tu? Oh tidak saya seorang yang mendengar kata, tak pernah lawan cakap orang (LOL). For the sake of our faculty Accountancy, ramai-ramai satu kelas join this ICDC. 

Awal-awal lagi trainer dah bagi pressure kau mesti menang, kau mesti menang, kepala hot awak. Again, for the sake of our faculty.



#first day. first round.


#the best-est trainer. #prep time.



We've done our best. Alhamdulillah, team aku sampai ke quarter final.
"Laaa, quarter final jeww? apelah sangat.." Well hello, DUDE. This is our first trial and we only been trained just four days ONLY. Benda-benda yang aku sendiri tak pernah tahu yang tuu lah jadi motion buat debate seperti PM Aussie, chemically gastrade, death penalty, PPSMI, Obama, and the humorous one JUSTIN BIEBER. huhh?


There's no intention to show-off-ing, tapi masa ICDC ada 16 teams and ada jugak yang dari UITM KAG. Bermati-matian lah kau dengan berkata-kata itu. Macam senang kan nak jadi Top 8 team? sebab tu kau orang cakap macam-macam. Awak awak tak rasa susahnya..







#pihak lawan. grrr grrr 


#bersembang kencang.


#our savior. Loooooveee Pipaaaa!


to be continued..
Chauu cincau :)