Friday, 4 November 2011

Nasi Lemak Kukus

Hokay dah mid-sem break barulah boleh meng-hapdet dengan aman. Kelas aku sangat special case kerana kami bukanlah terdiri daripada pelajar semata atau kanak-kanak berebut biskut atau bakal lawyer, tetapi kami adalah SATU FAMILY. =) *sweet kan aku cakap macamni, kan kann.

Maka wajiblah sesebuah keluarga itu ada pangkat atau jawatan yang dijawat. Sebagai contoh kalau siblings pangkat yang paling tinggi tu Along. Bukan Along Bukit Beruntong, eh bukan bukan. Entah dari mana datang perkataan Along tu, mungkin sebab...
Abang + Sulung = Alung atau Kakak + Sulung= Kaklung.
Bukankah sepatutnya sebutannya begitu? Adakah kerana abang atau kakak itu seorang yang panjang(tinggi) maka jadi A-LONG? Arrhhhhhh. Cuba kau try panggil abang atau kakak kau macamtu. Panggil banyak-banyak kali. Ahh cerita  dah jauh menyimpang. Beberapa hari yang lepas adalah birthday Acu (Syafiq) so kami sefamily ramai-ramai lah pergi celebrate. Arhh yang ni lagi satu dari mana datangnya perkataan Acu? Arhh stress stress. 





 #left : with Papa. right : FAMILY :)





 Aku pun tak faham macamana sebiji cupcake yang kecik tu boleh terhumban ke muka-muka semua orang. Kalau sebiji kek? Kalau sebiji kek Secret Recipe? Arhhhhh. *craving.


Ini Mama. Superb-Mama-Wani. Mama yang sangat penyayang dan adorable juga kadang-kadang bikin sebel. Tengoklah bagaimana dia treat Acu, Acu kan birthday boy mestilah Mama layan Acu lebih, yang lain semua anak tiri jadi jangan harap nak dapat layanan cenggini. Tapi ini semua hipokrit belaka. Mama cuma tunjuk baik.



Nampak permainan dia? 
Ketepeeeek sebijik telur atas kepala. 




Mira cakap dia adore gila dengan Punk music style jadi dia ingin mencuba style rambut trojen yang "masih terpacak lagi" maka atas dasar itulah telur ada di kepalanya.








HAPPY BIRTHDAY SYAFIQ! =)


Chauu cincau :) 

No comments:

Post a Comment