Tajuk entri pun dah macam good good aje macam kau kat mana sekarang? Hotel? Obersea?
Dah cuti lelame ni baru terasa kenangan tu datang bertaut kembali. Ececehhh. Seronok sebenarnya bila stay satu rumah satu kepala even kadang kadang tu adalah jugak scene scene yang over the limit sampai haru biru kelabu semua. Biasalah, asam keping (garam senonye) dalam rumah tangga. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula banyak lagi benda yang nak digigitnya. (?)
# This is our first first first merely first picture =')
Rumah kitorang ni macam zoo. Macam macam binatang ade dan yang paling glamor tak lain tak bukan Panda lah.
#kan dah cakap tadi.
Housmate aku ni sebenarnya ada 10+1 orang. Eh tak tak bukan sebelas tapi sepuluh campur satu orang.
Wawa.Yana.Nisa.Nana.Adeq.Fana.Chua.Maria.Effie.Doth + kawan Doth.
Takpe tak payah faham. Orang-orang rumah aje yang tahu. Hahaha
Atoiiiih *sambil buat bunyi kawan Doth
# This are my room mates. And the best-est roomates ever. Mana pernah jumpa manusia yang setuju main tukar tukar katil first round sampai third round? Tak ada, kitorang je =')
Tapi masing masing dah ada haluan sendiri, walaupun at the end tetibe rasa macam alahhai sayangnya jom satu rumah balik. InsyaAllah ya. Dan di tempat ini, saya rasa satu perasaan yang saya tak pernah alami. Perasaan mempunyai kakak. Kan adik adik semua? Gua anak sulung bhai, mana pernah rasa. Ingin daku nyatakan, walaupun kakak kakak ku kuat membebel, walau kakak kakak ku suka menyanyi tak kira tempat, walau kakak kakak ku kuat makan, lobang idongmu totap menjadi pojaan hatikoo (okay it's not funny).
I LOVE Y'ALL
ONE COMELs FAMILY :')
p/s ; Dalam gambar gambar ni ada yang takde. Gambar kitorang banyak, tapi semua seksi seksi belaka hahaa so ini sahaja yg dapat di tontonkan.
Chauu cincauu :)
No comments:
Post a Comment