Tuesday, 2 August 2011

Beralih Arah

Dugaan berganda ganda ya bekerja di bulan puasa ni. Itulah mengada sangat nak kerja hamek kau sampai dah buat kontrak (kontrak lah sangat) kerja sampai raya. Gua okay je bro kerja time raya gua takda hal *dalam hati menangis T____T"


Nasib baik jugak tak kerja dekat kedai kedai makan ke restoran ke kaaaan. Pernah jugak terlintas nak kerja balik kat tempat lama dulu memandangkan manager lama bersungguh sungguh meroyan merayu suruh kerja kat situ hehee berlagak sikit. 





Katalah kerja balik kat tempat ni memang pehhhh pehhhh tak menahan bagaimana mahu teruskan kehidupan di bulan puasa. Seriously memang best zaman zaman ayam aku dulu sebab geng kat kfc memang superb. Start kerja sini jugalah badan aku mula naik mendadak macam badak.





Dengan itu aku membuat keputusan YA AKU PERLU MENJAUHKAN DIRI DARIPADA RESTORAN MAHUPUN GERAI MAHUPUN MAKANAN. Pendek kata nak diet laaah. Konon laaah.



Sekarang aku menempatkan diri di PoloHaus Jusco Bukit Indah. Ha'ah weh memang hari hari aku haus duk situ. *Haus in Jerman means house.
info Zack yang bagitahu, kalau silap memang salah dia.







It's kinda fun being part of this family. Walaupun masa first time kerja aku merasakan seperti laaah macamni ke keadaannya? baik takpayah kerjaaaa =.='
Kerja butik biasalah, ada customer ada kerja takde customer takde kerja. BORINGss. 

A : kau nak gi mana tu?

B : aku nak pergi melepak kat tempat kerja aku.


Lihatlah betapa rileks nye bekerja sebagai promoter di Polo.




Kan aku dah kata? PoloHaus belum keluarkan lagi perfume okayyy. Ni kerja Zizi laa ni dok melelong perfume perfume ni kat butik. 






Kalaulah ada tengok entri yang lepas, den ada cakap pasal supervisor den yang hemmsemm tu di SINI. Hemmsemm bagaimana?


TADAAAAAAAAAAA!
Hemmsemm kann kan? HAHAA muka boleh tahan tapi perangai nauzubillah.
Memang I judge a book by it's cover.
Takdelaa dia ni perangai keanak-anakan sedikit, layan kepala memang gila.
Susah nak jumpa boss yang sporting begini, jadi we all panggil dia Zack Meroyan. =)

RumahPolo ni ada dua, aku jaga Polo for Men dan ya kalau bernasib baik dapat cuci mata tengok customer yang hemmsem dan kayo.


#Polo for Ladies & Kids.



As you can see, kami terapkan SATU MALAYSIA di sini.

Epul supervisor kat Ladies. Walaupun beliau baru saja bekerja di sini tapi dia ni jenis easy going person, memang takda haaaal lah nak buat geng berjalan kaaaan. Perangai pun lebih kurang je cuma beliau baik sikit hehee.









to be continued......


Chauu cincau :)













No comments:

Post a Comment