Monday 5 December 2011

Dinner MEBA 2011


Member of Bachelor Accountancy lah ni mengada buat dinner. Budak-budak innocent ni kalau tak pergi pun takpe kan. Masing-masing kau tahulah liat bebenau kalau disuruh bayar itu ini dengan bermacam alasan diberikan. Cuba kalau ajak pergi shoping beli baju untuk dinner, yang tak pergi dinner pun sibuk nak bershoping jugak.


Apa-apa pun memang best sebab dapat vogeh vogeh gituu hewwheww. Berpuas hatilah sebab memang kenalah dengan 50 hengget yang kau laburkan tu. Kenyang sokmo makan lepastu rembat sebemban aiskrim mahal. (tak boleh bawak pegi hotel budak-budak ni)


Orang lain semua merah hitam merah hitam. Aku simple je, pakai baju masa dinner kat matriks. Lari tema betul aku ni. Just tambah-tambah aksesori bagi menyembunyikan yang aku pakai baju tahun lepas. 




Shawl yang sangat disayangi, Umi belikan masa kat Turki nun, aku tak pernah pakai pun. Sebab nak jimat kos dan kena dengan baju, pakai jelaa.
#Mira cantik kan even tak mekap? =)



#retisssss



Ehh ini barulah retiss sebetulnya! Ijat perform lagu Harapan- Fazli Zainal tu walaupun aku selaku performance assistant (lantik diri sendiri) naaaak sangat kau nyanyi lagu Just The Way You Are. Grrrrrrr Puan Zaharah sabotaj! Teeeeeet.


#Bruno Mars ehemmm



# ouhh walau dimana jua anda berada jangan segan jangan pilu makanlah seberapa banyak yang anda inginkan walaupun perangai anda sebenarnya memang suka makan banyak. Tak payah nak cover sangat *sekali lagi, jangan bawak budak ni pergi makan kat hotel*



#Wonderberuangss (wondergirls)



# Terima kasih atas sokongan anda selama ini untuk Fee dan kerjaya Fee. Single yang kedua Fee iaitu 'Ku Kunci Rindu buatmu Dengan Mangga Loker'
akan di launch kan tak lama lagi.
 Insya-Allah tahun depan menang award lagiiiiii

*harkkkkk tuihhhhhh wekk wekkk




Thanks for the night girlssss and guysss! Love you olllsssss, nanti kite organize dinner yang tak payah bayar ape-ape nak? ='D


Chauu cincauu :)

1 comment:

  1. fee kita nak sign & nak tangkap gambar dengan fee bolehh takk?? kita minat sangad-sangad dengan fee..wooowooowowooww!

    ReplyDelete