Aku cuba untuk ingat kembali apa yang Lanie pernah share dengan kitorang. Maaf kalau ada info yang tersalah sikit-sikit.
On that date, 19th March 2010, Lanie, Rara and kawan-kawan yang lain plan nak spend time together. Alaaaa, biasala hujung minggu. Ada yang pergi camping, ada yang pergi shopping, ada yang pergi clubbing, but they choose to go for cycling. Diorang pergi kat area Mahkamah Shah Alam tak salah aku. Ada orang cakap tempat tu keras. Tak tahu lah, orang cakap. Semua tempat kat Shah Alam pon keras, nak nak rumah teres kat Seksyen 2 tu. Melayu buat terok sungguh. Eh, tapi Lanie pon pernah cakap tempat tu keras. Okay, back to our topic. Diorang pon enjoy cycling kat situ. Out of sudden masa tengah have fun, Rara terduduk and sesak nafas. Yes, diorang sedia maklum tahu yang Rara ada asthma, dan mungkin ni asthma attack yang normal. Rara minta hantar dia pergi hospital terus sambil tahan sesak nafas tu. Masa kelam kabut tu, Lanie suruh kawan dia ambil kereta while Lanie tanya Rara nak dia buat CPR tak memandangkan Lanie tahu how to do it. Tapi Rara cakap tak payah and terus ulang minta hantar dia kat hospital. Masa dalam kereta Lanie sempat cakap-cakap lagi dengan Rara but then, Rara diam and mulut dia dah berbuih-buih. Sampai je hospital, doktor cakap dia dah koma. Lanie cakap doktor tu rasa masa dalam kereta dah kena dah. Imagine how will you handle the situation? Your BFF yang gelak sama-sama masa pagi tadi, now dah koma and the only thing you can do is stare at the weak body......
Rara dikenali sebagai seorang gadis yang bukan sahaja cantik, tetapi ceria dan memiliki personaliti yang disenangi semua orang.
Namun, seperti yang dikatakan, kita hanya mampu merancang, Allah SWT yang menentukan segalanya. Rara kembali kepada penciptaNYA semalam.
Sejak tahu pasal arwah ni, aku terus-terusan google tanpa henti, siapakah gadis ini? Mari buat pedoman untuk hidup, peringatan kepada diri, serta penghormatan terhadap arwah. AL-FATIHAH.
"Aku ingin perbetulkan diri ini.."
No comments:
Post a Comment