Walaubagaimanapun jua, aku harus mengubah nasibku. Umi pun agaknye dah boring kot tengok aku bergolek golek aje makan gaji buta disamping aku juga berfikir yang aku telah menambahkan peratusan pengangguran kitaran yakni pengangguran semulajadi (barangsiapa yang amek subjek Econs akan faham).
*****************************************************
Alhamdulillah test hari ni berjaya (kali kedua), YA walaupun kali kedua namun kita 'belajar dari kesilapan'. Aku keluar daripada pagi sampai ke petang sendirian sebab aku nak fokus tak nak nervous (ececehh). Niat hati nak merempit tapi skuter wa rosak, malu siak skuter auto tapi start enjin kena pakai starter kaki yang pijak pijak tu, tak feminin. =') Penyelesaian terakhir, DRIVE.
Jadi aku belajar cara pemanduan berhemah dan aku bangga untuk praktikkannya di jalanraya. Mulakan dengan senyuman.
Pertama, pemakaian tali pinggang keledar (seat belt) -
Walaupun akan terasa sesak nafas dan sempit untuk bergerak gerak (bagi orang yang saiz macam akussss T___T") tapi ini menjadi satu kemestian yelaaa JPJ dan pihak yang berkenaan dah mewajibkan pemakaian seat belt ni, untuk keselamatan pengguna.
Kedua, jangan memotong -
Wa cakap lu wa sikit pun tak main potong memotong mahupun sotong. Awesome kan begini. Sikap begini sangat menunjukkan bahawa anda sebenarnya seorang sangat penyabar disamping bila kau balik rumah nanti bolehlaa kau berbangga bagitahu seisi keluarga yang kau ni sebenarnya penyabar bagai "apek jual sayur naik basikal tadipun Atie tak potong, abah..."
Ketiga, jaga jarak dan kelajuan -
Paling laju tadipun 70km/j hehee. Macam kura-kura pun lagi laju ye aku tahu tapi sangat perlu berhati hati supaya tak dikejar polis trafik supaya rahsia tak bocor. Jaga jarak anda apabila mengekori kereta hadapan dengan mematuhi peraturan 2 saat (berlagak kau ea).
Keempat, beri laluan kepada yang lebih memerlukan -
Seperti situasi tadi, banyak kereta masing masing sibuk nak cepat sehingga buat buat tak perasan bahawa ada makcik sedang pimpin anak kecil kat tengah tengah jalan raya cari peluang untuk melintas. Dengan rasa rendah diri aku slow kan kereta dan makcik tu pun dapat melintas dengan selamat sambil melemparkan senyuman manis tanda terima kasih meskipun pada masa yang sama aku dapat setepek hon hon daripada manusia yang tidak bertimbang rasa. Pada masa tu aku rasa macam baiknya aku ni, sejak bila aku baik macamni, aku tak sangka aku baik begini. =') Plus, tak perlu untuk membalas-balas hon manusia tak bertimbang rasa tersebut kerana kau juga sedang mempraktikkan amalan BUDI BAHASA BUDAYA KITA haa yang ni kalau mak kau tengok ni mesti dia kata perut dia tiba-tiba rasa sejuk sebab pernah mengandungkan anak yang baik hati macam kau. Makcik yang nak melintas tadi adalah lebih memerlukan.
Kelima, jangan lupa letak kupon ditempat parking -
Kan ada certain tempat kalau nak parking kena letak kupon parking kereta alaa kupon yang gores-gores macam gores dan menang tu. Honestly aku rasa sangat kagum dengan langkah-langkah dan kawalan ketat yang dijalankan oleh pihak JPJ serta pihak yang berkenaan sedari dulu lagi. Kalau takde kupon tu anda akan diberikan NOTIS KESALAHAN SERTA TAWARAN KOMPAUN atau nama kasarnya SAMAN. Saman dari Majlis Perbandaran laaa.
Maka secara sweet nye disini aku ingin menyatakan bahawa betapa bangganya (banyak pulak perkataan bangga dalam entri ni) aku sebab dapat mempraktikkan kesemua Cara Pemanduan Berhemah ini KECUALI yang Kelima tuu YA SECARA SWEETNYA AKU DAH KENA SAMAN DENGAN MDP OK BAI TERIMA KASIH.
# cissssssss. T______T"
chau cincauuu :)
kasihan ATOS . aku pon pernah ditimpa dpt surat layang tu :)
ReplyDeletekesian kat dia buat ape, kesian kat tuan tanah ni laa nak bayoooo. tskkkk =.=
ReplyDeleteape?kena saman ke?aduii
ReplyDeletewah..saman2..haha
ReplyDelete