F : eh,kau ni dah lah tak mandi, keluar je terus tengok
tv. Selekeh tau tak? Kan umi,?
U : ha'ah, tah! selekeh aje.
F : tengok tu, tak gosok gigi terus makan. Nak jadi ape kau ni?
U : tah!
F : baik sangat la tu nak pegi ngaji tak mandi tak gosok gigi,
geli tau tak.
U : tah!
Perkataan "tah" tu disebut dengan nada yang alaa macam kau nak mengadu kat mak kau yang adik kau sekian sekian and then nak mengiyakan pernyataan tu dengan mudah kau sebut "tah". Emmmm rase macam umi mengalan aje emmm macam nak ciummm aje umi ni emmmm muahmuahh.
*********************************
Sejak dari kecil lagi kami dah diajarkan dengan kehidupan berbibik. Bibik ni adalah sejenis......ah waklu tak payah nak berdefinisi sangat la kan. Abah dan umi sibuk bekerja plus time tu umi tengah baru nak stand survive after recovered from that killing disease jadi kehidupan berbibik itu memang satu keperluan buat kami semua.
Semua bibik yang buat maka kau tak perlu risau tentang tudung sekolah kau berlilin atau tidak, makanan apa tengahari nanti, teman berbual ketika supper tengah malam, atau hantar kau sampai sekolah naik teksi masa kau ada pertandingan kawad kaki. Semua situasi dia ada. (alamak rindu bibik Ani lah pulak) *tears =')
Eh tapi ko jangan tak tahu bibik aku dulu bibik moden, pandai order lamb chop and apple juice youuuuuu. Dia lebih arif tentang nak ke KLCC perlu naik apa ke mana berhenti mana sebab dia dah resmi berfoya foya terlebih dahulu berbanding aku masa dia cuti hujung minggu.
Since pindah ke JB ni, Pontian, Pekan Nanas, abah dah tak hired mana mana bibik lagi dah selepas bibik Ani memutuskan nak balik Indon tanah tumpah darahnya serta memandangkan semua anak anak dah gede (huhh tak mane nyeee).
Sampai sekarang semua tunggang langgang sebab semua tak reti nak basuh cawan pinggan lepas makan minum, tak reti nak sapu sampah mop lantai, tak reti nak iron baju sendiri, tak reti nak basuh jemur angkat lipat kain dalam baju sendiri, tak pandai masak, balik balik sekolah je terus campak segala macam yang boleh dicampak, malas kemas rumah, tak pandai bangun pagi, dah tak pergi jogging sebab takde geng, ahhhhhh! Phewww~
Maka moral pertama : jangan hired bibik kalau tak anak anak kau nanti semua jadi pemalas and useless (kejam,lantak ko). Moral yang kedua : anak anak kau akan jadi kurang berguna kalau kau ambil bibik untuk manage rumahtangga kau nanti jadi jangan ambil maid bekerja untuk kau. Moral yang ketiga : anak sulung yang bercuti perlulah bantu membantu selagi mampu sebab adik adik semua masih tak biasa hidup tanpa bibik. JADI AKU SEKARANG ADALAH SEORANG BIBIK TERIMA KASIH.
Chauu cincau :)
No comments:
Post a Comment