Monday, 30 January 2012

Rindukan Rumah.

Tajuk entri pun dah macam good good aje macam kau kat mana sekarang? Hotel? Obersea? 

Dah cuti lelame ni baru terasa kenangan tu datang bertaut kembali. Ececehhh. Seronok sebenarnya bila stay satu rumah satu kepala even kadang kadang tu adalah jugak scene scene yang over the limit sampai haru biru kelabu semua. Biasalah, asam keping (garam senonye) dalam rumah tangga. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula banyak lagi benda yang nak digigitnya. (?)



# This is our first first first merely first picture =')

Rumah kitorang ni macam zoo. Macam macam binatang ade dan yang paling glamor tak lain tak bukan Panda lah.




#kan dah cakap tadi.







Housmate aku ni sebenarnya ada 10+1 orang. Eh tak tak bukan sebelas tapi sepuluh campur satu orang.

Wawa.Yana.Nisa.Nana.Adeq.Fana.Chua.Maria.Effie.Doth + kawan Doth.

Takpe tak payah faham. Orang-orang rumah aje yang tahu. Hahaha

Atoiiiih *sambil buat bunyi kawan Doth


# This are my room mates. And the best-est roomates ever. Mana pernah jumpa manusia yang setuju main tukar tukar katil first round sampai third round? Tak ada, kitorang je =')


Tapi masing masing dah ada haluan sendiri, walaupun at the end tetibe rasa macam alahhai sayangnya jom satu rumah balik. InsyaAllah ya. Dan di tempat ini, saya rasa satu perasaan yang saya tak pernah alami. Perasaan mempunyai kakak. Kan adik adik semua? Gua anak sulung bhai, mana pernah rasa. Ingin daku nyatakan, walaupun kakak kakak ku kuat membebel, walau kakak kakak ku suka menyanyi tak kira tempat, walau kakak kakak ku kuat makan, lobang idongmu totap menjadi pojaan hatikoo (okay it's not funny).

I LOVE Y'ALL 
ONE COMELs FAMILY :')



p/s ; Dalam gambar gambar ni ada yang takde. Gambar kitorang banyak, tapi semua seksi seksi belaka hahaa so ini sahaja yg dapat di tontonkan.


Chauu cincauu :)

People.

Indah yang sementara. Kalau manusia jumpa manusia jadi macam ni lah. Kau sangat indah untuk didengari dan kerana itu semua pun sukakan kau. Tak perlulah aku nyatakan apa keindahan kau sebab semua orang pun tahu. 


Manusia yang tidak pernah puas. Kenapalah dengan kau ni. Dah kenapa dengan kekasih lama kau tu? Tak boleh hidup kalau kau takde? Tak boleh makan kalau kau tak suapkan? Atau tak boleh jalan kalau bukan kau yang pimpinkan? Dah tu kenapa bagi dia title "bekas/ex" kalau dah tahu hidup kau bakal tak keruan tanpa bekas kau tu. Mengada.


I'm trying to be the coolest person when you walk away and Yes, I am a better person without you. NOW. Kau tak tahu kan perjalanannya masa mula mula kau blah dulu? Tak tahu kan? Meh sini nak bagitahu, simple je. Kau rasa apa sekarang bila bekas kau blah? Ha macamtu lah rasanya. Sedap kan? Senang je kau nak tinggalkan. Dan senang jugaklah untuk kau ditinggalkan.


Budak budak jangan nak berbual pasal cinta sangat, sebab kau pun tak faham ape mende tu. Aku tak kata aku arif, tapi aku lagilah buta terus pasal benda benda ni. Belum masanya lagi. Kalau ada pun, yang kau belajar sekarang adalah tentang sayang dan setia. Sayang tu lain lah dogol. Kalau aku sayang Makcik Jah kedai kopi, maknanya aku cintakan Makcik Jah kedai kopi? Bengong.


Dan untuk kes yang lain, tapi isi kandungannya sama macam gua, tenang okay. One day she'll know. She will. Siapa yang dia sayang, dan siapa sebenarnya yang sayangkan dia. Satu hari dia akan sedar yang dia sebenarnya sedang hidup dalam kenangan. 


Tak perlu lah risau, jodoh di tangan Tuhan. Dan Allah dah tuliskan apa yang terbaik untuk kita.


I rest my case. 


Chauu cincauu :)

Friday, 27 January 2012

Part Time Job


Cuti sem ada sebulan sahaja tapi aku mampu dan tetap mampu untuk buat part time job masa cuti cuti ni. Hebat bukan? Walaupun kereta sekarang tengah rosak tapi motor tetap ada menjadi kuda yang gagah berlari jauh. Juga hebat bukan?

Kerja aku senang aje.


Keja aku. Jalan-jalan.


Atau bahasa moden nya, Berjimba.


Tanpa aku sedari, dalam masa seminggu cukuplah hari hari aku keluar berjalan. Ni tak lama lagi dapatlah title check in check out rumah sendiri nanti.








# Isnin - City Square




# Selasa 
yang ni lagi parah. Dalam satu hari round satu bandar JB.
Puteri Harbour. Kota Iskandar. City Square. Angsana. Danga Bay. 






#Rabu
StarHill Golf & Country Club Resort





# Khamis
Show Box Karaoke



Dan sebenarnya Jumaat pun aku keluar jugak tapi takdak gambaq.
Wahahaaa okaaayyy sampai di sini sahaja segmen berjimba kita pada kali ini. Lain kali berjimba lagi. Kurangkan kontrobersi, tingkatkan aktiviti berjalan ye kbaaaiii~




Chauu cincaau :)

Tuesday, 24 January 2012

Valuable Vellu.

 AYAT AYAT KELAKAR SEPANJANG ZAMAN OLEH SAMY VELLU

Samy Vellu akhirnya dan rasminya meletakkan jawatan presiden MIC yang paling lama dipegang sepanjang hayatnya, iaitu hampir 31 tahun. Jom kt share kenyataan kenyataan terkenal yang hanya dibuat oleh hanya seorang, Samy Vellu.

1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai”

4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. Ketika krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. Berkenaan masalah sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
"Selamat datang saudara-mara semua" (Ia sepatutnya “saudara-saudari”)

9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

Dan tentunya yang paling kelakar di dunia sepanjang zaman ialah:

"Kita akan bina roket pigi matahari." Salah seorang wartawan berkata, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy menjawab, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"

Anugerah insan paling kelakar di dunia dimenangi oleh Samy Vellu.




Okayy benda ni buat aku gelak tahap gaban punye so gua nak share.hahaaa


credit : Elia jejariruncing


Chauu cincau :)

Sunday, 22 January 2012

Bercuti ala ala Cinta 3 Segi

Tiga segi sangat -aku-apip-our husband- our??

Sekarang dah tenang sesangat nak meng-update. Muahahaahadoinye puuun~
Dah start cuti sem, family vacation gua tak tahu jadi ke tidak, kalau tak jadi, aku buatlah vacation aku sendiri.

Aku dijemput oleh dua makhluk driver yang gorgeous memandangkan Umi and Abah taknak amik aku masa hari Jumaat,depa nak amik hari Sabtu. Aku pun satu hal nak jugak blah hari Jumaat macamla JB tu akan lari jauh jauh menyorok dari aku. 

Ohh ya, first of all



HAPPY CHINESE NEW YEAR =)


Maka saya selaku tourist guide yang tak berapa nak guide sangat haruslah membawa dua driver ini berjalan jalan di sekitar Melaka yang indah ini (ayat kemain tak menahan). Soooo ini kira honeymoon Cuti Cuti Sem Malaysia lah!



#Jonker Street


#Pantai Klebang 
(am I spell this right?)


#Kapal Tersadai di Tengah Bandar


#Model bajet comel


#Modelss yang memang comel









#gedik lah pulak lahhaaaii =.='





A : "okaaay pira, selaku orang Melaka murtad, lepasni nak lepak mana puleeek?" *eksaited

F : "haaa kite lepak kat tempat ni blablablaaa orang kate BEST gileeer woh!"

A : "canteeeek...macamane nak gi sane?"

F : "tak tauu.."

A : "okeh kalau camtu kite gi sini pulak eh,"

F : "tak tau jalan.."

A : "okehh pegi situ pulak,"

F : "tak tau jalan jugak.."

A : "okehh pegi sane sini pulak k,"

F : "tak tau jalan.."

*krik krik krikkk bunyi cengkerik*

See how useless I am. =='


 Maka dek kerana tiada arah tujuan, haa teruslah balik ke JB. Seronok sangat kan dengar Umi membebel sebab kau orang berdua hantar aku kat depan rumah pukul 5 pagi. Baik Subuh sekali je terus =='




Apa apa pun, thanksss Apip and MasterChef sebab fetch saya di Melaka
aaaaaand Selamat Cuti Sem semuaaaa! (bagi yang bercuti sahaja)







Chauu cincau :)

Wednesday, 18 January 2012

view.

View from A9-5 TMU.





Nice to be here. Tak selalu sangat dapat tengok view langit warna oren kemerah merahan and kaki langit. Subhanallah. Alhamdulillah.


Chauu cincau :)

Monday, 16 January 2012

goodbye.

Masa masa untuk berpisah :')


Today, I lost my only and the only my sister in this home. Wawa.


Sebab tu menangis. That was so not cool, Fee. Tak macho.


Lepasni dah takdak lagi dah orang yang nak membebel suruh pegi kelinik and makan ubat kalau demam. 


Gonna miss you Kakwa.














sincerely,




Chauu cincau :)

Sunday, 8 January 2012

Pada suatu malam...aku

Malam datang lagi. Seperti biasa KL malam malam pun mana pernah mati dengan moto tegarnya yakni KL ADALAH KLL (Kota Lampu LipLapLipLap).
Ahhh aku mana pernah tahu erti malam. Tak jejak Zouk, paling cikai pon Aloha jadilah. Tempat ber-akupuntur katanya. 












Lampu disko berkelipan sangat indah bagai bintang di langit walaupun aku tahu yang ianya adalah lampu penuh penipuan. Kelihatan manusia manusia akhir zaman sedang hyper-aktif terkinja kinja sambil lagu 'Give Me Everything' berkumandang. Ah lagu clubbing ni memang syiok wa cakap lu kalau nak mencucuk bintang. Semua dengan pasangan masing masing dok melompat lompat di tengah tengah lampu diskotik sambil bermaksiat. Kali ni aku datang berseorangan tanpa teman duduk di meja hujung club.  


Bukan takde sapa nak teman. I ni sekali petik jari sembilan jantan datang. Member member semua lepak dekat BB. Ada function Halloween katanya. Entah kenapa harini rasa kurang sihat sangat, tapi still nak turun club jugak. Layankan ajelaa.


Minum pun order air Coke je. Sampaikan Vince yang kerja kat situ pun pelik aku mintak Coke, selalu kalau tak jamah JD, baccardi, scotch, whiskey memang tak sah, baik kau pergi lepak Mekdi je lagi bagus, air Coke boleh refill. LOL.




Rupa rupanya tanpa aku sedar aku dah lama diperhatikan oleh member baikku yang aku tak perasan akan kehadirannya tadi. Yelaa sibuk melayan lagu. 

Hadi : "dari tadi I tengok U termenung je.. mana girls yang lain?"

Aku : "diorang lepak kat BB malam ni.. Malaslah nak join. Havoc sangat kat sana..hmm"

Hadi : "kenapa dengan U ni? nampak dull sangat, chill lah sikit babe"

Aku : "I'm not feeling well.. datang sini pun sebab bosan dah tengok tujuh kali Ombak Rindu dekat rumah.."

Hadi : "oh ya. U nak ni tak?"

sambil keluarkan sesuatu dari poket seluarnya

Hadi : "macam biasalaa.. no worry, it's my treat. amiklah"

Aku : "thanks Hadi! well U know what I need right now.. dah lama tak pekena ni, hehee"

Hadi : "sokay baby.. Tapi lain kali kalau U nak, ingat ya macam biasa, beli dari I jangan beli kat orang lain pulak. Affordable I kasi U, just twenty bucks for 5 tablets.."



Hadi pun blah meninggalkan aku cepat cepat dia grab awek dia yang tengah buat muka. Cemburu barangkali tengok aku mesra sangat dengan balak dia. Dengan lampu penuh penipuan yang liplap liplap aku belek balik barang yang Hadi bagi tadi. Sekali tengok, laaaa, aku ingatkan Estacy tadi, rupanya dia bagi Ice. Patutlah bagi free. Ahhh bedal ajelah asalkan aku enjoy. Well you all boleh imagine lah kan apa jadi selepas itu. 

Segala macam benda indah aku nampak. Aku rasa aku ringan sangat sampai boleh terbang bersama burung burung merpati putih. Ah indahnya dunia!
Akhirnya aku rebah di tengah tengah hall dekat club....

*******************************





Dah habis dah jangan nak tambah cerita lagi. Masuk semalam dah dua papan Panadol ActiFast aku telan. Satu papan equal to lapan bijik. So kalau dua papan tu kau pandai pandai la kire sendiri. Alaah baru dua.. Lepastu semalam mintak ubat kat Nana, dia kata makan je boleh terus ngantuk. Okehh cunnn macam telan Ice atau Estacy atau Shabu atau love drug (?) lepas telan je terus feel feel heaven gitu lepastu terus tido. 

Masalahnya lemak aku tebal sangat sampai tak rasa mengantuk pun sampai laa nii. Waaa lamanya demam kus-kus ni, cepatlaaa baik kan tengah exam niiii ='(



Aku tak bagitahu Umi pun yang aku tak berapa nak sihat lagi. Bukan apa, taknak buat dia risau.. I miss you Umi.


# mak titeww yang comel lagi menawan muahhmuahh







p/s ; seronok gak buat cerita hot hot gitew boleh jadi macam macam watak sekejap. ngeh3. Jangan tanya aku ending dia, kbaiiii~








chauu cincau :)

Tuesday, 3 January 2012

Did You Know What GOLDEN RULE is?

 The definition of Golden Rule is don't do to others the things that you don't want other to do to you. Bahasa pemahamannya, jangan buat kat orang lain benda yang kau taknak orang lain tu buat dekat kau. It most likely same as KARMA gitu. What goes around comes around. Nak lebih faham lagi? Jap kasi contoh.


CONTOH :


Feera (bukan nama sebenar) adalah seorang budak yang sangat nakal...dan comel. Nakal dimana suka prank orang bila birthday, tak kisahlah birthday sesiapa pun dia pasti akan memberi perkhidmatan yang terbaik supaya birthday girl/boy itu akan ingat bencana di-prank sampai bila bila.




But like I've said. What goes around comes around.




Okay, kita tukar watak "Feera" tu kepada "Aku" <---- tak pandai nak formal sangat senonye.


Contoh Situasi 1 


Situasi dimana segerombolan 5 bersahabat ini merindui antara satu sama lain maka membuat keputusan untuk makan malam bersama sama. Gua pun okaylah sebab masa study week semua lupakan dunia, hanya ingat nak belajar sahaja. Puiiiiii. Situasi bertambah lebih dramatis lagi apabila sampai di kedai makan, terrrrrjumpa dengan classmates sekalian alam. Nak jadi lebih banyak drama lagi seperti dalam Slot Akasia Tentang Dhia, masing masing pun macam "ehh Feera, pun ada kat sini? haaaiiii lama tak jumpaa, rinduww nyewwww". <----- dialog Ejat. Buat buat terkejut konon.


Aku dah agak dah aku mesti kena punya sebab :


1- semua orang tetibe kemain baik lagi dengan aku
2- Alyn punya cerita yang tak berapa nak logik cakap jalan yang selalu kitorang lalu tu ada hantu. 
3- Azmi bawak kamera. Bawak kamera pergi kedai makan? 
4- Awush bawak beg. Bawak beg pergi kedai makan? 


Bertepek tepek lah telur kena kat atas kepala. Bukan calang calang telur bhai, ini telur gred berkualiti yang kau baling dua tiga kali kat kepala pun boleh melantun balik jatuh ke bawah lepastu baru pecah. Itu baru sebijik. Kalau sepapan? Haa sepapan lah aku kena semalam. Hebat tak kepala gua?
Balik rumah terus mandi. Ha'ah barulah aku rasa seksanya jadi budak punk, aku dulu nak jadi budak punk, apply telur kat kepala biar rambut tegak jadi keras. Total 3 kali shampoo. Memang segala binatang haram keluar =.='




Contoh Situasi 2 :


Lama jugak bertapa nak hilangkan bau bau telur yang ada. Dekat satu jam dalam toilet. Setel je, keluar. Keluar je. Kena. Simbah. Dengan. Air. Busuk. Campur. Tempoyak. Its smells like helllll goshhh I swearrrr!


Ape tah dosa aku padahal birthday dah seminggu yang lepas tapi kenapa masih kena lagiii???!!!! 


Okay kali ni kena shampoo lagi. 4 kali. Total = 7 kali shampoo. Lepastu kena bersihkan segala jadah kat dalam toilet semua gua yang kena bersihkan. Lepastu kena basuh baju yang dah busuk. 2 kali basuh. Dekat dua jam bertapa dalam toilet. 



Moral of the story : Jangan mandi tengah malam =='





The End.


.....................................


So dah fahamlah Golden Rule tu ape? Kalau taknak orang buat kat kau, janganlah buat kat orang. Tuu makan dia. Tengah malam kau mandi kemain lama, dahlah memang tak berapa nak sihat, belum habis study lagi, esok dah final, sekarang DEMAM okbaaiiii~





Apa apa pun, thanks guys

LOVE Y'ALL <3  :)









Chauu cincauu :)