Saturday, 4 August 2012

simpang kiri atau kanan?

Tadi pergi carik jubah, entah kenapa sekarang ni minat sangat tengok orang berjubah. Sama ada jubah biasa ataupun jubah moden, long dress pon boleh jadi, nampak comel je siapa yang pakai jubah. Arghhh adakah hormon feminin aku dah semakin bertambah?!?

Yang penting berjubah itu sangat terjaga rapi auratnya. Segan pulak kita ni tengok yang datang butik semua yang memang sedia berjubah :') Tetiba kita pun teringat kat sorang besfren kita masa kita kecik kecik dulu... (boleh tak entri ni nak cakap sopan sopan sikit? uhhukkk)

Aku dengan Fa tersangatlah kawan rapat masa kecik kecik dulu. Mungkin kerana kami adalah spesies yang sama(jantan sikit pangai) err tapi beliau ni adalah jugak nampak sifat sifat kelembutannya seperti berambut panjang dan menjerit jika terjumpa lipas. Aku otai sikit, macho tau tapi jangan jumpa kan aku dengan cacing, menangis dia toksah cakap laa buat malu je kate macho, puiiiih~

Lepas daripada satu insiden ni, dimana insiden ini sangatlah terpahat nyata di dalam jiwa dan kehidupan aku, sampai sekarang pun tak boleh lupa. Masatu muda lagi,baru habis dajah nam (dajah nam pon dah terjal sangat.. :'( hishh ) tapi pemikiran Fa dah mula matang, lepas insiden tu. Dia mula berbincang tentang benda benda yang aku tak faham cecontohnya pasal masa depan, yelaa kecik lagi kan masatu. Respons aku, "kenapa tetibe jadi baik pulak ni?"
Baru kena basuh sikit dah ketar.. sangat tak remaja. Bentak hatiku.

Lepas daripada tu kitorang terus lost contact. Sekolah menengah pun lain2. Kali terakhir aku jumpa dia masa habis form 5. Itupun sekejap sangat, dah banyak dah yang berubah :')

Rasanya lepas daripada cerita dajah nam tu, beliau dah tutup buku lama and bukak buku baru. Apa yang aku tahu, beliau masuk sekolah asrama arab, itupun dapat tahu daripada mak dia, sebab dulu family kitorang rapatlah jugak. Dan sekarang, beliau dah selamat sambung belajar di Jordan. Ituuu pun daripada mak dia...

Dan baru sekarang ni jugaklah, aku baru dapat conclusion pasal apa yang beliau bincangkan dengan aku masa kecik kecik dulu. Dalam persimpangan hidup ni, dia memilih untuk ke kanan. Sedangkan aku, aku masih memilih untuk ke kiri walaupun aku tahu jalan di sebelah kiri ini tak mungkin akan selamanya indah. Tapi aku bersyukur aku tidak tersasar jauh daripada landasan agama. Bunyi nak gempak macam jahat sangat je an, tapi adalah nakal sikit..hehee :'D



Sekarang ni pastinya beliau sedia berjubah, malahan mungkin juga berpurdah, sedangkan aku yang setia di simpang kiri ini masih terkial kial mengenal hijab. Walaupun kita sedia bertudung tapi kita masih tak menutup aurat dengan sempurna.. Walaupun di simpang kiri, kita masih lagi boleh berpatah balik bukan? InsyaAllah.. 

Dalam hidup ni memang ada banyak pilihan ; kiri atau kanan, hitam atau putih, baik atau jahat, burger atau nasik(eh?). Tapi kita yang buat pilihan, kita yang akan tentukan bagaimana nasib kehidupan kita kelak. SAYA PILIH MENGUNDI. 



Sahabat, semoga berjaya di dunia dan di akhirat..doakan aku jugak ye. Nanti balik Malaysia roger2 eh, rindu sangat :')


Chauu cincauu :)


No comments:

Post a Comment