Monday, 17 December 2012

Alhamdulillah.. :)

 Sekarang dah boleh dapat award sebab dah berjaya tak hapdet untuk bulan November. Lepastu sekarang tetiba kontroversi gila nasib baik Melodi taknak interbiu aku sebab aku adalah NOBODY ahahahahh T_____T *nangesss



Alhamdulillah untuk semuanya yang bertarikh 16122012, hehee apesal tak pilih 121212 sebab kalau pilih lepastu ada kenduri Diana Danielle dengan Farid Kamil lepastu kau taknak pergi kenduri diorang nanti aku jugak yang kena. Heeee meskipun preparation last minute tapi semuanya ohsem belaka! Alhamdulillah... Lebiu abang! and thanks all :')

soooooo nah tengok sampai muntah gambar bride-to-be!





eeee tangan gemok eeee


tapi selepas itu,






pelaminku di ambil orang??










DAH SUDAH SUDAH CUKUP CUKUP SUDAAAAH berangan jadi pengantin! Haa tudia ni chek nak confess ni ngkorang ni aku tak cakap ape ape pun tetiba semua duk tahniah tahniah kat aku kemendeeeeeenye, AI BUJANG LAGI LAAA!! *nada tinggi sambil mulut itik*



Cerita dia MEBA adakan event bertemakan wedding attire sooooo kerlasss gitu jaaaah dapat merase nebes jadi pengantin. Kesilapan teknikal antara kita mungkin terjadi kerana saya memang muka gatal nak kawen kot hikhikhikhok lalu semua pun ingatkan saya dah berkahwin mahupun bertunang. Segala kesulitan amat dikesali. 



Le brides. Gambar selalu tak cukup 5 tau :')


"eh, betul ke Selema Gomas putus dengan Jutin Bibir sebab JB tu suka makan smabal belacan?" - GOSSIP GIRLS
*mati aku kalau Mira nampak ni bhahahaha


Nikah tapi takda pengantin lelaki, sedih gila weiiii T______T"



Tapi ALHAMDULILLAH yang sebenar benarnya adalah untuk ini!!

-
-
-
-
-


THE RADIANCE! 

Alhamdulillah selepas berhempas pulas berguling guling berlumuran darah (eh?) selama satu sem menjadi author, akhirnyaaaaaaa 2nd edition of our faculty magazine berjaya di publish kan dengan jayanya!!! Perhhh tak sangka aku boleh berkecimpung dalam bidang meraban ni, hahaa ingatkan aku ni pandai teka silangkata je. 

            WELL-DONE BULLETIN's TEAMMATES! :')




ok dah tu je.

KALAU AKU KAHWIN BETUL2 NANTI NGKORANG JANGAN TAK DATANG PULAK TAU, WUWUWUUU TAPI DENGAN SIAPA TU MASIH TAK TAHU LAGI LAA, WUWUWUWUUU
*annoying gila pompuan meroyan ni pakai tulisan besau besau -..-'


"Jodoh tu Allah yang tentukan"

Yang Benar,
sayalah pengantin itu~


Chauu cincauuu :)

Thursday, 1 November 2012

makan semut.

Dalam seminggu ni dah banyak kali dah aku buat satu satu kerja tu dua kali. Iye memanglah aku ni rajin orangnya tapi kalau dah buat benda yang sama dua kali tu, tak ke baghal namanya?? Kerja dua kali tu contohnya macam kau dah makan tadi, lepastu kau pergi makan lagi sebab kau dah lupa yang sebenarnya tadi tu kau dah makan. Ohh...patutlah cepat gemuk.

Ada satu pagi tu aku pergi hantar adik aku gi sekolah. Aku punya tabiat buruk adalah kalau setakat pergi keluar pusing pusing kat area sini memang pemalas nak bawak purse. Atee dah purse pon tak bawak, lesen apetah lagi. Buat naya je kalau ade ape ape, berubahlah! K. Bila dah sampai sekolah salam salam cium, "ty, nak duit." Haaa ini makan dia sebab dah sampai sekolah lepastu kena patah balik semata mata nak amik TIGA HENGGET lepastu pergi balik hantar budak tu ke sekolah. Dua kali kerja. Dermm! 

Lepastu hari rabu lepas pergi bawak adik lagi sorang nak buat ic kat Pontian. Fuhyoooh dah remaja siak, (orang jb cakap macamni) *angkat angkat kening.
Dahlah gerak pun dah lambat, buat apa semua pun kalut. Kau ni memang suka kalut! Dah sampai dah ni kat pejabat pendaftaran, sekali baru teringat aku ni lenggang kangkung je datang, ingat nak pergi pasar ke, orang pergi pasar pun bawak bakul tau. Bila kat depan kaunter tu aa ayat ni yang paling aku tak suka, "mana surat beranak? kata nak buat ic kenalah bawak surat beranak..?". Oh....kena bawak surat beranak...baru tahu... tak tahu kenapa tak tanya cik pira oi..alaa manalah kita tahu..tak tahu tu tanyalaaahhh!!! $%&%%$#%$##%#& pffttt bermonolog sendirian dalam kereta tak pasal pasal marah diri sendiri sebab dah sampai Pontian kena patah balik balik rumah amik surat beranak Wani lepastu pergi Pontian balik semata mata nak buat ic. Perhhh bukan dekat dek oiiiii. Dua kali kerja lagi. Dermm!

Hari ni ingat nak rilek rilek lagi tapi terlupa pulak ada urusan yang perlu diselesaikan. Dah petang sikit tu pergilah jumpa awek jap. Berbual punya berbual nasib baik dia ingatkan aku pasal nak kasi balik duit kat Bam. Benda dah lama daripada hari selasa kut, kalau dia tak cakap aku pun tak hengat. Okay balik tu terus pergi rumah Bam, berbual sikit, serahkan pendrive sikit, lepastu terus balik. Balik terus sambung siapkan kerja. Lepastu take a nap kejap. Lepastu awek mesej, "ko dah bagi belum duit tu?". Derm! Macamana boleh lupa padahal tujuan utama datang umah Bam sebab nak bagi duit tu, arghhhhh. Tadi dah pergi rumah dia, lepastu balik. Tapi sebab terlupa, kena datang balik semata mata nak pulangkan duit. Buat kerja dua kali. LAGI. DERMMMMM!!!!

Stress dengan diri sendiri, teruk sangat perangai pelupa ni sampai kadang kadang letak pen kat tepi telinga pun boleh meroyan kat sume orang "mana pen aku, ko amek pen aku eh??!". Teruk ni teruk, tapi formula add maths boleh pulak kau hafal kan. Solution nya kena cari suami yang pengingat, sebab takut nanti boleh terlupa letak anak kat mana, jadi ahbang boleh tolong ingatkan titeww~ puiiiii! 


#oh ni gambar saya ke? laa lupa pulak. ingatkan beruang kutub mana tadi..




************************************

Haritu kite keluar dengan awek awek kite malas nak hapdet tapi sebab ada banyak gambar dan sebab 'barang pinjam', kite nak letak jugak gambar kite.




#di sebalik tirai besi (besi sangat)



#tengoklah apa budak ni buat kat belakang aku, kuajo, aku biarkan aje sebab aku ni tekun orangnya.
*kenapa gambar dari side tepi nampak macam gemuk? hmmm musykil



#ME LOVE <3


Chauu cincauu :)


Monday, 29 October 2012

kecelaruan gender.

Dulu masa kecik kecik aku selalu menyalahkan takdir yakni mengapakah aku dilahirkan sebagai seorang perempuan. Sebab aku pun fikir ape je yang aku boleh buat sebagai anak jika aku bukan seorang lelaki? apa je? apa??? Umi pun ada pernah cerita masa aku umur 5 ke 6 tahun gitu aku sampai menangis guling guling sebab nak mintak Umi tukarkan aku punya.......jantina. Over tau budak kecik ni kalau aku tahu perangai aku se-mengada itu akan ku libas diriku sendiri. 

Entah kenapa entah aku tak suka jadi pompuan, mungkin sebab sifat semulajadi sendiri yang kasar bak kertas pasir tahap enam, lepastu kawan kawan kau semuanya jantan tapi bila main pasir carik cacing semua lari, kau pulak lari sambil nangis nangis sebab takut cacing. poooodaaahhh kata anak jantan!! Tapi yang mungkin jadi penyebab utama adalah sebab aku dibesarkan oleh Abah sebab masatu Umi tengah study lagi..gitulah ceritanya. Masa dah naik sekolah menengah pun still, i'm wishing to be a tomboy, which is in a good way lah ngko jangan pikiaq bebukan pulak, adussss.

Tapi bila start dah pindah ke tempat lain, aku kenalah ubah segala gala penampilan ke hape ke untuk jadi lebih feminin ke hape ke supaya lebih sodap mata memandang ke hape ke. K. Sebabnya aku sekolah dekat tempat Umi mengajar. Maka aku kenalah berpenampilan baik, bersikap baik, berpura pura jadi baik sebab taknak lah nanti Umi jugak yang malu. Kalau dulu bolehlah buat perangai, nak serabai serabai kan trend conteng kain sekolah, baju senteng, pakai seluar sukan pendek sebelah.. sebab yang tahu pun orang kat dalam sekolah aje. Paling koman pun kalau kau buat hal cikgu talipon parent je, ahahahahaaa T_____T'

Dan sekarang titew dah jadi fomfuan sejati hekhekhek, omey tak? (ko berbual macamni aku tumbok kang!) But still aku memang kasar orangnya. Jadi bila dah besar ni dah ada otak ni barulah terfikir, kenapa dulu nak sangat jadi jantan? kenapa aku anak sulung ni dilahirkan sebagai perempuan? sedangkan adalah lebih elok jika anak sulung itu adalah seorang lelaki kerana yang lelaki itulah yang boleh menjaga keluarganya kelak. (ayat BM sangat hebat?)

Dan sekarang jugalah aku faham kenapa anak sulung Umi dan Abah adalah seorang perempuan.. Kerana anak perempuan sulung inilah yang jaga Abah masa Abah sakit kat hospital selama lebih kurang tiga minggu. Kerana anak perempuan sulung inilah yang jaga Umi masa sakitnya di hospital hingga akhir hayatnya. Kerana anak perempuan sulung inilah yang memandikan jenazah arwah Umi. Kerana anak perempuan sulung inilah yang akan menenangkan Abah dan adik adik ketika mereka dalam kesedihan walaupun sebenarnya akulah yang paling sedih sekali. Kerana anak perempuan sulung inilah yang menjadi pengganti bagi Tok Wan dan Tok Ki yang kehilangan satu satunya anak mereka.. Allah takdirkan anak sulung Umi dan Abah adalah seorang perempuan kerana perempuan inilah yang akan jadi pengganti Umi bila Umi dah takde.. I just realized when Tok Wan keep on saying to everyone "inilah anak saya sekarang,".. Makin dewasa seseorang itu, makin besar tanggungjawabnya. Allah punya perancangan lebih besar, dan Allah itu adalah sebaik baik perancang. Alhamdulillah aku seorang perempuan. Sekarang baru faham =')


**************************************

So! kalau betullah ada choices kan, which is better on me? cakap? cakaaappp??





#jadi wanita anggun yang bersopan santun, 
jalan pun hekhek tengok tu tunduk bawah hekhekkk



ATAU



#Si kachak hemsem semart bergaya mengalahkan Awal Ashaari ?
(kantoi bermisai tapi pakai handbag turqoise lak tuhh, aptb!)

haa cepat fikir jawapan tapi jangan bagitahu aku! hahaaa k.


Chauu cincauu :)

Saturday, 27 October 2012

tenggelam timbul

After a veryyyyyy hectic weeks, akhirnyaaa dapat jugak aku nak hapdet pasal ICDC haritu! Gila meroyan sepanjang kat Melaka rutin hari hari benda yang sama, berkejar kejaran ke kelas, siapkan assignment melambak last minute, menari Oppa Ganyam (eh?), join segala macam kelab yang ada (tinggal kelab-bing je tak lagi) sebab kecewa dengan diri sendiri punya result koko. Ini kalau habis degree tak jadi akauntan jugak tak tahulah =.='

Masa sem satu ramai ramai budak kelas semua kena paksa join Debate Club semata untuk menjadi wakil ICDC 2011. Dalam ramai ramai tu yang sanggup stick hanyalah beberapa orang saja yelaa gila kau training tak sampai seminggu tetiba kena jadi wakil fakulti, speaking British lagi uolls, gila! 

Gila tak gila laa kan, last last dapat pergi quarter final jugak tu, which was a big awesomeness for me sebab tak pernah terfikir nak join benda benda gini. Daaaan classmates gua yang join ICDC ni semuanya ohsem belaka sebab bantai punya bantai punya bantai punya bantai punya bantai, dapat jadi Champion sekaligus menaikkan nama BACC! Such a memorable moment :')

Dah lepastu masa Part 2 takde pulak nampak batang hidung kau pergi meeting ke ape ke, konon nka berambuslah hape lah. Well, i've got my own reason, concrete one :') Tapi masa kali ni masa Part 3 ni kitorang jadi usher for this event, sekaligus mengimbau kenangan silaaam aku dan dirimuuu berdua di taman beradu~ 




#Teammate 2011 :') 
dah macam reunion ke apa ni padahal satu kelas.



#the beautiful moment!





#LikeABoss



These are the winners! and yes kita ulang lagi sejarah walaupun memang sejarah mungkin berulang sebab dah dinyatakan dalam lirik lagu New Boyz. BACC again!



#do you want to become a debater, again? 
****krik krikkkk (no answer) 
insyaAllah..


Chauu cincau :)

Wednesday, 24 October 2012

sound check

Baru lepas membersihkan my baby setelah sekian lama tidak menyentuhnya, LANGSUNG tidak pernah ya since sebelum bulan puasa lagi. Dia punya berhabuk hangpa toksah cakap laa, penuh bedak! Sebabnya adik aku yang sorang tu kalau berbedak satu hari satu botol, bukan dirinya sahaja malahan satu bilik juga dibedakkannya. Aku pulak memang terlebih pandai tak masukkan gitar tu dalam beg. *sigh dengan perangai sendiri =='

Well, cerita dia memang betul aku tak sentuh langsung gitar gitar tu since sebelum bulan puasa tahun ni. Aku pun tak tahu kenapa, mungkin kerana menghormati bulan puasa, mungkin kerana aku sibuk menyibukkan diri, or maybe i've just tried so hard to leave those...... tried so hard but at the end, i totally miss my music. I miss those gigs, loud noise things, singing, i do miss my music. I'm not a songwriter, neither a musician, i just love music.

Aku membesar dengan lagu, muzik, even Abah pernah merahsiakan tentang halnya dengan muzik pun tak dapat dibendung lagi kerana aku inilah yang memang dari kecil lagi memang menurun habitat dia. Cintakan muzik. Bila dah besar sikit tu barulah tahu sebenarnya ada keyboard tersimpan dalam almari dan bakat bergitarnya yang cuba dilupakan selepas berkahwin dengan Umi. Sebab Umi tak berapa nak suka sangat kitorang berkecimpong dalam bidang nih, chewahh ayat ko.

Makanya untuk mendapatkan sebuah gitar yang pertama itu sangatlah sukar. Kumpul duit sendiri. Komplot dengan Abah senyap senyap keluar. Bila dah dapat, nak kena sorokkan lagi, apa ingat benda alah tu kecik ke boleh sorokkan dalam laci??. Lepastu takkan nak sorok aje mestilah nak bunyikan dia, lalu apakah difikiran kau ni adakah kau ingat seluruh rumah ini adalah kalis bunyi?? cakap, cakaaaapppp??!!! itu adalah sedikit sebanyak cabaran yang perlu aku hadapi walaupun aku ini sebenarnya pemalu hewheww (eh?) walaupun sebenarnya aku ini bukannya terror sangat pun asalkan berlagu aje sudahlah cukup cukup sudah.
Until one fine day bila Umi dah dapat tahu, beliau terpaksa admit yang music is me. kerrrlaaasss sangat kau~

My first jammed session adalah dengan YOLO band (You Only Live Once) which was a band of a friend of mine. Biasalah budak budak sekolah baru nak up masing masing mestilah ada band sendiri kan. Tapi aku just join sekejap je, bukannya jadi ahli pon, bukannya aku buat apa pon. Boleh je kalau nak aku jadi drummer, drummer pakai baldi boleh~

It's about a lifetime with those things. I'm soooo in love with it. Susah nak tinggalkan, kenapa nak tinggalkan. it's just take time. but not now. can i?





Wednesday, 10 October 2012

Lam.pi.

Memang aku rasa macam dah jadi tradisi aku daripada last sem kot untuk balik tiap tiap minggu. Di ulangi, TIAP TIAP MINGGU. Maka untuk sem ini pun terpaksa balik tiap tiap minggu jugak sebaaaab alaa sedih pulak kita kalau nak cerita ok takpe tak payah cerita sebab apa =') Jadinya daripada mula semester yang baru ini sampai laaa ni Alhamdulillah aku berjaya balik rumah TIAP TIAP MINGGU TANPA GAGAL. Tapi untuk this week tak dapat balik la pulak sebab ada event wuwuwuwuuww *menangis sambil comel.

Aku ada satu masalah yang sangat terserlah kebangangan-nya pabila berjumpa NOMBOR. Dan masalah ini menjadi tersangatlah besar bila sekarang ni pun dah pegang title student Acc??? Dah pulak tu mengira pun lembab, kalau disuruh congak tu empat tahun akan datang barulah kau dapat jawapan dari aku ni, hiperbola sangat tau. Bukan itu sahaja, kalau dah kata lembab tu nak pakai jam digital malu sebab nanti orang cakap eee apelah pakai jam Power Rangers. Lalu terpaksa pakai jam tangan yang biasa tapi berlagak suka kumpul jam banyak banyak, pulak tu beli design yang pelik pelik memang pandai sangat awak ni. Hampeh beribu kali hampeh kau nii, beribu sesalan aku. Kataku pada diri sendiri.

Maka aku ini adalah pelarian JB-Melaka. JB-Melaka-JB-Melaka-JB-Penang (eh?) ha okay makanya aku ni kan memang suka balik sensorang sebab konon macam loner traveller gituh padahal sekangkang kera je pon. Masa nak balik apartment (rumah kat Melaka, panggil apartment lah glemer sikit) kenalah naik bas dari Melaka Central tu kan. Masa dekat dalam bas tu ada nyonya tegur aku dan aku tak tahulah kenapa bila aku keluar ke apa ke yang nak tegur aku mesti nyonya takpun amoi, agaknya diorang ingat aku ni Cina mualaf kot. *muntah muntah loyaaaaa.

ok sambung balik. Nyonya tu tanya aku "amoii aa pukul brapa sikalang..?" haa bab ni aku mula lemah la jadi untuk tidak memalukan diri aku just hulur tangan aku tunjukkan la jam kat dia dengan harapan pandai pandai ko lah tengok ni pukul berapa. "pukul brapa ni moi?" adehhh boleh dia tanya lagiii so nak taknak kenalah jawab. "sekarang pukul tujuuuuuuuuuhhhhhhhhh.....empat puluh." Nak cover line baik punya sekali harakat dia panjang tak hengat. Fuhhhhh.

Dah banyak sangat dah situasi yang aku terperangkap dengan nombor ni, sepertinya masa aku jadi cashier dulu pun sekali tersalah punch hamek kau meroyan kat kaunter tu sibuk duk carik kalkulator solar, lepastu carik carik tak jumpa last last customer tu yang tolong kirakan untuk diri dia sendiri. aptb kau ni =..=

Lepastu masa jadi penghuluwati kem PLKN pun satu hal, dah hari hari nak kena amik baris, satu hari ada lima kali baris, jadi masa sebulan tu dah berapa kali baris?? Dan dalam kem ada empat kompeni, satu kompeni divide la lelaki pompuan, lepastu ac squad kena melapor lah kat penghuluwati depa yang lampi ni ada berapa budak dalam platun, cukup ke idak. Dah jadi keje aku pulak kena tambah tolak bahagi darab nak kira budak budak cukup ke tak, cukuplah aku menanggung malu kat kem tu sebab LEMBAB MENGIRA kat depan diorang. Tak cukup dengan itu boleh pulak request kat cikgu(jurulatih) mintak boleh tak nanti nak bawak kalkelator masuk baris, dia kata kepala hotak awak ingat ni kedai makan. aptb lagi kau ni!! =..=



moralnyaaaa, don't too depends on your calculator yaaaa. Ok dah boleh start belajar pakai sempoa sekarang tapi kalau kau terlebih pandai gunalah cara terbaik iaitu kira pakai jari kalau tak cukup tambah jari kaki dan kalau tak cukup lagi kau sauk je kaki member sebab nak buat kira kira kbaii~


chauu cincauu :)

Friday, 5 October 2012

lets do this!

i just found that there's too special of being a women and there's tooooo much regrets on me because i just realize now when i'm olready twentyyyyyyy :'( Allah, banyaknya dosa saya.. 

Bertudung is not just about covering your hair, but also....




covering chest! ^^
#pictures : sue anna joe.





and no worry about to put on some make-up on your faces, but make it LESS. kita perempuan kan memang dah Allah ciptakan semua cantik cantik ^^
#pictures : sue anna joe



saya nak ajak awak awak semua, tapi saya malu.. kerana saya bukanlah seorang gadis ayu yang bertudung labuh dan selalu duduk surau.. i'm just a girl yang-baru-sedar. malu untuk saya katakan yang saya pernah seperti perempuan melayu biasa, nama pada i/c saja yang islam, lifestyle kau semua ke laut nauzubillah, saya dulu pun pernah tak bertudung, and also i looooove to do those enjoy-enjoy things, until now. tapi sekarang kena kurangkan, kurangkan ya, nak stop terus nanti drastik diri sendiri terkejut teheee =') banyak lagi yang perlu saya perbetulkan sebenarnya, but lets start this hijrah with covering our aurah PROPERLY yahhh!

so, i'm trying on it and lets do this together friends! insyaAllah ^^


chauu cincauu :)


Friday, 21 September 2012

meleis.

So back to normal life now, tapi sekarang dah jadi abnormal lah sebab sekarang takkan se-bless dulu dimana life dulu sangat blessful dengan adanya Umi. ='D imissyou..

Makanya di sini di Melaka ini ada dua insiden yang ingin aku belogkan kerana sangatlah terkesan dalam jiwa nurani aku ini apesallah BM aku makin hari makin marveles hah?

Insiden 1 :

Kan kalau nak pergi Jusco kan kalau rajin sikit kau jalanlah kaki berjemaah seronok sikit tapi kali ni malas tahap beruang berhibernasi, makanya setakat nak pergi Jusco tu jeeee (je?) pun pergilah naik bas. Masa tunggu kat tepi jalan, adelah satu motor ni laki bini laa, laki dia bawak bini dia laa atotoo omey angat. Okay. Aku tengok motor tu takdelah berapa nak laju tapi entah kenapa tidak semena barang barang kat bakul motor tu terjatuh kat jalanraya. Lalu berhentilah laki bini tersebut di tepi jalan dengan harapan nak hamek baik barang barang tu. Dah aku dengan si Bella dengan si Jaja meroyan pulak dah kenapa, niat nak tolong, tapi?? Aku hanya mampu menjerit eh tolong la dia tolong laaa dan woi sejak bila aku pandai menjerit jerit ni, pondan sangat kau ni tau. Benci benci =='
Tak sempat nak tolong, habis dah barang barang tu di langgar dek kereta nan laju laju je tak reti nak berhenti ke dolll. Maka disitu, aku salahkan cik Bella, aku salahkan cik Jaja, aku salahkan aku sendiri, aku salahkan juga sekali pakcik teksi, kakak yang baru lepas shopping dan adik adik yang sedang menunggu bas. AKU SALAHKAN SEMUA YANG ADA KAT SITU wuwuuu sangat psiko. Dan sehingga kini aku tertanya tanya diri sendiri, kenapa tak tolong?

Insiden 2 :

Aku tersangat sangat sangat anti anti anti (not auntie) dengan orang yang suka potong queue. Maka dengan itu aku boleh jadi tersangat sangat sangat marah dengan orang yang sebegini. Contohnya masa tengah beratur nak naik lif kat KBM, adalah satu mamat ni alahai hemsemnyee memakai baju melayu kaler kuning (ingat lagi tau) sangat lelaki melayu terakhir uolls, terus i masukkan dia dalam list calon suami. Sekali lepastu orang yang tengah queue ni berpusu pusu masuk lif dia pun selit selit sibuk masuk lif, padahal beratur kat hujung nun. apa potong queue?? boleh berhambus dari list calon suami mithali! bencimu sehingga kini, buwekkkk (-___-)
Tapi haritu saya dah terlambat sangat sangat, lambat 45 minit katenye, tu bukan lambat dah, tu LEMBAB. Tapi bukan aku sorang ar, sekali dengan Jaja ngan Mira pong lambat bebenau. Lepastu Pipa yang kat depan lif ni ternampak kite beratur dekat belakang lepastu dia panggil panggil kita semua masuk lif. HAH TAKKAN LA NAK POTONG QUEUE???! kita tak sampai hati la wak takpela awak naik dulu eh, bialah kite lambat asalkan kite tak potong queue, kataku di dalam hati. Ko jangan nak mengade dah lambat sangat dah ni cepat masok!!! Maka haritu saya dah terrrrr-anti dengan diri sendiri sebab dah potong queue orang alahai serba salah sangat tapi apa mau buat, lantak kau lah!! hahaha *pujuk hati. So saya ni samalah seperti melayu melayu yang lain, yang tak bertimbang rasa, yang tak ringan tangan menolong orang, IMMA TYPICAL MELEIS (MALAYS). Do you? fikir fikirkan laa..

pisss ; lets be a better person day by day!


Chauu cincauu :)


Tuesday, 4 September 2012

my Jannah.

Entri kali ni panjang sikit, supaya saya pun tak hingin nak baca sebab nanti takut menangis teheee. Tapi saya ingin ceritakan, supaya kita sama sama menghargai orangtua kita, jauhkan diri kita daripada menjadi anak yang derhaka, Nauzubillah.

Kami dibesarkan dengan baik oleh Umi dan Abah. Semua serba serbi cukup, tiada apa yang kurang. Cuma kami dijaga oleh bibik kerana Umi dan Abah sibuk bekerja. Mungkin kerana itu saya jadi seorang yang tidak bersyukur, hanya tahu meminta, tapi tidak tahu menghargai. Saya  seronok dengan kesenangan yang ada sehingga saya lupa diri, lupa akan jasa jasa ibubapa yang bersusah payah kerja untuk keluarga kami. Takdir Allah, semasa saya Darjah 6 tahun 2004, Umi disahkan menghidap kanser. Waktu itu saya nak amik UPSR. Tapi saya kan jenis yang lupa diri, penyakit yang datang pada Umi sedikitpun tidak terkesan pada saya. Sehinggakan Abah yang memaksa saya, sebagai anak sulung ni supaya ikut menjenguk Umi di hospital. Pada saya, nanti Umi dah baik nanti dia balik kita jumpa jugak. Kalaulah seandainya Allah tarik nyawa Umi masatuu....pasti saya menyesal sampai akhirnya..

Umi tidak pernah putus asa mendoakan saya supaya saya berubah, supaya saya tidak tinggal solat, sedangkan dia tidak tahu sejadah pun saya tak pernah sentuh.. Kalau adapun itu cuma lakonan semata. Umi tidak pernah putus membacakan surah surah Al-Quran di ubun ubun saya dan adik adik pada setiap pagi. Dengan harapan agar anak anaknya menjadi anak yang soleh dan sentiasa berpegang pada Allah. Tapi saya masih lagi keras hati, lupa Allah, lupa yang semua ni hanya pinjaman..

Alhamdulillah Umi sihat dan selamat menjalani beberapa pembedahan dan kimoterapi segala bagai untuk melawan kansernya. Sungguh begitu, saya masih lagi tidak berhati perut kerana asyik memikirkan tentang keseronokan saja. Yelaa, tinggal dekat KL kan, macam macam ada. Tapi dugaan Allah tidak terhenti sampai situ saja, pada tahun 2006 Umi sekali lagi disahkan menghidap kanser..kali ni tahap 4. Dia pergi hospital sendiri, sikit pun dia tak cerita pada kami semua, termasuk Abah. Saya jadi tahu apabila terdengar Umi ceritakan pada Tok Wan tentang penyakitnya. Gelap dunia saya masatu, saya berfikir apakah yang saya dah lakukan untuk Umi semasa masa sihatnya? TIDAK ADA. Maka masa itulah kali pertama saya bersujud di atas sejadah, yang selama ini saya lupakan walaupun sudah dari kecil kita diajarkan sembahyang. Dan dengan kali pertama itulah saya bersungguh sungguh berdoa, agar Umi selamat menjalani pembedahan kali keduanya.

Allah itu Maha Kuasa, sekali lagi Umi selamat menjalani pembedahan membuang kansernya, walaupun kami semua tahu, penyakit kanser mana ada ubat, takkan pernah mati akarnya. Saya dah mula belajar sembahyang semula, kerana pada masa masa kritikal dulu saya memperoleh ketenangan di dalam sujud. Oleh itu saya berpegang pada doa Umi, walau apapun yang kita buat, dimana pun kita, jangan pernah tinggalkan solat. Walaubagaimanapun, sesungguhnya solat saya itu tidak sempurna.. Kerana saya tidak menjadi lebih baik, malahan lebih teruk lagi ada. Sembahyang sembahyang juga, dosa dosa buat juga. Saya menjadi semakin tidak mendengar kata, Umi selalu menangis kerana saya. Saya rapat dengan Abah dari kecil kerana apa yang saya minta semua Abah bagi, sedangkan Umi selalu membangkang apa yang saya inginkan, membazir katanya. Abah mengajar kami hidup dalam kemewahan..

Masa saya di Tingkatan 3, Allah menduga Umi sekali lagi kerana saya sebagai anak sulungnya yang nak PMR ni sakit demam denggi berdarah. Saya dimasukkan ke wad CCU kerana hampir saja virus denggi merebak ke hati dan buah pinggang saya. Umi tak pernah putus doa, dia ikhtiarkan sesuatu yang saya tak pernah jangka, ubat herba yang dia selalu minum untuk mengawal kansernya, diberikan kepada saya sehingga habis ubat herbanya itu. Ubat tu mahal, tapi dia kata anak anak dia lebih berharga dari segala galanya. Alhamdulillah saya selamat tanpa memerlukan apa apa pembedahan. Saya tak kuat macam Umi..

Tingkatan 4 adalah permulaan saya dan keluarga berpindah ke kampung Umi, tujuan Umi membuat permohonan pindah ke kampung sebab nak jaga Tok Wan dan Tok Ki, kerana Umi adalah anak tunggal, jadi adalah tanggungjawab dia untuk berada dekat dengan orangtua nya. Saya apalagi memberontak tak sudah, daripada KL tetiba pindah kampung mana boleh terima. Lagi lagi Abah masih belum ikut pindah ke kampung kerana permohonan pindah Abah masih belum diluluskan. Dugaan Allah itu tidak pernah putus kepada hamba yang Dia sayangi. Keluarga kami diduga lagi dengan masalah masalah dalaman, yang boleh mengkucar kacirkan keluarga kami. Biarpun Umi dah sihat dan dah berkerja, tapi kita semua tahu yang penyakit kansernya masih ada namun digagahkannya juga untuk berubat ke sana ke mari sendirian supaya keluarga kami dijauhkan daripada gangguan dalaman tersebut.

 Dugaan yang datang kali ni mematangkan saya, saya tidak lagi manja, pentingkan diri sendiri, malah saya cuba sedaya saya untuk merapatkan kembali silaturrahim antara saya dengan Umi yang dah terlalu renggang disebabkan keegoan saya. Saya juga belajar untuk tidak boros, saya belajar buangkan perangai buruk saya masa dahulu kerana saya tak mahu lagi Umi susah sorang sorang. Alhamdulillah, setiap dugaan itu pasti ada hikmahnya, saya kembali rapat dengan Umi dan sehingga akhir hayatnya, sayalah anak yang paling rapat dengannya. DIALAH KAWAN TERBAIK SAYA. 

Dan pada awal tahun 2012 ini, Allah menguji kami ketika Abah diserang penyakit jantung. Jantungnya pernah terhenti beberapa minit,tapi Allah Maha Kuasa, Dia beri lagi Abah peluang kedua. Masa Abah tak sedarkan diri selama empat hari, Umi lah yang banyak menenangkan kami. Saya lihat dia hari hari datang jenguk Abah,berdiri disebelah katil sambil mengusap ubun ubun Abah serta dibacakannya surah surah Al-Quran, setitis airmata pun tidak terlihat waktu itu. Dalam hati saya berkata, Ya Allah, kuatnya wanita ini..melihat suaminya yang sakit terlantar tidak sedarkan diri, namun dia tidak pernah menangis di depan anak anaknya, dia tetap yakin berpegang pada Allah dan juga doanya. Alhamdulillah Abah saya selamat menjalani pembedahan jantung 4 bulan yang lepas, ketika saya sedang ambil ujian BEL, beratnya perjalanan saya waktu itu, Allah saja yang tahu.. 

Kali ni saya tengah cuti sem 2 bulan, entah kenapa saya yang kuat berjalan terasa berat hati nak tinggalkan rumah. Jadi masa cuti saya habiskan di rumah bersama keluarga. Allah turunkan lagi ujian, dua minggu sebelum raya, x-ray Umi menunjukkan yang paru paru nya berair. Doktor kata kemungkinan besar disebabkan oleh kanser. Saya kata kanser Umi dah lama hilang, sebab Umi saya dah sihat seperti orang lain, kali terakhir kansernya dibuang pada tahun 2006 tu lah. 

Tapi kali ni Umi tak nampak sakit pun, cuma dia hanya selalu mengah dan selalu mengadu yang dia susah nak bernafas. Saya teman Umi pergi ke hospital (HSI), tapi doktor suruh Umi balik dan hanya memberi Umi 3 biji pil. Semudah itu air di dalam paru parunya boleh dikeluarkan? Tak berhati perut betul hospital ni. Umi jadi merajuk untuk ke hospital lagi. Dengan tercungap cungapnya, dengan mengahnya nafas dia, Alhamdulillah kami sekeluarga dapat beraya bersama. Alhamdulillah Umi nampak sihat saja, kurang sikit kerisauan saya.


*************************

Walaubagaimanapun, saya tetap tak sedap hati melihat Umi sakit begitu, saya paksakan juga Umi untuk ke hospital dan pada Selasa yang lepas, saya sendiri yang menghantar Umi ke hospital dan Umi diwadkan di HSA. Masa mula mula Umi diwadkan, Umi tarik dan memeluk saya dengan sepenuh hati membuatkan saya menangis sekuat kuatnya dan saya katakan pada Umi, Abah sakit, Umi pun sakit, adik2 macamane nanti... Umi hanya tersenyum dan berkata, inilah kali pertama dia lihat saya menangis seperti itu. Umi redha, zati pun kena redha, Umi sentiasa redha.. itu yang dia katakan pada saya. Selama di hospital, tempat tidur saya hanyalah duduk di kerusi, walaupun tidak selesa namun saya gagahkan juga, saya nak jaga Umi sampai Umi sembuh. Bantal saya hanyalah ditepi katilnya, bermakna tidur saya adalah disisinya. 

Saya puas dapat menjaganya selama di hospital dan Alhamdulillah, doktor kata Umi semakin pulih malah x-ray nya menunjukkan result yang baik. Pada malam hari Rabu, Umi kata dia sangat lapar dan teringin sangat nak makan bubur. Mana nak cari bubur jam jam begini? Saya berkeras mencari bubur walaupun Abah marah marah saya sebab Abah suruh saya cari esok pagi saja. Apa yang saya katakan pada Abah, saya tak kisah susah macamana pun saya, asalkan saya dapat gembirakan Umi. Itu janji saya dari dulu lagi. Alhamdulillah Allah memudahkan jalan bagi saya dan Umi dapat makan bubur walaupun hanya sekadar bubur segera.

Pagi pagi lagi pada hari Khamis itu, saya beli 2 bungkus bubur, satu untuk Umi dan satu lagi untuk saya. Sedihnya Umi terpaksa puasa sebab doktor kata nak buat CT scan. Takpelah, biarlah saya tak makan, saya nak tunggu Umi lepas scan lepastu saya nak makan sama sama dengan Umi. Dan pada pagi itu jugalah Umi suruh saya mandikan dia, Alhamdulillah dengan senang hati saya mandikan Umi, keringkan rambutnya, pakaikan Umi tudung, tanpa saya sedari itulah kali pertama dan kali terakhir saya mandikan Umi.. 

Setelah selesai semua, saya tak tahu kenapa saya rasa sangat letih. Mungkin sebab dah dua hari saya tak dapat baring kot. Saya letakkan kepala saya di katil Umi. Tapi Umi mengangkat sedikit kepala saya dan letakkan dipangkunya sambil mengusap usap kepala saya. Saya hanya tersenyum walaupun hati ini sudah terdetik sesuatu. Kemudian apabila Abah datang ziarah, Umi lah yang paling rancak sekali berbual, bergurau ketawa. Saya seronok melihat Umi semakin sembuh. Bila Abah nak balik, seperti biasa Abah kata petang dia akan datang melawat lagi, tapi Umi kata tak payahlah datang, tunggu saja di rumah.. Bila Abah mula melangkah, Umi panggil Abah semula, "saya minta maaf ya..." itulah kata katanya pada Abah. 

Tengahari itu selepas Zohor, bukan main rancak lagi saya berbual dengan Umi kerana sebelum itu ada juga yang datang melawatnya, Umi seronok sangat bila ada yang datang melawat. Tiba tiba sedang Umi berbual dengan saya, dia berasa sesak nafas dan macam nak pitam. Saya ingatkan ia hanyalah komplikasi biasa tapi keadaannya semakin teruk. Saya berlari mendapatkan nurse dan doktor, kemudian saya berlari kepada Umi untuk membacakan selawat di telinganya. Selawat saya tidak pernah putus saat itu, saya rasa cemas sangat. Saya call Abah yang baru saja sampai rumah untuk kembali ke hospital kerana saya takut lihat keadaan Umi begitu. Doktor semua berkumpul di katil Umi dan selepas beberapa ketika, doktor doktor itu semua beransur pergi. Saya lihat Umi tidak lagi bergerak, tapi mesin yang ada di tepinya masih lagi berbunyi menandakan nadinya masih lagi ada. Saya berdiri lagi di tepi katil Umi dan masih tetap membacakan selawat sambil mengusap usap kepalanya yang tidak lagi bergerak, saya buat sama seperti yang Umi selalu buat kepada kami adik beradik. 

Abah sampai selang 20 minit selepas itu. Sampai sampai sahaja Abah terus berkata pada Umi,selalu awak ni sakit bawak Quran, kali ni kenapa tak bawak.. kata Abah sambil meletakkan Quran di kepala Umi. Abah terus terusan membebel kepada Umi dan kemudian seorang doktor datang, mengatakan bahawa Umi dah tiada sebenarnya. Abah saya meraung sekuat hati, menangis dan tak henti henti perkataan Allahuakbar keluar dari mulutnya. Saya hanya terdiam, terasa dunia saya menjadi gelap waktu itu, baru saja tadi saya berbual dengan Umi, kenapa doktor kata Umi dah takde? Saya terus memarahi doktor, habis, kenapa mesin ni masih ada denyutan nadi?? Doktor kata itu hanya denyutan nadinya masa jantungnya belum terhenti. Bermakna, selama 20 minit saya berada di sisinya dan mengusap kepalanya, ia hanyalah jasad tanpa roh. Itu Umi saya.. 

Abah peluk saya yang masih lagi terpaku, saya hanya terdiam tanpa kata kata waktu itu. Kemudian airmata tiba tiba mengalir panas di pipi, mengatakan bahawa ini bukannya mimpi. Saya hanya meminjam kekuatan Abah untuk berdiri dan mulut saya tak henti henti berzikir Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah... semua orang pelik kenapa saya sebut Alhamdulillah. Alhamdulillah penderitaan Umi dah berakhir. Alhamdulillah Umi saya mati syahid, meninggal kerana berjihad melawan penyakit yang menderita. Alhamdulillah Umi pergi ketika saya disisinya. Alhamdulillah Umi pergi pada hari yang dimuliakan Allah iaitu pada Khamis malam Jumaat. Alhamdulillah Umi pergi setelah dia sempat melihat saya berubah menjadi anak yang solehah, seperti mana yang dia inginkan, InsyaAllah..

Saya melihat keadaan dimana nyawa ibu kandung saya dicabut, Umi meninggal di depan mata saya, betapa beratnya dugaan ini namun saya redha, saya bersyukur kerana Allah memberikan saya saat saat terakhir yang paling indah bersama Umi. Abah saya menangis saja, dia terlalu sedih kerana katanya dia yang sakit teruk masa operation jantung, tapi Umi yang pergi dulu.. Saya risaukan adik adik saya yang masih kecil, bagaimana kehidupan mereka nanti, Abah saya juga sakit, insyaAllah mudah mudahan Allah melindunginya. ALLAH SEDANG MENGUJI. Mereka kata saya orang yang terpilih menerima ujian sebegini, saya redha. Saya puas dapat jaga Umi ketika sakitnya, dan Allah memakbulkan doa saya, doa saya untuk membuat jasa kepada Umi dan Abah walaupun sebesar zarah, doa saya untuk menjaga kedua ibubapa saya hingga akhir hayatnya. 

Saya pernah terfikir untuk berhenti belajar, untuk tolong Abah menjaga adik adik saya yang masih kecil, tapi Umi seperti tahu yang dirinya akan pergi, awal awal lagi dah nasihatkan saya, walau apa pun berlaku, teruskan belajar dan jangan berhenti mengejar cita cita. Selama ini Umi lah kekuatan saya, apa yang saya lakukan di dunia ni semuanya untuk Umi. Umi lah nyawa saya, kekuatan saya. Tapi sekarang saya kehilangan 'kekuatan' saya.. Saya tak pernah menitiskan airmata di depan anda semua, saya juga jarang bercerita tentang masalah saya. Anda mungkin lihat saya kuat, tidak menangis, tetapi itu cuma sebagai benteng agar anda tidak tahu apa yang saya alami. Saya cuma mahu kawan kawan saya gembira bila bersama dengan saya. Justeru saya ingin memaklumkan pada kawan kawan saya yang saya sayangi semua, anda semua janganlah terkejut kalau kalau saya termenangis di mana mana ya. Kerana saya tidak sekuat dulu, tapi saya akan cuba. Saya cuba demi keluarga saya, demi Umi..

Waktu itu saya tengah cuti sem masa Abah mula mula sakit, saya yang jaga Abah di hospital. Kali ni saya jugalah yang jaga Umi di hospital, juga masa saya tengah cuti sem, dan sehingga kini saya takut untuk cuti sem lagi teheee =')

**jagalah hati ibubapa kita, sebagaimana mereka menjaga kita, kerana jasa mereka tidak akan pernah terbalas. Saya jarang katakan pada Umi yang saya sangat sayangkan Umi, itulah yang amat saya kesalkan sekarang ini. Tapi saya tahu, Umi tahu saya sangat sayangkannya. Kepada kawan kawan yg saya sayangi, gunalah peluang ini sebaik mungkin selagi ibubapa anda masih ada di dunia, kerana bila Allah menarik satu saat itu daripada ibubapa kamu, kekesalan yg akan kamu bawa adalah sepanjang hidupmu.. Ibubapa kita hanya satu, HANYA SEKALI SAJA.

Akak nak Umi tahu yang akak sangat sangat sayangkan Umi. Akak rindu sangat dengan Umi, adik adik semua rindukan Umi. Abah hari hari menangis terkenangkan Umi. Setiap pagi adalah mengerikan apabila mengetahui bahawa ini bukannya mimpi. Tapi akak tahu Umi sekarang berada di tempat yg lebih baik, iaitu di sisiNya. Kita jumpa lagi nanti di syurga, insyaAllah.. Ya Allah, dialah syurgaku, maka tempatkanlah dia di syurgaMu.. Temukan kami nanti di sana.. Aminn...
i miss you so much Umi..





Monday, 27 August 2012

gendang gendut

Aku tak faham satu benda. Ada orang makan banyak, tak gemuk gemuk jugak. Ada orang makan sikit, tak kurus kurus jugak (aku lah tu ehemm). Ada orang yang makan angin, tapi tak kurus kurus jugak (aku lagi) bila masa aku pergi makan angin pun aku tak tahu lah. Apa apa pun, kita harus bersyukur dengan apa yang kita miliki ya, sebagai insan yang cemerlang, pandangan mesti senantiasa ke depan menuju kejayaan, jangan jadi macam aku sebab orang lain main bowling baling ke depan aku main bowling baling bola ke belakang MALU GILA GILA PUNYA MALU MAK JEMAH HOKAY kbaiii~

Ini hari ada orang ponteng kelas sebab tiket habis. Tapi dah balik Penang dah hewheww tapi dia kasi kita hadiah baeeeekkkk punyeeee sebelum dia berangkat pulang...


TADAAAAA!
Chef aa yang masak semua ni ='D

aaaaaanddd yang paling BEST THE BEST-EST GILA GILA PUNYA BEST
....
....
....



#BEGEDIL!!!
hoooo gua memang hantu begedil beb, hari hari makan begedil tak makan nasik pon takpe dek, hari hari makan begedil pon boleh dek, sampai body ahkak jadi saiz begedil pon boleh dek, sampai ahkak pon tershashul BEGEDIL ke BEDEGIL. ahkak degil tau.


so orang yang bagi pantun je pun kena berbalas balas kan? jika diberi makanan, maka balasannya juga perlulah makanan (hipotesis)
so i've made this


#LASAGNA
aku pon failed pronounce benda ni, beliau je yang pandai sebut.
tapi tak berapa nak jadi sangat la sebab lasagna sheets dia still keras lagi sikit sikit tapi juri kata okay je, sodap je. takpe, first trial memang la macamtu, lepasni buat mesti lebih okay!
saya dapatkan resepi yang sangat simple dari sini :
tq FL kerana resepi ini saya jadi perempuan yang sangat macho!




#mekaseh omnomnomnom =')
teheee untunglaaaa selalu dapat makan best best, mintak je ape mesti dapat, walaupun lambat,walaupun kau ompompuan tak pandai masak (monolog dengan diri sendiri)

ini dijamin masa depan tak kebuloq ni kroooh kroooh 




#jemput makan...
lapa la pulok -..-
mekaseh tuan chef!

Chauu cincauu :)

Saturday, 25 August 2012

Berdua bersatu.

Hamboi Forteen sangat title entri. Sebab apa? sebab dalam masa seminggu ni je dah melampau lampau cerita pasal penyatuan dua hati, maka kita ni yang takde hati membentak bentak jua tertanya tanya ke manakah picisan picisan hati kiteww sambil nyanyi walau dilanda badai ku sanggup kerna ku mahu kitaaaa berdua bersaaaa-tuuuuu.

Alhamdulillah setakat ini first stage dah kira lepas lah, insyaAllah kalau jodoh panjang ke next next stage pulok ^^ Yang penting restu keluarga tu, next next time masa untuk tunjuk segala skills yang ada,itu pun kalau lah ko ade skill, hebak sangak mung nih. Baru kena terjah sikit dah ke laot dah segala benda yang kau buat. Kau ni memang kalut tak habes! Tapi takpe, disebabkan kau ni seorang yang poyo, aku maafkan (bercakap dengan diri sendiri)



Semalam pergi majlis nikah Kak Nisa dengan Abang Aim. Alhamdulillah lagi sekali yelaa dorang ni couple lama dah, bersatu jugak akhirnya =') memang melopong habis laa aku tengok majlis nikah ni sebab dorang ikut adat Bugis, masuk dalam kain bagai (bukan dalam kain pompuan eh harap maklum). Nak amik gambar pon tak boleh sebab eksaited sangat tengok adat dorang ni, memang ohsemmm! Tapi kalau i kan Jah, i tak suka sangat ikut ikut adat ni, rimas and sometimes ridiculous tau Jah. Hope bakal keluarga mertua dengarlah permintaan Mak Jemah ni (tetibeeeee)






Lepastu keesokannya (hari ni laa) pergi pulak ke our ex-classmate's engagement! Ni laa member gaduh gaduh masa kat sekolah dulu lepastu selalu sangat buat mesyuarat gossip sebab pusingkan kerusi je dah open table untuk bergossip dalam kelas. Kalau cakap pasal kawen kitorang la yang paling over de vassss siap dah plan tema wedding nak kaler ape. Tup tup dia laaa yang tunang dulu ='D




geng bergossip 5 Cekal :'D



#she's pretty isn't? orang cantik kena laa tunang awal awal...
lambat booking melepas laaa ha sapa yang syiok kat Syifa masa sekolah bolehlah angkat kaki pergi Vietnam. 



Ni amik barakah namanya. 
supaya cepat dapat jodoh. Atau supaya murah rezeki dapat pergi umrah dan seterusnya berjumpa jodoh dekat sana? Irma Hasmie sangaaaaattt.



memang tenggelam laa kalau berdiri sebelah budak cantik ni kannn hahahahaa :'D
*gelak sambil lap airmata 


Inilah dia cek abang nyeee. Kitorang semua ni satu sekolah so masa si imam ni nak tekel Chip memang tak dilayan aaa sebab beliau dah ada pilihan hati sendiri. Ha tu lah mak dah kata masa sekolah jangan bercinta! (eh?) tapi kitorang semua syok kat si imam ni da laa hemsem, adik pun hemsem, kuat agama, adik pun atlet (ehh??). Last last dia boleh pulak syok kat Chip ni, kesian i... Tapi mungkin jodoh diorang kuat, sama sama dapat sambung belajar kat tempat yang sama. Tup tupp, tunang daaaah... best nyeeee ='D


#my outfit.
heheee ingat lagi tak baju ni? actually kain dia pun kaler putih tapi terbelah dek oii kat belakangnyeww. Makcik dah taknak dah pakai yang terbelah belah ni teheee.
so i just mix and match dengan kain baju kurung yang lain.
Tadaaaaaa! 


Congratulations to my frens yang nak and dah membina masjid ni. Cepat sangat kita membesar kan?? Haihh tak puas kanak kanak lagi kot. Tapi apa apa pun i just wish the best and i really hope that the best will comes to me. InsyaAllah.. =') 


#tetibeeeee -..-


chauu cincauu :)